2009年4月28日星期二

ISLAM DALAM MELAYU

Ramai orang selalu tanya pada diri aku ,you sudah kahwin dengan Melayu,that means you pun kena ikut dia masuk Islam?pesakit yang pernah mendapat rawatan pemulihan dari aku sering mengemukakan soalan sebegini,kebanyakan yang bertanya itu adalah kaum Cina.aku selalu jawab simple sahaja 'ya',semua agama ajar kita benda yang baik.Sebenarnya mereka agak hairan,aku ini Cina,mengapa bila kahwin dengan Melayu mesti masuk Islam?Pada permulaannya aku sendiri pun rasa pelik juga mengapa mereka begitu pertikaikan soal agama Islam,dan bukannya benda lain.sekarang barulah aku sedar apa yang mereka titik beratkan bukanlah sangat pasal agama tapi orang Melayu sendiri!


Orang Melayu di Malaysia ,100% adalah Islam.Tapi ,adakah 100% Melayu adalah seorang Muslim yang betul-betul Islam?Soal ini agak sensitif bila dibangkitkan,tapi bagi diri aku yang pernah melalui perubahan dua budaya,yang pernah berada dalam kesinambungan agama yang berbeza,ia amatlah jelas bahawa bukan 100% Melayu yang beragama Islam itu betul-betul Muslim.


Apa yang mereka lihat setiap hari ,Melayu-Melayu yang ada disekeliling mereka amat berbeda dengan apa yang patut ada pada seorang Muslim yang mereka tahu.Itu yang membuatkan mereka tanya pada diriku.Jangan ingat kaum lain hari ini tak kenal siapa itu Muslim dan siapa itu Melayu.Manusia hari ini terlalu arif dan sensitif tentang agama-agama yang ada disekeliling mereka.Sebenarnya mereka tahu apa kebaikan yang ada pada Islam dan juga benda-benda yang dilarang oleh Islam.Mereka juga tahu bahawa mununaikan Haji adalah sesuatu yang agak tinggi dalam Islam,tapi ada juga yang balik dari Haji masih melakukan perkara-perkara yang dilarang.Bagi kaum lain yang ada di Malaysia,mereka lihat Islam dalam Melayu,sebab 100% Melayu adalah Islam.Kita sebenarnya tidak dapat menyalahkan mereka,yang silap adalah kaum Melayu sendiri tidak mempamerkan Keindahan dan kesempurnaan yang ada pada Islam.Hari ini,ramai dari kaum Melayu makan dan minum benda-benda yang dilarang di tempat yang terbuka,ramai juga yang berjudi,ramai juga yang melakukan zina dan maksiat dan ramai lagi tidak menjaga aurat sendiri,tambahan lagi ramai lagi yang terlalu kerdil dalam soal agama.Tidak dinafikan kita hari ini duduk dalam dunia yang moden.dunia yang majmuk,dunia yang serbah canggih,tapi patutkah fikiran dan amalan kita turut di canggihkan sehingga tidak kenal apa itu Islam yang sebenarnya!Astagfirullalhalazim.



Pesakit aku boleh bertanya,Melayu sendiri pun tak ikut Islam dengan betul,why you kena ikut agama mereka?Ha,ha,ha.Apa yang patut aku jawab.Jangan lihat Islam dalam Melayu ,semua agama bimbing manusia kearah kebaikan,ambil yang positif,aku kahwin dengan suami aku atas dasar percintaan tapi aku masuk Islam adalah atas kesempurnaan Islam yang telah dipamerkan oleh suamiku.


Hendak jadi seorang muslim yang turun-temurun adalah senang.Tapi,hendak menjadi seorang muslim yang betul-betul Islam tidaklah semudah dan seindah yang dikhabarkan.Dengan akad dua kalimah syahadat di depan dua orang saksi" Aisyahdu allah illa ha illallah,waiasyahdu ana Muhammada Rasulrullah".Adakah ini sudah cukup untuk kita dipanggil seorang Muslim?

Jawapannya memanglah tidak.Tepuk dada tanyalah selera.Manusia dimuka bumi ini dilahirkan dengan kelebihan dan juga kekurangan,kita tidak dilahirkan dengan sempurna tapi isikanlah yang kurang itu dengan kebaikan yang ada dalam Islam.Percayalah sebenarnya Islam itu adalah agama yang paling sempurna di muka bumi ini.

2009年4月18日星期六

bersihkan jiwa

manusia hari ini terlalu kotor,kotor dari segi jiwa dan rohani.Tiap-tiap hari manusia dedahkan diri dengan dosa dan lakukan dosa ,tak pernah insaf,tak pernah takut pada Allah.

Adakah ini tanda-tandanya dunia dah nak sampai ke penghujungnya?Manusia tinggalkan sembahyang lima waktu,manusia lakukan maksiat,manusia berzina,manusia berjudi,manusia menipu,manusia makan rasuah,manuisa makan duit anak yatim-piatu,manusia bersubahat,menusia menduakan Tuhan,manusia membunuh sesama manusia.Ya.Allah!Tolong selamatkanlah dunia hari ini.



Aku sedih,terlalu sedih apabila melihat ini semua.Apa yang patut dilakukan?

Wahai manusia yang masih bernyawa,renunglah pada dirimu sedalam-dalamnya,imbas kembali kepada peristiwa yang telah dan pernah engkau lakukan selama ini!Bersihkanlah jiwa dan rohanimu sebelum nyawa kamu dicabut oleh Tuhan dari jasadmu.Sesungguhnya,Allah sentiasa menyayangi umatnya yang mahu balik kepangkal jalan.


1.beristifarlah banyak-banyak dan memohon keampunan dari Tuhan.

2.berwuduk dan sembahyang lah 5 waktu,sesungguhnya,setiap kali kita sembahyang kita akan bebas dari cengkaman setan dan Tuhan akan ringankan dosa dan bersihkan dosa kita.

3.bertaubatlah dengan melakukan sembahyang tahajud .

4.berzikirlah dengan sepenuh hati,penuhkanlah hati kita dengan ayat-ayat Quran .Sebenarnya ayat-ayat Quran itu adalah ubat yang paling mustajab untuk mematikan segala gangguan dari syaitan

5.hulurkanlah zakat,sebenarnya zakat ini dapat membuangkan nafsu bahtil dan sombong yang ada pada manusia.

6.kerjakanlah Haji sekiranya dah mampu,sebenarnya Haji ini akan membawa manusia lebih dekat dengan Tuhan.