2010年1月1日星期五

sambutan tahun baru

Setiap tahun apabila tibanya penghujung bulan December,semua orang dari seluruh pelusuk dunia termasuk juga pihak penaja masing-masing sibuk merancang aturcara untuk menyabut tahun baru.Negara kita juga tidak kurang hebatnya berusaha mengadakan aturcara untuk menyabut kedatangan tahun 2010.Konsert disini sana,kemuncaknya pula membakar bunga api di sini sana,pengaruh keseronokan sambutan tahun baru boleh dirasai sehingga pada kanak-kanak kecil dan remaja kita.Apa yang dipanggil oleh mereka"COUNT DOWN 2010".



Apakah aturcara atau program yang paling sesuai untuk kita sama-sama adakan bagi menyambut kedatangan tahun baru atau acara "count down" itu?Mengapakah kita sebuah negara Islam perlu mengikut apa yang negara barat yang lain buat untuk menyambut tahun baru?Mengapa negeri Jepun sebuah negara yang maju dan hebat di kacamata dunia boleh mengadakan aturcara keagamaan untuk menyambut kedatangan tahun baru tetapi Malaysia sebuah negara Islam tidak berbuat demikian?



Agak sedih bila melihat apa yang berlaku pada zaman sekarang,sambutan tahun baru disambut dengan tarian moden,dengan teriakan dan jeritan ,dengan minuman mabuk,dengan maksiat dengan tembakan bunga api yang mahal.Perlukah kita adakan ini semua untuk menyatakan kesukuran kita kepada Tuhan?
Sebenarnya Tuhan tak minta itu semua,kesukuran atas nikmat yang Tuhan berikan selama ini hanya dengan lafas "alhamdullilah" dari hati kita kepada Tuhan , hanya dengan solat kesukuran,bacaan doa memohon kepadaNya agar dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki ,mengadakan solat hajat memohon kepada Tuhan agar dunia ini aman dan damai ,dijauhi segala bala dan malapetaka. Malangnya apa yang dihajatkan oleh segolongan manusia yang masih sedar dan insaf tidak kelihatan berlaku di negara kita pada ambangan sambutan tahun baru.



Mencegah lebih baik dari mengubat,tetapi apa yang dilihat hari ini agak jauh menyimpang.Pihak berkuasa dan Pihak mencegah maksiat bukan main sibuk bekerja keras pada malam ambang tahun baru bagi menahan pemuda pemudi yang mabuk,yang berkalwat ,yang berzina,yang melanggar undang-undang lalu-lintas,yang membuat kacau dan mengganggu ketenteraman orang awam!Dimanakah langkah-langkah dan plan pencegahan anasir ini dari berlaku?
Tangkap!Tangkap! dan Tangkap! adakah ini merupakan langkah penyelesaian masalah pemuda-pemudi menjadi liar hari ini?Mereka sudah melampau sehingga berani memukul dan mencederakan pegawai penguatkuasa !Peristiwa ini telah berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.Adakah ini salah satu tanda-tanda dunia sudah nak khiamat?Sebenarnya bukan dunia nak khiamat tetapi jiwa dan kemanuasiaan kita sudah khiamat dan telah sampai ke penghujungnya.



Apa kata ,sekiranya konsert -konsert dan pertunjukan bunga api yang menjadi aturcara lumrah ini digantikan dengan ceramah keagamaan dan ceramah kesukuran.Kita tanam rasa kesukuran,kita tanam rasa cintakan dunia di hati semua orang dengan ceramah-ceramah yang mendatangan kebaikan dan manfaat.Ia bukan saja boleh mendatangkan kebaikan malah juga dapat menunjukkan kepada dunia luar bahawa negara kita adalah sebuah negara yang beragama , yang sentiasa bersyukur dan menyayangi pemberian Tuhan atas muka bumi ini .Negara kita kaya dengan para cendikiawan dan tokoh agama,kalau ini semua dilakukan demi kebaikan serantau ,ia pasti akan mendapat sokongan dan sumbangan dari semua pihak.Dengan itu,ia sudah menjimatkan kos perbelanjaan negara dan rakyat.

Harapan akan menjadi kenyataan sekiranya ia diambil serius oleh semua pihak.Ingat ,dunia hari
ini sudah menunjukkan tanda-tanda sakit,dunia hari ini memerlukan kita,kita yang digelar manusia untuk memulihkannya dari penyakit dan kesakitan!

2 条评论:

  1. Ku tak blh bersetuju dgn kak lbh banyak lagi;
    ttp, negara kita bukan "negara Islam" lah!

    回复删除
  2. 此评论已被作者删除。

    回复删除