2017年5月19日星期五

Aku perlu move on.....

    Aku berjumpa semula dengan coursemate aku dulu di kursus yang telah aku hadir minggu lepas,satu perjumpaan yang amat bermakna bagi aku setelah sekian lama kami sibuk dengan hal dan kerja masing masing.Apa yang telah berlaku pada diriku baru-baru ini semuanya sampai di telinga mereka melalui FB dan whatsapp aku. tapi ,mereka memerlukan kepastian mengenai hal yang sebenarnya dari mulutku sendiri.Sedih untuk ceritakan hal rumahtangga aku kepada mereka,sedih lagi bila nak beritahu mereka yang suami aku telah terjalin skandal dengan janda yang beranak enam .

     Kawan-kawan yang aku berkongsi pengalamanku semuanya sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak.Aku lihat mereka agak bahagia disamping suami masing masing.Suami yang agak mengambil berat tentang hal rumahtangga,suami yang agak prihatin tentang kesejahteraan isteri.Tapi yang pasti aku perhatikan cara berkomunikasi suami isteri itu adalah punca utama mereka masih "stay to each other"Aku agak terharu dan terpegun dengan cara pembawaan watak mereka sebagai seorang isteri dan sebagai seorang suami,sifat tolerasi dan menghormati dua pihak masih menebal.Mengapa,aku tak terlihat benda benda ini semua dalam rumahtangga aku.......

        Orang KL, bila berhubung dengan kawan mahu pun orang yang terdekat,cara pembawakan watak mereka agak berlainan dengan orang Penang.sikap lembut dan ayat yang disusun dalam percakapan adalah agak bersopan dan berlapik,banyak open sentences dari direct sentences.dalam ayat mereka banyak diberi peluang untuk orang yang mereka bercakap.Tapi orang Penang jarang boleh dibawa bercakap dalam suasana sebegini.Orang Penang buka mulut tutup mulut banyak yang keluar "hang" dan "aku" susunan ayat pun banyak yang  kurang sopan .Bertambah buruk lagi bila dalam keadaan bergaduh,apa yang terkeluar semuanya perkataan yang terburuk,seumpama tidak wujud lagi ciri-ciri kemanusiaan dalam orang yang digaduh.Tapi bagi orang tempatan ,perkara ini agak sudah menjadi satu KEBIASAAN.Bagi aku mungkin sebab itulah berlakunya keretakan rumahtangga,ketegangan hubungan lalu membawa kepada kes cerai berai dalam rumahtangga ....,aku rasa cara kita berkomunikasi dan susun ayat dalam percakapan seharian dan permainan psikologi amatlah penting dalam pergaulan sehari hari,mungkin orang yang tinggal di situ tidak sedar atau mereka sudah biasa dengan cara pergaulan sebegini,tapi apa yang aku perhatikan ini adalah cara yang boleh diterima ramai.Mungkin aku tidak biasa dengan semua ini tapi apa yang aku perhatiakan ,komunikasi dan cara percakapan ini tidak senang menyinggung perasaan kedua-dua pihak ,walaupun kelihatan  kurangnya bibit-bibit keihklasan tapi,suasana hormoni itu tetap dikekalkan .

     Memang susah untuk mengubah apa yang kita sudah biasa,susah lagi bila kita berhadapan dengan orang yang kita terpaksa bersua muka tiap-tiap hari.Aku tidak paksa diriku untuk berubah semata mata demi menyenangkan hati suami ku,aku juga tidak memaksa suami aku berubah untuk menjaga hati aku dan anak aku, Tapi demi melangkah lebih jauh lagi di depan,demi berpegang teguh dengan amanah dan janji aku dengan Tuhan,aku kena "move on " dalam konteks yang lebih positif dan berstrategi dan terus " move on " untuk mengorek langkah yang lebih bermakna untuk diri aku dan juga anak aku. 


没有评论:

发表评论