2010年8月27日星期五

Apa yang bertambah?

      Bulan puasa menjelang lagi.Aku menanti ketibaannya dengan debaran dan penuh gembira.Tapi malang tidak berbau,aku telah dilanda penyakit ghaib sebelum puasa.Badanku lemah,badanku sakit seperti dicucuk jarum, perutku sakit macam diperah-perah, seluruh badanku jadi lesu,aku tidak dapat lena pada malam,aku mimpi  benda-benda yang menakutkan setiap hari.Aku berjumpa dengan ustaz yang pernah mengubati aku dulu,memang sah aku "diserang" lagi .Memang nasibku sudah ditakdirkan begitu.Sudah banyak tahun aku sakit,dan setiap kali aku jatuh sakit,ia jadi pada bulan Ramadhan.Aku pasrah,aku sedih,aku binggung,aku ......tergamam,apa lagi dosaku,apa lagi Tuhan nak uji aku?

      Sudah banyak tahun aku  tidak dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan sempurna.Aku tidak dapat buat sembahyang terawih,badanku lemah.Aku tidak dapat buat sunat-sunat yang lain seperti orang lain buat.Badanku terlalu letih dan lesu.Bulan Ramadhan hanya datang sebulan setiap tahun,aku tak dapat ambil perluang ini untuk menambahkan amalan dan ibadah aku.Aku rasa amat sedih,amat kecewa.Mengapa aku  selalu diuji,selalu diduga sehingga tahap begini.Ya Allah,hambamu ini terlalu lemah untuk meneruskan lagi.

       Kawanku hari ini tanya pada aku ,bulan puasa ini adakah amalan kita sudah bertambah?Aku tersentak,amalan bertambah?Aku tak dapat berkata-kata untuk seketika.Sebenarnya,demi masa ,manusia sentiasa dalam kerugian.Apa yang manusia mahu dalam hidup masing-masing?walla wa'lam.Apa yang sebenarnya bertambah dalam bulan puasa? Amalan atau makan?Kita perlu perlahankan rentak hidup,renung-renunglah dalam diri kita ,sebenarnya banyak lagi yang perlu kita tambahkan.

没有评论:

发表评论