2011年11月4日星期五

apa yang akan kita bawa?

Dunia hari ini dunia material.Duit adalah ukuran kekayaan dan kemewahan seseorang insan.Kadang-kadang aku juga alpa dan leka dengan pusingan dunia yang penuh cabaran ini.
Duit, semua manusia tergila-gila untuk mencari duit yang banyak bagi memenuhi kehendak dan kemahuan diri sendiri dan juga orang kesayangan masing-masing.kehendak manusia tak pernah ada penghujungnya,selagi duit masih ada,selagi itulah manusia akan menghimpun dosa!



Aku pernah bertanya pada diri sendiri,adalah Allah akan bertanya pada hambanya apabila mati nanti harta yang dihimpun di dunia?berapa banyak duit yang engkau telah cari? berapa biji rumah yang engkau ada?Apakah pangkat engkau?berapakah gaji yang kamu dapat?berapa biji kereta mewah,beg tangan berjenama,jam tangan berjenama yang engkau miliki?
Atau Allah akan bertanyakan amalan baik dan buruk yang telah kamu buat di dunia?Puji-pujian dan zikir-zikir yang telah kamu lakukan?Ibadah-ibadah yang telah Allah suruh?Apakah kita mati nanti,duit masih digunakan oleh Allah sebagai pengukur kekayaan seseorang hambanya?Kaya di dunia tak semestinya juga kaya di akhirat!Itu yang aku tahu.

Tetapi ,mengapa masih ramai manusia didunia ini terlalu bangga dengan kekayaan yang mereka miliki?Dan ada sigelintirnya pula sanggup mengadai maruah dan agama demi menkecapi kekayaan itu? Bagi mereka,maruah upamakan sesuatu yang tak berharga,seperti duit sekupang sahaja! Agama pula entah apa-apa,berkata di mulut soal haram halal ,dosa pahala,tapi perkara yang diperlakukan oleh mereka ,kadang kala terlalu jijik untuk di pandang.

Apa yang nak jadi pada dunia hari ini?Manusia kebanyakannya sudah hilang pertimbangan,sehingga nilai seorang manusia yang asas pun tak ada!Apakan lagi maruah!

Beringatlah manusia,hari untuk kita mengumpul amalan dan ibadah adalah terlalu pendek dan singkat ,dunia yang kita anggap mewah ini tidak akan kekal,yang kekal hanya lah di akhirat.yang kita akan dipertimbangkan itu hanya amala baik ,amalan soleh sahaja akan dikira dan ia akan Tuhan gantikan kepada kemewahan dan kesenangan abadi.