2011年12月29日星期四

suatu perikatan tanpa kerestuan

Aku jarang tersentuh dengan babak dalam drama tempatan,terutamanya drama melayu.Tapi,cerita dalam drama "Tentang Dhia"begitu menyentuh jiwaku luka dahulu berdarah kembali. Aku menangis setiap kali berada di depan TV apabila drama itu disiarkan.Cerita ini telah mengingatkan nasib aku yang tak habis habis di uji,yang tak sudah-sudah hidup dalam linangan air mata setelah mendirikan rumahtangga dengan suami aku yang tidak sebangsa dengan aku.



Orang kata perikatan perhubungan yang tak direstui oleh orang tua, tidak akan ada kesudahan yang bahagia.Dulu aku tak pernah percaya benda-benda yang mengarut ini,bagi aku,selagi ada kemahuan disitu akan ada jalannya.Aku tak kenal erti kalah,aku sentiasa impikan suatu kesudahan yang macam cerita Cinderella dan Snow White.itu adalah falsafah hidupku yang dulu.Masa yang beredar hari demi hari,bulan demi bulan,tahun demi tahun telah mengajar diriku menjadi lebih mengerti apa itu realiti hidup.kenyataan tetap kenyataan,hidup aku bermula dari hari pertama akad nikah sehingga kini tidak pernah aman ,hidup sebagai sepasang suami isteri yang jiwanya "kosong",tak sempurna seperti pasangan yang lain.kebahagiaan yang aku mimpi-mimpikan semuanya hampa belaka. Namun,kami tetap mengekalkan perikatan ini sehingga la ke hari ini.Letih,tawar,meluat dan membebankan Itu adalah apa yang aku rasa sekarang.Aku terlalu letih untuk meneruskannya lagi.Tapi,hatiku masih percaya Tuhan itu yang berhak menentukan apa yang baik dan apa yang buruk untuk aku dan suamiku.Sebab itulah kami masih mempertahankan sehingga ke hari ini.


Aku berjumpa dengan suami ku 20 tahun yang lalu,kami berkawan,bercinta sampailah berkahwin.Orang kata cinta itu manis,orang yang dilamun cinta semuanya "buta"bagi mereka,apa yang ada didepan mata semuanya indah-indah belaka.Aku tidak menafikan aku pun juga begitu .Kakak saya nasihat,mak saya membantah,kawan-kawan saya hanya mampu melihat .Tapi,kami masih meneruskan perhubungan ini sehinggalah tapak pelamin.Aku sentiasa percaya kami akan bahagia seperti pasangan lain,kami akan menimbang cahayamata ,kami akan mempunyai rumah sendiri dan bahagia dengan telatah anak-anak yang ramai.tapi,kini itu semua hanya tinggal angan-angan sahaja.Kami tak pernah bahagia pun!kami tak pernah gembira seperti pasangan lain!Yang ada hanyalah air mata menemani diriku,yang ada hanyalah dendam penuh didada!yang ada hanyalah marah yang tak tahu puncanya!MENGAPA AKU?


Aku sebenarnya berhak hidup lebih bahagia,aku sebenarnya mampu mendapat lebih dari orang lain.Tapi aku tak dapat semuanya !MENGAPA?Aku terpaksa tinggalkan cara hidup aku yang telah 25 tahun hidup bersama aku . Aku derhaka pada mak aku sebab mengengkari kehendaknya,aku tinggalkan budaya dan istiadatku.Aku tinggalkan kawan-kawan aku.....
Apa lagi yang aku ada?Tuhan?Tapi dimana Dia?Di mana!!!!


Aku melalui ujian demi ujian,satu demi satu tak putus-putus.Sudah puas aku berubat,sudah puas aku masuk keluar hospital,sudah puas aku berjumpa bomoh.Aku,alami,aku hadapi,aku merentasi,aku jiwai dan kini aku dah semakin "bodoh" semakin tak mampu menghalang,dan semakin lemah semangat untuk meneruskan perjuangan ini.Apakah ia tak ada kesudahannya?


Penyesalan demi penyesalan bermain diotak aku,mengapa dulu lagi aku tak dengar nasihat kakak aku,mengapa dulu lagi aku tak mahu dengar cakap mak aku,mengapa aku.....................Aku tak boleh patah balik lagi.Masa tak akan mengizinkan aku berbuat demikian,Ustaz yang aku jumpa semuanya nasihat aku jangan pandang ke belakang,ia tak akan membantu ke jalan yang elok.Tuhan maha kaya,Dia yang atur semua ini,Dia yang tahu apa kemampuan umatnya.



Apa yang patut aku lakukan sekarang?sabar?berdoa?berikhtiar?Sampai bila aku kena menghadapi semua ini?Sampai bila?Tiada siapa pun yang dapat menjanjikan pada aku .Semua orang hanya mampu menjawab"DIA" yang amat mengetahui!

2011年12月12日星期一

Hikmah disebalik dugaan

Transformasi seseorang manusia ke sesuatu peringkat atau alam selaluya tidak berlaku dalam sekelip mata .Tuhan maha mengetahui dan Dialah yang mengaturkan semua ini berlaku.
Apa lagi yang Dia hendak ubahkan,apa lagi yang Dia hendak bentukkan dalam diriku?


Aku sebenarnya masih tercari-cari jawapannya.Terlalu susah ia di faham dengan akal ,terlalu payah ia diterima dengan pengetahuan yang sedia ada.Semua orang hanya mampu sekadar memberi nasihat,apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.Apa yang dimaksudkan itu hikmah?semua orang pun tak tahu!Mereka hanya boleh bercakap sahaja,buku pun tulis benda yang sama,gambar yang ditayangkan tiap-tiap hari pun cakap begitu juga.
Aku berani bersumpah sebenarnya siapa pun tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan hikmah dari Tuhan melainkan orang yang mengalaminya sendiri.

