2017年4月13日星期四
Membina istana atas mahligai orang
Di dunia moden pada akhir akhir zaman ini, ramai pasangan terkandas dalam godaan dan tarikan luar.Meraka sering beranggapan "orang punya lebih baik dari sendiri punya" Pegangan hidup yang rapuh pada pasangan masing masing banyak menyumbangkan keruntuhan institusi kekeluargaan yang telah di bina.
Apa yang ada pada sebuah cinta?itu hanyalah lamunan kaum hawa dan adam.Hakikatnya ,cinta itu hanyalah sebahagian kecil dalam hidup kita yang mengisi ruang kosong kecil dalam jiwa..........
Walaupun begitu,masih ramai lagi yang mengagung-agungkan cinta dalam kehidupan mereka,malah ada juga yang sanggup mengadai maruah,mengadai nyawa demi mengucup sebuah cinta yang sejati dari kekasih masing masing.Bagi mereka yang asyik dilamun cinta,semua yang dilakukan itu adalah suci ,adalah murni,tapi disebalik percintaan itu terlindung babak-babak maksiat,tersirat butir butir zina yang ramai dikalangan kita tidak ketahuan!!
Bini orang berkawan dengan suami orangSuami orang berkawan dengan bini orang ditangkap berkhawat,Janda yang berkawan dengan suami orang,di bunuh atau ditetak.Kesemua berita ini boleh kita baca dalam suratkhabar tiap-tiap hari,Apa yang kita boleh ambil ikhtibar dari berita sebegini,rasa rasanya tiada pun pihak yang berani tampil ke depan untuk menyuarakan langkah langkah untuk menandangi gejala ini. malah,ia telah menjadi satu TREND terbaru yang sering berlaku disekitar kita. .Apakah dunia kita hari ini dah terbalik ?Yang betul disalahkan ,yang salah dibetulkan......Segolongan besar masyarakat kita hari ini telah mengalami keruntuhan akhlak yang agak serius dan sanggup melakukan perbuatan -perbuatan terkutuk tapi dianggap mereka itu adalah perbuatan yang ELOK dan yang DIBOLEHKAN.Yang amat membimbangkan ialah,golongan muda hari ini terikut ikut-ikut dengan apa yang berlaku disekitar kita,bagi mereka,"orang lain boleh buat,aku pun boleh",dalam kamus hidup mereka,tiada lagi yang "tak boleh"asalkan adanya perintis,mesti ada yang akan mengikuti jejak langkah mereka.
Cinta yang dikejar,maksiat yang tercari,adakah masyarakat sekarang faham akan realitinya.Haram halal dalam pergaulan lelaki perempuan tidak diendahkan lagi,yang mereka tahu hanyalah "chemistries"yang wujud diantara dua jantina,bila jadinya "chemistries" itu,maka nafsu yang mengawal akal lebih dari akal yang mengawal nafsu!
Ramai manusia hari ini suka melihat kebahagiaan hidup berumahtangga orang lain,tapi mereka lagi seronok bila dapat merampas kebahagian orang lain itu untuk dijadikan kebahagian dirinya sendiri. seperti mana yang boleh dikatakan,membina istana diatas mahligai orang.Adakah ia akan selamat?,adakah ia akan kukuh?Adakah ia akan menjadi sebuah istana yang mampu mencuri tumpuan orang ramai?
tepuk dada tanyalah selera masing-masing.Allah maha melihat,Allah maha adil.........lagi saksama
Kita hanya mampu membina istana yang kuat lagi kukuh atas tapak yang bersih dan kejab tanahnya.Kalau hendak bina istana atas mahligai orang,itu adalah sesuatu yang mustahil........ Akibatnya,.keruntuhan dan kebinasaan yang bakal diundang
2017年3月29日星期三
Masih ada lagi peluang?
2017年2月6日星期一
Janda gatal
Janda,
Kata nama yang diberi kepada
Perempuan yang tiada suami
Kata nama yang agung di sisi Allah
Kata nama yang dipandang mulia oleh orang ramai.
Tapi,hari ini kata nama janda
Tidak lagi semulia dulu
Janda janda hari ini ramai yang menyimpang,ramai yang jahil ,dan ramai yang bergelumang dengan maksiat.
Apakah dunia hari ini sudah sampai ke penghujungnya?
Apa yang terjadi dengan manusia yang bergelar janda ini
Hilang malu,hilang maruah,hilang harga diri.....
Yang dikejar semua adalah cinta yang terlarang,cinta yang tiada penghujungnya...
Wahai janda gatal,
Apa yang ada pada cinta terlarang
Ia cuma sekadar persinggahan yang sementara
meletihkan,menyakitkan hati dan membuang masa......
Tetapkan la hati mu pada Allah,
Minta lah petunjuk dariNYA,kerana....
Dia yang lebih memahami dan lebih mengerti isi hati mu.
2017年1月6日星期五
Suatu pengorbanan yang teramat menyiksakan......
Terlalu seksa dan terlalu perit jiwa dan raga,namun kini aku sudah berjaya melepasi kesemua itu ,kemenangan yang teramat besar bagiku dalam ujian ini ialah,suamiku telah insaf akan kesilapan dan kebodohannya yang pernah dia lakukan terhadap aku dan anak.dan dia ingin kembali ke pangkuan kami .Alhamdulillah....
