2013年9月26日星期四

hati seorang wanita yang dipanggil isteri

Hari ini aku pergi kerja seperti biasa,tapi tak sangka berita yang bakalku terima itu betul betul telah membangkitkan kemarahanku terhadap lelaki yang di panggil suami.orang kata hidup ini penuh dengan asam garam yang akan memberi rasa yang istemewa untuk pasangan yang dipanggil  suami isteri.Hidup ini hendaklah juga penuh dengan warna warni bagi mencorakkan sebuah kehidupan yang di panggil perkahwinan.Hidup ini juga penuh dengan pancaroba yang akan mendewasakan kita yang dipanggil insan.

Pesakit yang pernah aku rawat empat bulan yang lalu datang berjumpa dengan aku pagi ini,kehadirannya amat mengejutkan aku .Tak sangka sama sekali yang wanita berbadan kecil ini telah sembuh sepenuhnya dan sudah boleh berkata kata dengan jelas.Airmukanya begitu tenang dan aku pandang terus pada matanya yang bercahaya itu.hatiku begitu gembira apabila melihat wanita ini telah sembuh ,dia sudah boleh berjalan,tanganya juga sudah boleh genggam,dan dia juga dah boleh bercakap.Wah!Alhamdulillah,terima kasih Tuhan.Wanita ini telah sembuh sepenuhnya.Ayat yang pertama keluar dari mulutnya itu juga telah membuat aku ternganga,"macamana kak liyana boleh tahu  masalah saya?" aku dengar dengan jelas dan dia ulang ayat itu dua kali.aku tersengap.Apa masalah yang dia maksudkan.lepas tu dia cakap lagi ,"apa yang kak liyana cakap dengan saya dulu semuanya betul.sekarang saya dah tak ada suami lagi."hatiku tersentak dengan kata-katanya tadi."Apa dah terjadi?"Aku tanya balik dia. Dia jawab dengan tenang,"Saya pi ubat kampung selepas keluar dari hospital hari itu,memang saya ada terkena buatan orang.sekarang dah elok banyak dah.suami saya ada perempuan lain." Bulu roma seluruh badan aku terpacak serta merta.Manusia apa ini,dunia sekarang masih ada lagi manusia macam ni  yang sangup membunuh tanpa senjata.
Dalam hatiku  betul betul marah,tapi aku tak tunjukkan dimuka ku.Aku pandang dia ,mukanya begitu tenang,dan aku boleh rasakan bahawa dia masih menunggu jawapan dari aku."Hari tu kak liyana cuma tergerak hati  tanya dekat awak,saya rasa ada sesuatu yang tersirat dalam diri awak,itu saje." lepas tu dia bercakap lagi, "saya kasian kat suami saya,macamana dia boleh suka dekat perempaun macam ni." Wah dalamnya maksud ayat ni.aku diam.dalam saat ni apa yang boleh aku katakan kepadanya ialah,"bersyukur lah pada Tuhan yang awak dah sembuh,bila awak dah boleh bercakap dengan lebih jelas dan lancar,awak boleh balik mengajar semula."Aku tak dapat teruskan perbualan itu sebab masa tu ada seorang pesakit sedang menuggu rawatan dari aku.Aku pun tuliskan nombor talipon agar dapat kami berhubung lagi.Aku bagi sedikit kata-kata semangat untuknya agar dia dapat teruskan hidupnya dengan lebih bererti walaupun tanpa suami disisi.Dia pun beredar dari bilikku.Aku dapat rasakan bertapa hancurnya hati seorang isteri apabila dapat tahu yang suaminya mempunyai perempuan di luar ,dan kejam lagi,bila dia diceraikan dalam keadaan dia masih memerlukan perhatian dan jagaan seseorang.

Kesian,itulah perasaan yang menyelubungi seluruh fikiranku masa tu.Aku tak dapat menahan sebak didada ,air mataku melinang didalam sanubariku.Ya Tuhan inikah ujian Mu terhadap insan yang kerdil ini,dia masih terlalu  lemah untuk diuji dengan perpisahan yang begitu kejam ini.Aku masih ingat lagi dia pernah beritahu yang anak bongsunya hanya berumur setahun.Masa dia dimasukkan ke hospital,dia sudah tak sedarkan diri ,selepas MRI didapati ada pendarahan otak tapi  doktor pun tak dapat kenalpasti dari mana pendarahan itu.Dia menjalani pembedahan otak untuk mengeluarkan darah beku.Masa  hari pertama aku tengok dia di bilik rawatanku ,dia dalam kerusi roda,sebelah kanan seluruh badanya lemah dan tak dapat digerakkan dengan sendiri.dia tak dapat bercakap  dalam ayat yang panjang ,dan hanya boleh sepatah dua sahaja itupun kurang jelas.Keadaannya  masa tu terlalu lemah.Dan aku bertanyakan samada ahli keluarganya datang melawatnya di hospital,dia jawab ada tapi bukan tiap- tiap hari.Apa yang aku maksudkan ialah aku perlu berjumpa dengan ahli keluarganya untuk menunjukkan cara-cara pengurusan dia di rumah sebelum dia balik ke rumah.Aku masih ingat lagi,sampailah hari yang dia hendak balik,aku masih tak dapat berjumpa dengan suaminya  dan ahli  keluarga yang aku jumpa ialah abang kandungnya yang begitu ambil berat dengan keadaannya masa itu.

Suami,sebenarnya lelaki ini adalah orang yang sentiasa bepercayai oleh isteri.Suami,manusia yang dicipta oleh Tuhan untuk memberi perlindungan kepada isteri.Suami ,seorang insan yang boleh menghiburkan hati dan memberi kasih sayang kepada isteri.Tapi apa yang berlaku di depan mataku sekarang adalah sesuatu diluar dugaan dan jangkaan.Orang tua-tua dulu pernah berpesan,musuh yang paling ketat ialah orang yang paling rapat dengan kita.Sebenarnya ,kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku terhadap kita ,dan apa yang kita dapat lakukan ialah sentiasa menghargai segala pemberian terhadap diri kita setiap detik dan setiap saat .


Demi masa, manusia sebenarnya sentiasa dalam kerugian.Dan demi hati,manusia sebanarnya sentiasa dalam keinginan.Dan demi nafsu ,manusia sebenarnya sentiasa dalam kehancuran.