2009年8月30日星期日

satu anugerah

Tuhan mencipta sekalian manusia di muka bumi ini,masing-masing telah diberikan satu atau lebih anugerah yang istimewa .Aku sentiasa percaya yang diriku juga begitu.Manusia adalah mahluk yang paling mulia disisi Allah,mahluk yang dibuat dari tanah,ditiupkan pula roh dan diberi akal pemikiran.





Aku,seorang manusia biasa telah dipilih mengikuti agama Allah.Dari kecil,aku memang seorang budak yang cerdik, aku pandai menyanyi ,ayah sayang sangat pada aku,setiap kali balik dari tempat kerja,ia mesti dukung aku dan bersembang dengan aku.Masih ku ingat lagi,masa aku berumur 4 tahun,ayah dukung aku dan sayang pada pipiku,aku langut ke langit dan tanya pada ayah ,apakah bendanya gumpalan putih yang boleh bergerak itu,aku suruh ayah ambil turun untuk main,ayah cakap,itu adalah awan,dan ia sangat tinggi.Aku suruh ayah sambung galah dan mesti boleh ambil turun.Ayah gelak sambil gelengkan kepalanya.





Masa aku masuk darjah 3, ada seorang guru lelaki baru jadi guru darjah aku.Semua murid seorang demi seorang bangun memperkenalkan diri masing-masing kepada cikgu itu.Selepas selesai sesi suai kenal,guru itu perhatikan aku dan dia terbuka mulutnya lalu bercakap, "saya nampak kamu ini seorang budak yang cerdik."Aku tersegap lalu senyum.Selepas dari peristiwa itu, keputusan perperiksaan aku maju mendadak,aku mendapat no.satu dalam kelas dan ia berterusan sehingga ke darjah 6.Aku bukan saja cemerlang dalam peperiksaan,tapi juga aspek ko-kurikulm,pertandingan melukis,menulis tulisan cina,menulis karangan dan berpidato.Masih aku ingat lagi semasa aku dalam darjah 4, aku dilatih oleh cikgu darjah untuk berpidato dan aku juga dipilih bagi mewakili sekolah kami untuk pertandingan pidato peringkat daerah.Aku menang dalam pidato tersebut dan mendapat naib johan untuk keseluruhan pertandingan itu.Cikgu sekolah bangga dengan bakat aku.





Masuk darjah 6,seorang lagi guru cina memuji aku kerana subjek yang dia ajar itu ,akulah seorang-orangnya murid mendapat markah yang paling tinggi.Dia selalu beri galakan kepada aku untuk mendapat 100 markah dalam semua subjek.

Selepas naik ke sekolah menengah,aku masih kekalkan pencapaian aku .Dalam tingkatan satu,aku menang dalam pertandingan story telling peringkat sekolah.Tingkatan 3 pula aku menang pertandingan menulis cerpen dalam bahasa cina peringkat sekolah.





Aku mulakan alam pekerjaan pada umur 25,masih aku ingat lagi aku menang dalam pertandingan mencipta slogan hospital masa aku mula bekerja di hospital Pulau Pinang.Amat terharu sekali apabila slogan yang aku cipta itu akan digunakan oleh hospital untuk jangka masa yang agak lama.Selepas 5 tahun bertugas dihospital itu,aku dianugerahkan sebagai salah seorang kakitangan yang cemerlang dalam skim SSB,aku mendapat pergerakan gaji melintang.Pada masa yang sama,aku juga dipilih oleh seorang pakar kardiotoraksik sebagai salah seorang kakitangan cemerlang yang bertugas di wadnya.Bagi aku ,itu adalah rezeki dari Allah.





Dan kini,usia aku semakin meningkat,pemikiran dan juga pengalaman hidupku juga berubah,aku sudah banyak mencapai kejayaan dan jaga kekecewaan dalam hidup.Tapi,yang paling aku bangga sekarang ialah aku rasa diriku lebih dekat dengan Allah.Allah telah bagi aku tenggok dengan mata sendiri huruf "Allah " yang terbentuk dengan awan atas langit baru-baru ini!Aku begitu terharu lalu menangis sambil mengucap alhamdullilah.Kini aku begitu yakin bahawa Allah sentiasa berada disisiku dan melihat aku.Aku telah mendapat hikmah dan syufaat dariNya.Itu adalah satu anugerah yang paling berharga buat diriku,dan aku akan sentiasa mengingatiNya.

