2016年11月27日星期日

Kecurangan

Sebuah ikatan hanya mampu bertahan atas kejujuran hati dan berpegang atas bahu amanah.

Bila terdapat bibit bibit kecurangan dalam sebuah ikatan,maka keretakan mula kelihatan,walaupun berkurun ikatan tu terjalin akhirnya kehancuran yang bakal diundang.

Dalam perhubungan suami isteri,ia tidak dapat mengizinkan berlakunya kecurangan walaupun sebesar zarah.itu adalah kenyataan hakiki.

Islam mengizinkan poligami,tapi orang yang cuba atau yang telah mengamalkan poligami sebenarnya dalam kemelut kecurangan terhadap pasangan masing masing.Ramai orang ambil ringan dalam soal ini,menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal,tepuk dada tanya selera.......

Islam sebenarnya tidak mengalakkan hambaNya membebankan diri sendiri,tapi manusia hari ini suka mencari bala untuk diri sendiri ,lantas bila sudah terlanjur,pelbagai alasan diberi lalu mengambil jalan keluar yang singkat melepaskan diri dari perbuatan curang untuk berkahwin lagi.

Pernahkah mereka berfikir balik,kata kata manis dan perjanjian yang mereka lafazkan terhadap pasangan masing masing sebelum kahwin dulu,Allah dengar itu semua.Adakah mereka faham isi kandungan semasa akad nikah tu di langsungkan di depan tok kadi dan disaksikan dua orang saksi.Itu perjanjian kita dengan Allah,Itu amanah Allah untuk kita!!!Wahai manusia ,bukalah mata,pasanglah telinga ,gunalah akal fikiran yang Allah bagi itu.ikatan pernikahan itu adalah suatu perjanjian kita dengan hamba Allah yang  Allah telah pilih untuk kamu.

Manusia pegang pada janji ,binatang tinggalkan belang.hati yang tenang,hati yang bersih ,hati yang sentiasa ingatkan Allah menentukan kita bukan sama dengan binatang yang hanya sekadar mengikut nafsu..........

2016年11月22日星期二

Sihir

Zaman sekarang masih wujud lagi sihir yang merosakkan.Allah hu akhbar....
Ya,memang ia lagi dasyat dari zaman dulu.manusia hari ni semakin lusuh dan luntur dalam iman dan akhlak.hati dan naluri tidak lagi pegang pada qado dan qadar,yang diisi hanyalah hasad dan dengki,perasaan ketidakpuasan hati.
Ramai orang sedar yang kita semakin hari semakin dekat dengan kiamat,wujudnya dhajaal,jadinya bencana alam,jadinya pergaduhan ,jadinya ajaran sesat ,dan datangnya sihir yang semakin banyak ,itu semuanya yang kita boleh baca dalam kitab tetapi yang kita nampak dan alami hari ini,manusia sendiri la dhajaal,manusia sendiri la yang cari gaduh,manusia sendiri la yang menyumbangkan bencana alam dan manusia sendiri la yang belajar dan mengamalkan perbuatan sihir ini untuk kepentingan diri sendiri.

Diri saya yang pernah mangalami dua latar belakang hidup yang berbeza,keturunan dan agama yang berlainan berasa begitu kecewa dengan kehidupan yang berlandaskan Islam di kalangan masyarakat melayu,sedih dan pedih saya meniti hidup bersama dengan suamiku yang berbangsa melayu.
Aku mengharapkan dia boleh membawa aku ke dunia Islam yang indah dan hormoni tapi yang aku lalui semuanya adalah buruk belaka.......semua orang kata ini takdir Tuhan,kita tak mampu untuk mengubah kehendakNYA,aku terima ,tapi dalam hati kecilku masih ada lagi bibit bibit pertanyaan,mengapa Tuhan pilih aku jadi hamba Dia,perjalanan hidupku yang Dia atur begitu susah  untuk aku,apakah aku ini jahil atau hina sangat disisi Dia.dan aku terpaksa menjalani kehidupan yang
sebegini pahit dan perit,begitu seksa jiwa dan raga.......dimanakah keindahan Islam yang aku idamkan selama ini.......

