2015年8月9日星期日

Ujian demi ujian.....

Ujian demi ujian..............


Sakit yang tidak berkesudahan telah membuatkan aku patah semangat untuk meneruskan hidup ini.Sudah banyak kali perkataan MATI terlintas di fikiran ku,aku minta diriku ini dimatikan lebih baik dari aku hidup dalam kesakitan yang tidak nampak dengan mata hakiki.

Aku dah meluat sangat dengan keadaan diriku ini,ujian demi ujian yang tak habis menimpa ku.apa lagi yang Tuhan mahu dari aku,diriku ini terlalu banyak berdosa kah atau diriku ini terlalu hina di sisi dia?Aku buntu........buntu yang teramat........aku tak dapat jalan keluar dari keadaan gelap ini.
Tak ada ertinya hidup ini bagi aku,lebih baik aku mati saje .....

Tuhan  tak bagi ku hidup tanpa melimpahkan kesakitan,kesedihan,dan sihir yang melampau.apa yang boleh aku lakukan?aku diibaratkan seperti mangsa bahan ujian kehebatan    Tuhan and kehandalan bomoh-bomoh yang tidak berperikemanusiaan.aku sentiasa di serang bertubi tubi dengan kehebatan bomoh tapi pada masa yang sama,Tuhan juga nak tunjukan aku kehebatannya dan kekuasaannya,bertapa hebatnya sihir yang dikenakan terhadap aku,aku tetap tidak akan tumbang,dan tak akan mati .aku pun binggung.Binggung serta pastrah dengan ketentuannya.Tak kala aku ini baru nak kenal Tuhan,maka aku pula diuji  ketahanan sebegini ,  kesabaran yang tinggi serta keimanan yangkuat ini .Adakah Tuhan  masih rasa sangsi terhadap  nawaitu ku dengan ISLAM..Mengapa aku?mengapa bukan orang lain?Aku ini istimewa sangat kah?atau aku ini hina sangat kah?

Apa yang boleh aku lakukan untuk mengubah keadaan  ku ini?Masih tak ada jawapan di dalam kepalaku.senang orang luar cakap:saba rdan berdoa kepadanya.sudah bertahun- tahun aku sabar,sudah berkurun aku berdoa,hah,mengapa aku masih juga sakit,mengapa aku masih menderita?

Tuhan,
engkau yang mencipta aku
engkau yang memberi nyawa ini kepada aku
engkau juga yang mengatur aku kenal ISLAM
engkau yang beri aku kesakitan
engkau yang beri aku penderitaan
engkau yang tak matikan aku walaupun aku sakit teruk!
Apa yang engkau cuba nyatakan kepada aku?
Apa  yang engkau mahu tunjukan kepada aku?
AKU masih tak dapat pertunjuknya!!!!
Ya ALLAH
dengarlah doa aku
dengarlah permintaan aku
lihatlah kesakitan aku
fahamilah penderitaan aku
Tunjukkan lah aku jalan keluar
jalan yang engkau redai
jalan yang engkau cipta khas untuk diri aku......