2009年8月24日星期一

命硬

从小我一直都很多病,身体本来就是很弱。没想到现在都活到四十多岁了,我的体质还是跟以前一样。我真的很讨厌我自己,做什么都提不起劲,一两下就会很累,心有余而力不足,这个感觉真的令我很烦,很烦。记得,小时候的我也曾经很多次要死却 “死不去”的经验。还是一句老话;也许时辰未到吧!




我三岁那年,发高烧,一时不甚人事,妈妈说医生和护士用冰块把我整身蔜,还好我会醒过来。那时,妈妈真的被吓坏了。六岁的时候,和邻居的女孩玩耍时不小心踏到一根生锈的铁钉,那根铁钉穿过我的脚底。很奇怪,放妈妈给的风油后,两三天后就没事了。一年级那年,我和姐姐帮妈妈上山找干木材,我不小心从一个斜坡滚了下去,滚到下面的我已经晕了过去,姐姐当时也被吓了一下。过了几分钟,我自己又醒过来,当时,只觉得很口渴,很想喝水。




十岁时的一个黄昏,我和姐姐在屋子后的椰树下完捉迷藏,突然,一个嫩椰从树上掉到我的右肩膀上,我痛到喊了很大声,也哭了很久。不知道骨头有没有折断,妈妈只是搽点黑风油就算了。几天后,我的肩膀就没事了。上天应该很疼爱我吧!





小时候的我太顽皮,根本都不知道死是怎样的东西。总是以为痛了过后就会好起来,死的话就好像睡不醒那样,不会怕。可是,现在人老了,一点小事就会想到死,心理面很难受。


近来这几年,我病重得很厉害,身心的痛,精神的折磨,我差点崩溃了。我的病一拖,也拖了几年。医了很久都医不好,很多次我差点放弃了生存的勇气,很多次我对自己说,活得这么痛苦,倒不如死掉算了!可是,我的命就是这么硬,怎么死都死不去。





如今,我从新看到生命的价值,生命的宝贵。原来,可以活着的一天,是那么的好,那么的.......值得高兴和感恩的。

2009年8月22日星期六

aku dan bulan puasa

Bulan puasa Al-Mubarak menjelang lagi, hatiku begitu seronok menanti ketibaannya.Tapi,aku jatuh sakit sebelum puasa,diriku agak sedih dan risau kerana takut aku tak dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan sempurna, Allah maha kaya,Allah maha mengetahui .Aku sembuh sebelum puasa tiba,walaupun badanku agak lemah dan lesu,aku mampu berpuasa juga.Hari ini adalah hari pertama puasa bermula dan aku dapat menjalankan ibadah ini,alhamdullilah.Agak sedih ialah aku tak dapat berjemaah dalam sembahyang sunat Terawih,anakku belajar berpuasa dan ia terlalu letih dan tidur awal.





Sudah banyak tahun aku tinggalkan sembahyang terawih,tahun ini aku agak sihat sikit dan ralat tapi,anakku pula tak dapat pergi ke masjid kerana tidur awal.Aku cuba sembahyang di rumah.Aku tahu Allah mengetahui apa yang aku hadapi. Tahun-tahun yang lepas, aku sakit,aku terlalu lemah untuk ke masjid,bila aku mengenangkan apa yang berlaku pada diriku aku sedih,aku susah hati,aku dah banyak tinggalkan ibadah Allah.Ya ,Allah ampunkanlah dosa aku ini.Berilah aku perluang untuk menjalankan ibadah wajib dan sunat di bulan yang mulia ini dengan penuh berkat dan dengan penuh keredaan Mu.Ya Allah,bersihkan jiwaku ,semoga aku dapat keredaan dan keampunan dariMu sepanjang bulan Ramadan.





