2017年1月6日星期五

Suatu pengorbanan yang teramat menyiksakan......

   Haruskah aku terus hidup dalam keadaan  yang sebak dan sakit hati .Mengapa Tuhan tak habis habis mengujiku.....
Pertanyaan yang tak pernah ada jawapannya.
Hari ini segala galanya telah terungkai,dan aku dapat melihat dengan jelas kebenaran yang telah disusun atur olehNYA.

  Terlalu seksa dan terlalu perit jiwa dan raga,namun kini aku sudah berjaya melepasi kesemua itu ,kemenangan yang teramat besar bagiku dalam ujian ini ialah,suamiku telah insaf akan kesilapan dan kebodohannya yang pernah dia lakukan terhadap aku dan anak.dan dia ingin kembali ke pangkuan kami .Alhamdulillah....

   Aku  dan anak yang terpaksa menanggung kesakitan hati dan kekosongan jiwa sepanjang perhubungan ini terjalin. Suasana rumahtangga menjadi kelam kabut dan tidak tenteram.Masing masing cuba mencari alasana untuk bergaduh. Ini semua adalah angkara ketamakan hati seorang wanita yang bergelar janda beranak 6 ingin memiliki suamiku lalu berkongsi kasih sayang dan mencuri masa  kami bersama sama dengan orang yang kami sayang.Ya Allah.Mengapa harus engkau aturkan jalan hidup yang begitu perit untuk aku.

  Manusia yang tamak sentiasa akan rugi.itu adalah hakikat yang semua orang tahu dan akui dari dulu lagi,tapi mengapa masih ada segelintir manusia tidak akur dengan pemberian dan ketentuanNYA dan sanggup menyakiti hati dan melukai jiwa kaum sejenis dengannya.Manusia jenis apa niii.....Islam atas nama tapi perangai kalah syaitan.

  Kesengsaraan dan penderitaan  yang aku alami telah dilalui dengan jiwa yang seksa dan bertemankan linangan air mata setiap hari .kesemua ini akan di bayar balik oleh mu wahai janda yang tamak ....Tuhan itu  Maha kaya dan Maha mengetahui segala perbuatan mu yang jahil ini.

  Tuhan aturkan aku sakit,aturkan aku terpaksa menjalani pembedahan,aku menanggung kesakitan selama 2 bulan berada di rumah selepas pembedahan dan dia pula begitu seronok lalu berusaha aturkan anak dan cucunya untuk mencuri masa kami bertiga bersama.Ya Allah,engkau saje yang memahami perasaan ku semasa aku terlantar sakit di atas katil hospital ,semasa aku bertarung nyawa  untuk meneruskan hidup, tika aku teramat memerlukan belaian dan kasih sayang dari seorang lelaki yang bergelar suami, engkau janda tamak telah mencuri masa dan perhatian suamiku dari aku,engkau  hantar whatsapp rindu,hantar mutiara kata cinta dan sayang,  hantar video lagu cinta,engkau sengaja aturkan masa untuk berjumpa dengan suami ku .Tanpa berasa ragu ragu suamiku melayan setiap whatsapp dan panggilan telefon dari mu sehingga ke larut malam. Suamiku termakan jua kata kata manismu, lalu dia terjebak ke dalam kerakusan cinta yang melampau lagi terlarang.Maksiat yang  dicari,maruah diri di kotori.Sia-sia sahaja ilmu ketuhanan yang dipelajari selama ini ,niat di hati ingin mengenali diri dan mengenal tuhan tetapi ,yang dikejar tak kesampaian,yang dikendong berciciran bahkan tersesat dalam pencarian lalu terkandas dalam keharmonian rumah tangga . Soal ketuhanan yang   pelajari selama  ini bukan saja tidak dapat dipraktiskan bersama sama dengan anak dan isteri,malah suamiku telah membuka bekung di dada dan menyapu tahi ke atas muka diri sendiri.Aku kasihan melihat dirinya, sudah la jahil dalam amalan seharian tetapi pendirian nya juga goyah.Suka menghayati senario kehidupan serta masalah orang lain dan mencampur adukkan masalah itu dalam kepala sendiri dan sanggup menduakan isteri lantas melalaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah terhadap anaknya.Keadaan ini berlarutan sehingga memakan diri sendiri .Tetapi, kini Tuhan masih menyayanginya ,lalu......terbongkar la segala rahsia hubungan sulit diantara dua insan yang terjebak dalam cinta yang terlarang ini.