Bukan kita boleh berbicara dengan orang lain termaksuklah saudara kita yang paling intim,mereka tidak akan faham dan mereka tak akan mengerti apa yang kita alami sendiri.Ia adalah benar,ia adalah hidup dan ia adalah wujud!itu adalah hakikat sebenar yang berlaku pada diriku sekarang.

Ia berlaku dalam ghaib,ia bergerak dalam hati ,ia berkata-kata dalam diam,ia dilihat dalam mata yang tutup.Ia dirasa dalam alam nyata. Aku mengalaminya sendiri,macam mana hendak aku ceritakan pada orang lain.mereka tidak akan faham,mereka tidak akan percaya!Ya Allah! apa yang engkau aturkan ini semuanya adalah kebaikan untuk aku?


Ya Allah,perlukah aku berterima kasih pada engkau yang menghidupkan yang tersirat dalam diriku yang aku sendiri pun tidak mengetahui selama ini?Atau sebenarnya ,semua hambaMu juga mempunyai potensi sebegini yang mereka masih belum kamu tampilkan?

Sebenarnya bagi diriku,semuanya dari MU,engkau yang arif,engkau yang maha mengetahui setiap gerak,geri hambaMu.

2011年12月2日星期五

Tuhan

Aku masih tak faham ,Tuhan tak habis habis menguji aku.Banyak sangat kah dosa ku?Tuhan suka sangat melihat aku hidup menderita,hidup seperti bangkai bernyawa.Aku sekarang dah sampai ke tahap meluat ,benci,buntu ,tak tahu macam mana hendak melangkah kaki ku .Aku sekarang hanya diam,diam dan diam.Bagi aku semuanya tak ada makna lagi,hidupku dari dulu lagi terseksa,jiwaku tak pernah aman,rohaniku sakit,jasmaniku lemah.Aku bertahan sehingga sekarang, sudah 20 tahun ,dan kini, aku akan lepaskan segala-galanya .aku dah tak boleh bertahan lagi ya Tuhan.Aku terlalu sakit ,sakit yang orang lain tak boleh nampak dengan mata kasar,sakit yang tak dapat aku huraikan dengan perkataan.Perit sangat.Seksa sangat.


Aku dah lama sangat berubat,dah banyak sangat orang nasihat aku agar bersabar,Tuhan tahu segala-galanya.Adakah Betul Tuhan tahu semua yang aku alami?Adakah betul Tuhan tahu aku hidup tersesak?Aku sekarang dah tak tahu hendak berkata kata lagi,tiada siapa pun dapat faham,tiada siapa pun dapat rasai apa yang aku rasa sekarang.Aku dah give up .aku dah kehabisan tenaga untuk meneruskan hidup ini.Hati aku tawar ,semangat aku lemah untuk segala-galanya.Aku tak nampak jalan didepan.Semuanya jalan mati.semuanya jalan buntu.Orang kata Tuhan tahu,biarlah,Tuhan tahu tak tahu aku tak kisah lagi,itu kuasa dia.Aku hanya tunggu masa dia nak ambil aku balik.itu saja yang aku tahu.


Tuhan yang berkuasa untuk izinkan aku sakit,Tuhan juga yang berkuasa untuk sembuhkan aku.hahaha Itu semua gila,gila belaka.aku dah tak nak dengar itu semua.berpuluh-puluh tahun aku dengar benda ni.dah cukup meluat sangat dah.tapi aku masih tak sembuh sembuh,tak elok-pun.dah puas aku merayu dah puas aku bersujud,dah puas aku berdoa,dah puas aku memohon,dah puas aku .............aku sekarang sudah terlalu lemah,lemah untuk segala-galanya.Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi.aku dah tak mampu untuk mengoret langkahku lagi.Biarlah,hidup ini dia yang berkuasa,dia yang menentukan ,dia yang berhak.aku hanya menumpang buat sementara,kalau dia seronok melihat aku hidup tak macam manusia,aku tak berhak untuk berbuat apa-apa. mungkin aku terlalu hina disisinya,terlalu sangat buat dosa.sekiranya apa yang berlaku pada aku hari ini dapat menjernihkan diri aku dari segi rohani dan jasmani,aku redha,aku tak ada pilihan,aku hanya bertahan sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.


Tuhan,aku kenal engkau melalui lelaki yang telah kau jadikan suamiku,

aku kenal Islam juga melalui lelaki ini,

Dan ,aku sakit pun sebabkan lelaki ini.

Apakah engkau hantar lelaki yang telah aku gelar suami ini untuk menghukum aku?

atau

engkau hantar lelaki ini untuk aku taat dan sujud padamu ,ya Allah?

Pada mulanya aku ingat ini semuanya jodoh,jodoh yang bertemukan aku dengan lelaki ini

Tapi,

kerana lelaki ini lah aku hidup seksa sehingga hari ini,

jiwa dan raga ku sakit

Kini aku dah tiada lagi perasaan kasih sayang terhadap lelaki ini

hati ku tawar,hatiku sakit,hatiku marah , hatiku menyesal.....................

Ya Tuhan,engkau yang temukan aku dengan dia,mungkin kah engkau juga akan pisahkan aku dan dia.

ada baiknya sekiranya kami berpisah............

aku terima segala-galanya yang engkau tentukan untuk aku!

Amin.