Sepanjang perjalanan hidup aku selepas perkahwinan aku  sentiasa hidup dibawah pernaungan sihir dan ilmu hitam.sebaik saje akad nikah di lafazkan,permulaan chapter baru hidup aku ialah sihir dan ilmu hitam.keadaan melarat sampai ke hari ini.sudah 23 tahun kelangsungan perkahwinan kami dan sudah 23 tahun juga aku sakit akibat terkena sihir dan perbuatan ilmu hitam dari manusia manusia yang tidak berhati perut. Pada peringkat awal ,sahabat handai dan saudara mara yang prihatin semuanya menasihati kami agar banyak bersabar dan tabah,bagi mereka ini semuanya ujian Tuhan ,mungkin ada hikmah disebalik ujian itu semua.setahun,dua tahun hari berganti hari,tahun berganti tahun,ujian demi ujian hidup kami semakin hari semakin tenat dengan sihir.cerita yang tiada penghujungnya,habis satu bab,datang lagi satu bab......sampailah ada dikalangan kawan aku bertanya ,kamu ni banyak musuh sangat kah.ada juga yang bergurau,kamu ni popular sampai hantu pun nak berkawan.Ya,bila sebut musuh tu aku lagi binggung,musuh yang nampak dengan mata kasar dan musuh yang kita tak nampak.manis mulut di bibir dan berkata kata elok yang kita tak pernah was was dengan kebaikannya pun boleh jadi musuh besar kita.

Diri ku pun tak faham dan tak akan faham sampai bila bila apa yang berlaku pada diri aku ni berpunca dari apa dan bagaimana.........yang dengar dari ustaz bila aku pergi berubat,ketentuan Allah,itu semua kehendak dia .Tuhan tidak akan menurunkan kesusahan atau kemudaratan kepada hambaNya melebihi kemampuan mereka.Bila aku dengar ni buat kali pertama dari mulut ustaz,aku rasa benda tak masuk akal,aku bertanya pada diriku sendiri,AdakahTuhan tahu yang aku mampu nak pikul lagi ujian ni,aku kini sudah setengah mati dah,tinggal belum nak kapan dan  tanam dibelakang masjid sahaja...tapi yang hairan tu, ujian demi ujian ,aku tak mati mati juga.Pernah aku terlalu sedih dan minta diriku dimatikan oleh Tuhan sekiranya hidupku ini mendatangkan kemudaratan keatas bumi ini ......tapi ,apakan daya belum tiba ajalnya untuk aku pergi .Aku masih bernyawa berdiri di atas muka bumi ini.Dan aku tetap akan melalui hidup yang sama tiap tiap hari yang tak habis habis dengan sihir dan ilmu hitam.
Sakit dalam perut,kembung perut,aku jadi tak larat tak bermaya,aku muntah ,aku sesak nafas,aku tak boleh lena dan kerap terkejut dari tidur,badan aku sakit bagaikan ditelan seribu ekor binatang berbisa.itu semua kesakitan yang aku alami dan itu semua juga akan berterusan lagi sampai bila bila......
tiada penghujungnya.SABAR itu lah ungkapan yang sering aku dengar,ya memang betul,kita kena banyak bersabar.perkataan sabar itu bila sebut dimulut dan dengar di telinga memangnya indah dan sedap tapi tahukah mereka bagi orang yang mengalami sendiri ujian  dan kesakitan yang ditanggungnya itu   ,sabar hanya mampu dikata dan ditulis,ia bukan  senang untuk di laksanakan .

Aku seringkali tertanya pada diriku sendiri,mengapa manusia yang di luar sana mahukan aku mati dan mereka sanggup menghabiskan duit yang beribu ribu ringgit untuk mengupah bomoh .Adakah aku ini mendatangkan ancaman yang begitu dasyat bagi mereka sehinggakan maut itu penyelesaiannya.Aku ini insan yang kerdil,manusia yang biasa macam kamu semua.tiada apa apa kelebihan yang istimewa pun.Kalau sesiapa yang sanggup mengambil alih dosa dosa aku ,dan berkongsi kejahatan yang pernah aku lakukan sebelum ini,silakan .Buatlah apa apa sihir dan ilmu hitam yang kamu suka.Yang penting,aku dapat balik kepada Allah dalam keadaan bersih dan suci.InsyaAllah.