2016年10月23日星期日

Hidup ini cuma sekali

Nyawa seseorang manusia yang diberi oleh Allah tidak ada patah baliknya.Bila masa ia perlu ditamatkan,saat itu juga kita akan meninggalkan dunia ini.......

Sepanjang riwayat hidupku ,aku tak pernah lagi merasakan  kebimbangan,ketakutan,dan kesedihan untuk ku meninggalkan alam ini,saat aku di tolak masak ke bilik pembedahan,perasaan berkecamuk dalam fikiran,walaupun aku masih sempat mengucapkan kalimah syahadah,walaupun aku sempat juga berdoa agar pembedahan yang bakal ku jalani berlangsung dengan selamat,tapi,dalam hati kecilku masih berkata-kata sekiranya Engkau takdirkan aku pergi,matikan lah diriku dalam keadaan yang beriman,sekiranya Engkau takdirkan aku hidup lagi,jadikanlah hidupku ini penuh kesejateraan.itu saje yang aku minta............

Sebenarnya hidup ini tak lah lama,tapi jangka masa itu cukup untuk kita menunaikan ibadah yang dijanjikan Allah.manusia masa kini banyak membuang masa,seminit,sesaat tu begitu berharga bagi golongan yang tahu menghargai kehidupan tapi bagi golongan yang lalai,masa itu tidak menjadi ukuran. yang mereka kejar adalah kepuasan nafsu diri sendiri.

Apabila aku sedar dari pembedahan itu,aku bersyukur bahawa Tuhan masih menyayangi diriku.Aku masih boleh membuka mata melihat kawan kawan ku ,aku masih boleh bernafas dengan udara disekelilingku.Ya Allah,aku ingin hidup lagi di dunia ini dengan keberkatanMu.

Kita hidup di dunia ini cuma untuk sekali saje,jadikanlah hidup ini lebih bermakna dengan pemberian Allah yang telah dikhaskan untuk kita.janganlah kita mengeluh,janganlah kita cemburu pada orang lain,Allah telah menentukan hak masing -masing dengan keadilan NYA, itu adalah keadilan hakiki.

Aku mengharungi sebuah kehidupan,
dari dulu,kini dan selamanya
walaupun perit,walaupun pedih
aku masih teruskan perjalanan ini
Aku tahu yang bakal menungguku di  depan
bukanlah harta,bukanlah kemewahan
tapi,ia adalah satu perjanjian 
antara aku dengan DIA.................