 Setelah aku terpaksa menanggung segala ujian,bermula dari sakit yang hanya nampak dengan mata fizikal hinggalah sakit didalam hati,akhirnya aku terlantar atas katil hospital.Aku mengalah dengan ketentuan Mu Ya Allah,aku tak mampu untuk meronta ,aku tak mampu untuk menjerit,aku tak mampu untuk melawan.Keadaan diri aku terlalu lemah untuk berbuat apa apa.Aku serahkan segala galanya kepada Mu,hanya engkau yang tahu apa yang terbaik untuk ku.

 Sepanjang hidup sebagai sepasang suami isteri,suamiku tak pernah melayang tangan dia atas muka ku walaupun kami pernah bergaduh sedasyat mana pun,tapi kini perubahan dalam dirinya jelas nampak ketara,dia mudah menengking,tiada lagi sifat tolak ansur sesama kami.Dia telah menamparku setelah berkawan dengan janda ini semasa kami bergaduh di awal tahun ini,tamparan itu telah menghancurkan hatiku dan cintaku terhadapnya.Semenjak dari itu,aku pernah bersumpah demi Tuhan lalu meminta pembalasan yang setimpal diturunkan terhadap mereka atas perbuatan sumbangnya .Aku sembahyang tiap tiap malam memohon petunjuk dan jalan keluar dari  musibah ini.


Wahai janda tamak,
"Suami ku kau gula,engkau tahu kelemahan dia dan sanggup mengambil kesempatan keatas kebaikan dan kebodohannya demi untuk memuaskan nafsu binatangmu semata mata. Engkau jerat suamiku dengan layanan lemah lembutmu, manjamu, suaramu yang mampu menggetarkan jiwa kejantanannya. Di samping itu, engkau juga melibatkan anak cucumu dengan telatah riang serta kerenah manja mereka yang sememangnya menjadi kesukaan dia. Niat di hati suamiku yang hanya ingin menolong dan menumpang suasana keseronokan kekeluargaan yang tak dapat dicari dalam keluarga ini telah membawa dirinya ke jalan yang agak melebihi batas.Aku tidak pernah mengesyaki perbuatan suamiku selama ini , kerana ku tahu bahawa dia memang senang mesra dan bergaul dengan sesiapa sahaja,niat atas suka tolong dan niat atas ingin mencari duit belanja yang lebih,itu adalah tanggungjawabnya dan aku percayakan apa yang dia buat itu adalah untuk kebaikan keluarga."

  Hari demi hari,  aku mula sedar ada sesuatu yang aneh berlaku dalam perhubungan mereka baru baru ini. Gerak hatiku sebagai seorang isteri mengatakan bahawa  perhubungan mereka bukan hanya sekadar diantara pemandu teksi dengan penumpang atau seperti apa yang pernah suamiku  katakan sebelum ini, bahawa dia mempunyai tali persaudaraan dengan janda ini. Tetapi,ia jauh lebih daripada  apa yang aku sangkakan.Aku cuba baca whatsapp yang dihantar oleh janda ini,aku menjejaki panggilan telefon mereka,aku semak bil telefon  yang suami ku langgan,aku cuba menjejaki langkah suamiku,Masya Allah.Sah,hubungan meraka dah sampai ke tahap yang melampau. Seperti belangkas, sentiasa bersama ke mana sahaja bagaikan pasangan suami isteri.

  Aku cuba pendam perasaan marah dan kecewaku,aku cuba tak mahu ambil kisah tentang hal ini,sebab,bagi aku,ini bukanlah kali pertama dia berkawan dengan janda,malahan dah berpuluh puluh orang janda yang dia pernah berkawan sebelum ini,tapi  yang pasti suamiku tak pernah sedar dan tak pernah serik,dan dia tetap terus menipu aku dan anak dalam banyak hal.Kini aku terasa diriku ini seperti diperkecilkan dan di persendakan dalam perhubungan kami sebagai suami isteri.

  Bila seseorang makan rasuah,orang sebut pecah amanah,bila seseorang berpaling tadah,orang sebut belot,bila seseorang berlaku curang ,orang sebut GATAL......atau MIANG yang lebih sesuai.

  Bila aku bongkarkan rahsia perhubungan mereka,suamiku tidak pernah mengaku bersalah atas perbuatannya  .Bagi dia,perhubungan yang terjalin diantara mereka hanya lah atas dasar niat ingin menolong, dan mencari rezeki.Penglibatan suamiku dalam urusan hal hal rumah tangga termasuklah penghantaran dan pengambilan anak cucu pergi balik sekolah,keluar masuk hospital ,menghadiri majlis kenduri  dan banyak lagi.Apa yang berlaku selebih dari itu semuanya bukanlah niat dia yang asas.Timbulnya perasan cinta,perasaan sayang dan rindu janda itu bukanlah hak dia untuk menghalang.Itu soal peribadi, janda itu berhak untuk mencinta sesiapa pun termasuklah dia.Aku faham apa yang suamiku cuba tegakkan disini.Tapi,bagiku kemesraan yang melampau yang dipamerkan oleh diri dia kepada keluarga janda ini telah melahirkan bibit bibit cinta dan perasaan sayang terhadapnya.Mereka menaruh harapan agar satu hari nanti dia akan dapat mengantikan watak arwah bapa mereka lalu menjadi sebahagian daripada keluarga itu .