Masih aku ingat lagi,kali pertama aku sembahyang terawih di masjid,aku menangis dalam sembahyang,hatiku begitu terharu bila dengar orang masjid baca doa memuji kebesaran Allah. Sebenarnya seluruh umat Islam didunia mendirikan sembahyang sunat terawih dalam bulan puasa ini.Seluruh umat Islam sedang memuji kebesaran Allah .Ia adalah amat mengkagumkan.





Bagiku ,Islam adalah agama yang pratikal dan agama yang sebenar-benarnya.Ia merangkumi semua aspek,dari segi jasmani dan rohani,dan dari pratikal seharian sehinggalah ke aspek ketuhanan.Allah,maha agung lagi maha pemurah.Cuma,manusia hari ini terlalu ego dan lalai dan menolak segala apa yang Allah suruh,bagi sesetengah golongan mereka tidak nampak semuanya ini adalah dari Allah ,hati mereka "buta" dan apa yang mereka lihat hanyalah diri mereka semata-mata.

2009年8月12日星期三

maut di alam nyata

Setiap kali aku jatuh sakit,diriku rasakan maut semakin mendekati.Sakit ,mengingatkan kita pada maut, dan ia juga mengingatkan kita pada Allah.Aku sedar dan aku tahu bahawa Hidup dan mati ditangan Allah,kita manusia hanya dapat berusaha dan beriktiar untuk menyembuhkannya.Tapi ,bila setiap kali aku sakit,aku selalu mengeluh,aku selalu menangis ,aku selalu bertanya,sampai bila lagi aku perlu diuji sebegini?



Aku masih belum sampai pada tahap penyerahan yang sebenar-benarnya pada Allah.Aku malu,aku binggung.Mengapa musibah demi musibah ,mengapa dugaan demi dugaan yang perlu aku mengharungi ,tak habis-habis?Ya ,Allah hambaMU dah terlalu letih ,terlalu lemah untuk meneruskannya lagi.Seksa,ia terlalu seksa .Hidupku kini dah tak bermakna,badanku terlalu lemah untuk membuat tugas-tugas harian,rumahku tak terurus,anakku dan suamiku tak dapat kasih sayang yang sepenuhnya dari aku.Aku dah banyak tinggalkan tanggungjawabku sebagai ibu dan isteri.Ya Allah ,engkau yang Maha mengetahui segala-galanya.



Pantang maut sekiranya ajal masih belum sampai,aku tahu semuanya .Tapi,bila dalam keadaan sakit yang menyeksa,aku masih tak dapat menghayati itu sebagai suatu pemberian Allah .Suamiku selalu berkata pada diriku,bukan semua orang dapat merasai apa yang kamu rasa,termasuklah apa yang kamu sedang alami sekarang,iaitu sakit yang nampak dengan mata kasar dan sakit yang tak dapat dilihat.Anggaplah ia sebagai suatu nikmat yang Allah berikan pada kamu. Allah hanya menguji segolongan hambaNya yang Dia sayang,tapi ujian yang yang berturut-turut ,bertahun-tahun membuatkan aku begitu lemah,begitu letih. Memang senang berkata-kata bila diri sendiri tidak mengalaminya,tahukah dia aku ini terlalu sakit dan seksa?Bukan sehari dua,tapi dah terlalu lama aku hidup dalam keadaan sakit ini.


Aku sebenarnya memerlukan masa dan peluang untuk mengenali Tuhan dengan lebih dekat lagi.Aku patut bertawakal,patut menyerahkan sepenuh jiwaku atas ketentuanNya.Mengapa aku masih bertanya,mengapa aku masih mengeluh ,mengapa aku masih menyalahkan orang lain?
Ya ,Allah tunjukkanlah aku jalan yang sebenar-benarnya,bimbinglah aku dan matikanlah jiwaku,bersihkanlah jiwaku yang kotor ini ,agar aku dapat betul-betul bertaqwa kepada engkau..hanya pada engkau aku merayu dan pada engkau aku menyerah!Hidup mati adalah hak engkau,sekiranya aku ditakdirkan mati pada usia sebegini,matikanlah aku dalam keadaan yang beriman.Amin.