2017年3月29日星期三

Masih ada lagi peluang?

          Perlukah seseorang yang melakukan kesalahan dan kecurangan terhadap pasangannya diberi peluang kali  kedua untuk menembus kesalahannya atas apa yang telah dia lakukan?
Mungkin ada yang akan menjawab,kita ni makhluk Tuhan,buat salah tu satu lumrah hidup.Allah ampunkan segala dosa yang hamba dia lakukan sekiranya dia sedia bertaubat,masakan kita.....manusia biasa.Ya,memang betul,memaafkan kesalahan orang itu adalah suatu pekerti yang amat disukai Tuhan,dan ia juga melambangkan ketinggian iman seseorang.Tapi,adakah sesiapa tahu keperitan yang berselindung di sebalik kemaafan yang diucapkan oleh pasangan masing masing.......Hanya Tuhan saje yang tahu rahsia itu.

         Peluang yang diberi itu,adalah tanda pengorbanan perasaan dan kesedaran hati naluri.Rumahtangga itu dibentuk bukan hanya dengan adanya suami dan isteri,tapi anak anak juga ahli dalam institusi keluarga yang berhak menentukan kehormonian dalam keluarga tersebut.
Bila berlakunya kekecohan atau pergaduhan keluarga,suami atau isteri akan memikirkan hak dan perasaan masing masing lalu mengabaikan hak anak anak.pentingkan perasaan diri sendiri,layan perasaan geram,marah,sedih dan sakit hati.Jarang sekali,pasangan memikirkan perasaan anak,bila pergaduhan terpaksa berakhir dengan perceraian .Anak anak tiada diberi pilihan,undang undang syariah yang menentukan arah tuju mereka.Sedihkan..... 

          Hubungan aku dan suamiku nyaris berakhir dengan perceraian seketika dahulu,tapi aku terpaksa memujuk hati kecil ini untuk memaafkan kesilapan dan kecurangannya. lalu dia diberi peluang kedua demi menebus apa yang dia telah lakukan terhadap aku dan anak ku sebelum ini.Aku tak sampai hati melihat anak ku hidup tanpa ayah,bagi aku membesarkan dia untuk menjadi seorang manusia yang berguna dan beriman itu adalah amanah Allah terhadap aku.sekiranya aku hanya mementingkan perasaan ku pada ketika itu,aku rasa diri ku belot kepada Allah,lalu aku memilih untuk memaafkan suamiku.memang sakit hati,tapi kepada Tuhan  saje yang akan aku curahkan segala isihati ku,DIA lah tempat  aku memohon petunjuk.