2017年12月26日星期二

manusia yang lemah

Manusia yang ada di muka bumi Allah ini sebenarnya terlalu lemah sekiranya tanpa perlindungan dan hidayah dari DIA.
Aku ,manusia seperti manusia manusia lain yang hidup atas muka bumi ini sampai ke hari ini tak putus putus di uji,sudah puas aku menangis,sudah puas aku mengeluh,sudah puas aku merontah,sudah puas aku marah,sudah puas aku meraung.......namun,aku masih lagi diuji dan terus diuji.

Bila pesakit aku mengeluh dan menangis tentang penyakit yang mereka alami didepanku,aku selalu nasihatkan mereka agar kuatkan semangat dan lihat ke hadapan yang lebih positif,semua penyakit ada ubat  dia,kita hidup di zaman  canggih ini,ramai doktor yang pandai,ubat yang sedia ada pun banyak yang mujarab.Kecuali kalau kita ditakdirkan mati,maka bersyukurlah pada Tuhan yang Dia lebih menyayangi kita.

Baru-baru ini,ada seorang pesakit cancer tahap advance dirujuk kepada aku,seorang perempuan berumur dalam lingkungan lima puluhan ,tubuh badan yang kurus dengan muka yang pucat terlantar atas katil hospital,bila aku pergi ke tepi katilnya,aku lihat pandangan dia kosong,tapi dia masih menaruh harapan untuk melakukan sedikit sesi rawatan terapi agar boleh membantu diri dia melakukan benda benda yang asas,sebab dia tidak mahu menyusahkan orang lain, seperti menyuap makanan dan pegang cawan untuk minum dan mengosok gigi.
keadaan pesakit ini telah menyentuh perasaanku selepas merawatnya.Aku rasa terlalu sedih bila melihat diri dia ,entah mengapa,naluri ku tiba tiba jadi terlalu sebak...,.

Sebenarnya aku tak mampu menolong apa-apa,hanya sekadar kata kata positif,sedikit bantuan bagi dia duduk tegak bersandar di katil ,bantu bawakan cawannya dekat untuk dia senang capai.....
Sedih melihat keadaan dia,anak anaknya tak datang di saat saat akhir  dia memerlukan mereka.Bila aku tanya,dia bagitau mereka bekerja,tapi sebenarnya anak -anaknya takut untuk sentuh dia,takut penyakitnya boleh berjangkit peda mereka,takut bau busuk emaknya.....Ya Allah mengapa semua ini boleh berlaku di depan mata aku....sedih,sedih ...sangat


Balasan Tuhan

Allah , bila DIA kehendakan sesuatu berlaku pada seseorang ,maka tiada siapa yang mampu berhalang,Itu adalah hakikat yang kita semua akui.

Diriku telah ditakdirkan sakit tahun lepas dan doktor nasihatkan untuk membuang ketumbuahn fibroid dalam uterus.Aku telah menjalani pembedahan major tahun lepas.Pada masa yang sama perhubungan aku dengan suami tegang kerana kehadiran orang ketiga.masih segar dalam ingatan,masa aku ditahan dalam wad selepas pembedahan,suamiku asyik bergayut talipon dengan janda yang dia kawan.Aku dapat tahu perhubungan mereka agak serius dari talipon bimbit suamiku, semua ini selepas balik dari hospital.

Kehendakan Tuhan  untuk memindahkan apa yang aku sakit dulu kepada janda itu telah dimakbulkan minggu lepas.Anak janda itu talipon suamiku lalu beritahu yang maknya ada di hospital baru lepas bedah  sebab buang tumbuhan dalam tempat beranak.selepas aku dengar berita itu dari mulut suamiku,hatiku begitu tersentuh.Tersentuh bukan sebab janda tu sakit,tapi terasa sangat dalam hati begitu cepat Tuhan turunkan balasan ,aku tak minta Tuhan bagi dia sakit tapi Tuhan mungkin nak dia rasa apa yang aku rasa dulu semasa dia kawan dengan suamiku.......

Sakit  kena bedah makan ubat tahan sakit boleh hilang tapi sakit dalam hati ,tiada siapa yang mampu mengubati selain dari Tuhan.
Seronok berkawan dengan suami orang sampai tak ingat dunia,ke hulu,ke hilir,bergambar berdua-duaan.Tuhan ajar aku bersabar,dalam kesabaran  itu terlindungnya air mata darah yang
tiada siapa pun yang ketahui........Dan hari ini tiba masanya janda itu merasa apa yang aku rasa setahun yang lalu,rasa la kamu apa ertinya sakit hati dan sakit jiwa wahai janda,sebenarnya engkau sudah melukai hati orang orang yang tak bersalah,sebab itulah engkau juga terpaksa melalui saat saat perit ini,aku tak berhak menghukum kamu tapi Tuhan telah turunkan hukumannya untuk kamu,sedarlah wahai manusia,sebenarnya Tuhan masih sayangkan kamu sebab terima balasan di dunia,masih mampu bertaubat,sekiranya balasan itu diturunkan diakhirat,maka tak berpeluanglah kamu untuk bertaubat ......

Suamiku sampai hari ini tidak menziarahi janda itu lagi,mungkin bagi dia dah tak ada apa-apa lagi antara mereka.suamiku terkandas masa ingin menolong dia selepas suaminya mati,tapi atas faktor faktor sampingan,mereka terjebak......

Wahai manusia diluar sana,sedarlah kesilapan yang berlaku,taubatlah sebelum terlambat.Demi masa,sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian...................