  Aku himpunkan bukti untuk dikemukakan kepada suamiku bahawa aku sudah mengetahui perhubungan mereka,tapi aku tak mampu menahan perasaan kecewa aku untuk berdepan dengan dia.
Lalu aku hantar whatsapp di telefon dia,aku minta dia buat keputusan yang dia fikir paling elok untuk selesaikan hubungan sumbang ini.Aku tahu dan aku faham,apabila seseorang sudah termakan budi,rasa berat untuk melepaskan apa yang sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan hidup dia .Apa yang dicari sekian lama yang tiada pada diriku tapi  ada pada diri janda itu di pertimbangkan demi mendapat  suatu kepastian yang terbaik.Itulah yang dinamakan JANTAN tak sedar diri!

  Pelbagai alasan dan cemuhan dia lemparkan kepada aku.kisah lama diungkitkan untuk menutup keaibannya yang terbongkar.Sangkaan buruknya terhadap diriku yang aku tak ketahuan selama ini semuanya terkeluar dari mulut dia.Aku berasa begitu terharu,memang jelas sia sia sahaja aku memperjuangkan maruah keluarga ini demi memperelokan rumahtangga yang kami bina 23 tahun yang lalu. ,suamiku langsung buta dan tak nampakan  kebaikan yang telah aku curahkan selama ini.Ya, Allah,adakah aku patut biarkan dia terus membuta dan hidup dalam sangkaan buruk dia terhadap orang lain termasuk diri aku???
Aku terlalu sedih ,terlalu kecewa....

  Mengapa Allah tutupkan hatinya dalam soal perhubungan kami,adakah aku ini terlalu hina bagi dia sehinggalah sanggup memaki hamun,memperkecilkan kebaikanku.Aku cuba bangkit dari jatuh,aku cuba memujuk hati kecil yang parah ini untuk bangun semula ,aku tahu bahawa aku masih ada lagi orang yang sayangkan aku,aku masih ada lagi insan diamanahkan yang memerlukan kasih dan sayangku.Suami itu hanyalah orang yang di pinjamkan oleh Allah kepada aku untuk jangka yang tertentu,habis jodoh maka tamatlah ikatan kami sebagai suami isteri.
Aku boleh terima ini semuanya ketentuan Tuhan.Tapi,yang sukar bagi aku mengapa manusia sanggup mengadai maruah dan harga diri demi untuk memuaskan nafsu ....lalu menyakiti hati orang orang yang tak tahu menahu dalam soal kecurangan yang mereka anggap sebagai CINTA kenangan silam!!! 

Begitulah jahilnya seseorang manusia yang goyah dalam pendirian dan rapuh dalam membuat pertimbangan.Sentiasa sesat dalam pencarian.
Bagi diriku,fahaman tentang hidup dan fikiran logik seseorang  banyak mempengaruh diri dia dalam membuat andaian dan keputusan.

  Sekiranya hari ini,mereka boleh terima bahawa ikatan pertunangan mereka 25 tahun dahulu  boleh terputus semuanya adalah ketentuan Allah,kerana Tuhan telah menjanjikan jodoh yang lebih baik untuk mereka.Tetapi,bagi mereka yang jahil dalam keredhaan Allah telah menganggap bahawa penemuan semula ini adalah untuk menyambung semula jodoh dan cinta yang tak kesampaian sebelum ini lalu suami ku dianggap  lelaki yang teragung untuk dia.Walaupun masing masing sudah beranak cucu.Bagi mereka,itu lah cinta sejati.......

  Buruk,teramatlah buruk bila bercinta di usia usia setengah abad ini.Tiada lagi perasaan malu , tiada lagi takut pada Tuhan tiada lagi segan silu terhadap orang yang ada di sekeliling mereka,yang ada di hati hanyalah nafsu yang menguasai segala galanya.

Wahai Tuhan ku yang maha mengasih lagi penyayang,sayangi lah hamba mu ini.Adili penghubungan aku dan suamiku,tunjukkan lah jalan keluar dan jalan penyelesaian yang sempurna untuk kami.