2017年12月26日星期二

Balasan Tuhan

Allah , bila DIA kehendakan sesuatu berlaku pada seseorang ,maka tiada siapa yang mampu berhalang,Itu adalah hakikat yang kita semua akui.

Diriku telah ditakdirkan sakit tahun lepas dan doktor nasihatkan untuk membuang ketumbuahn fibroid dalam uterus.Aku telah menjalani pembedahan major tahun lepas.Pada masa yang sama perhubungan aku dengan suami tegang kerana kehadiran orang ketiga.masih segar dalam ingatan,masa aku ditahan dalam wad selepas pembedahan,suamiku asyik bergayut talipon dengan janda yang dia kawan.Aku dapat tahu perhubungan mereka agak serius dari talipon bimbit suamiku, semua ini selepas balik dari hospital.

Kehendakan Tuhan  untuk memindahkan apa yang aku sakit dulu kepada janda itu telah dimakbulkan minggu lepas.Anak janda itu talipon suamiku lalu beritahu yang maknya ada di hospital baru lepas bedah  sebab buang tumbuhan dalam tempat beranak.selepas aku dengar berita itu dari mulut suamiku,hatiku begitu tersentuh.Tersentuh bukan sebab janda tu sakit,tapi terasa sangat dalam hati begitu cepat Tuhan turunkan balasan ,aku tak minta Tuhan bagi dia sakit tapi Tuhan mungkin nak dia rasa apa yang aku rasa dulu semasa dia kawan dengan suamiku.......

Sakit  kena bedah makan ubat tahan sakit boleh hilang tapi sakit dalam hati ,tiada siapa yang mampu mengubati selain dari Tuhan.
Seronok berkawan dengan suami orang sampai tak ingat dunia,ke hulu,ke hilir,bergambar berdua-duaan.Tuhan ajar aku bersabar,dalam kesabaran  itu terlindungnya air mata darah yang
tiada siapa pun yang ketahui........Dan hari ini tiba masanya janda itu merasa apa yang aku rasa setahun yang lalu,rasa la kamu apa ertinya sakit hati dan sakit jiwa wahai janda,sebenarnya engkau sudah melukai hati orang orang yang tak bersalah,sebab itulah engkau juga terpaksa melalui saat saat perit ini,aku tak berhak menghukum kamu tapi Tuhan telah turunkan hukumannya untuk kamu,sedarlah wahai manusia,sebenarnya Tuhan masih sayangkan kamu sebab terima balasan di dunia,masih mampu bertaubat,sekiranya balasan itu diturunkan diakhirat,maka tak berpeluanglah kamu untuk bertaubat ......

Suamiku sampai hari ini tidak menziarahi janda itu lagi,mungkin bagi dia dah tak ada apa-apa lagi antara mereka.suamiku terkandas masa ingin menolong dia selepas suaminya mati,tapi atas faktor faktor sampingan,mereka terjebak......

Wahai manusia diluar sana,sedarlah kesilapan yang berlaku,taubatlah sebelum terlambat.Demi masa,sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian...................

没有评论:

发表评论