Setelah aku terpaksa menanggung segala ujian,bermula dari sakit yang hanya nampak dengan mata fizikal hinggalah sakit didalam hati,akhirnya aku terlantar atas katil hospital.Aku mengalah dengan ketentuan Mu Ya Allah,aku tak mampu untuk meronta ,aku tak mampu untuk menjerit,aku tak mampu untuk melawan.Keadaan diri aku terlalu lemah untuk berbuat apa apa.Aku serahkan segala galanya kepada Mu,hanya engkau yang tahu apa yang terbaik untuk ku.
Sepanjang hidup sebagai sepasang suami isteri,suamiku tak pernah melayang tangan dia atas muka ku walaupun kami pernah bergaduh sedasyat mana pun,tapi kini perubahan dalam dirinya jelas nampak ketara,dia mudah menengking,tiada lagi sifat tolak ansur sesama kami.Dia telah menamparku setelah berkawan dengan janda ini semasa kami bergaduh di awal tahun ini,tamparan itu telah menghancurkan hatiku dan cintaku terhadapnya.Semenjak dari itu,aku pernah bersumpah demi Tuhan lalu meminta pembalasan yang setimpal diturunkan terhadap mereka atas perbuatan sumbangnya .Aku sembahyang tiap tiap malam memohon petunjuk dan jalan keluar dari musibah ini.
Aku cuba pendam perasaan marah dan kecewaku,aku cuba tak mahu ambil kisah tentang hal ini,sebab,bagi aku,ini bukanlah kali pertama dia berkawan dengan janda,malahan dah berpuluh puluh orang janda yang dia pernah berkawan sebelum ini,tapi yang pasti suamiku tak pernah sedar dan tak pernah serik,dan dia tetap terus menipu aku dan anak dalam banyak hal.Kini aku terasa diriku ini seperti diperkecilkan dan di persendakan dalam perhubungan kami sebagai suami isteri.
Bila seseorang makan rasuah,orang sebut pecah amanah,bila seseorang berpaling tadah,orang sebut belot,bila seseorang berlaku curang ,orang sebut GATAL......atau MIANG yang lebih sesuai.
Aku himpunkan bukti untuk dikemukakan kepada suamiku bahawa aku sudah mengetahui perhubungan mereka,tapi aku tak mampu menahan perasaan kecewa aku untuk berdepan dengan dia.
Lalu aku hantar whatsapp di telefon dia,aku minta dia buat keputusan yang dia fikir paling elok untuk selesaikan hubungan sumbang ini.Aku tahu dan aku faham,apabila seseorang sudah termakan budi,rasa berat untuk melepaskan apa yang sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan hidup dia .Apa yang dicari sekian lama yang tiada pada diriku tapi ada pada diri janda itu di pertimbangkan demi mendapat suatu kepastian yang terbaik.Itulah yang dinamakan JANTAN tak sedar diri!
Aku boleh terima ini semuanya ketentuan Tuhan.Tapi,yang sukar bagi aku mengapa manusia sanggup mengadai maruah dan harga diri demi untuk memuaskan nafsu ....lalu menyakiti hati orang orang yang tak tahu menahu dalam soal kecurangan yang mereka anggap sebagai CINTA kenangan silam!!!
Wahai Tuhan ku yang maha mengasih lagi penyayang,sayangi lah hamba mu ini.Adili penghubungan aku dan suamiku,tunjukkan lah jalan keluar dan jalan penyelesaian yang sempurna untuk kami.
2016年11月27日星期日
Kecurangan
Sebuah ikatan hanya mampu bertahan atas kejujuran hati dan berpegang atas bahu amanah.
Bila terdapat bibit bibit kecurangan dalam sebuah ikatan,maka keretakan mula kelihatan,walaupun berkurun ikatan tu terjalin akhirnya kehancuran yang bakal diundang.
Dalam perhubungan suami isteri,ia tidak dapat mengizinkan berlakunya kecurangan walaupun sebesar zarah.itu adalah kenyataan hakiki.
Islam mengizinkan poligami,tapi orang yang cuba atau yang telah mengamalkan poligami sebenarnya dalam kemelut kecurangan terhadap pasangan masing masing.Ramai orang ambil ringan dalam soal ini,menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal,tepuk dada tanya selera.......
Islam sebenarnya tidak mengalakkan hambaNya membebankan diri sendiri,tapi manusia hari ini suka mencari bala untuk diri sendiri ,lantas bila sudah terlanjur,pelbagai alasan diberi lalu mengambil jalan keluar yang singkat melepaskan diri dari perbuatan curang untuk berkahwin lagi.
Pernahkah mereka berfikir balik,kata kata manis dan perjanjian yang mereka lafazkan terhadap pasangan masing masing sebelum kahwin dulu,Allah dengar itu semua.Adakah mereka faham isi kandungan semasa akad nikah tu di langsungkan di depan tok kadi dan disaksikan dua orang saksi.Itu perjanjian kita dengan Allah,Itu amanah Allah untuk kita!!!Wahai manusia ,bukalah mata,pasanglah telinga ,gunalah akal fikiran yang Allah bagi itu.ikatan pernikahan itu adalah suatu perjanjian kita dengan hamba Allah yang Allah telah pilih untuk kamu.
Manusia pegang pada janji ,binatang tinggalkan belang.hati yang tenang,hati yang bersih ,hati yang sentiasa ingatkan Allah menentukan kita bukan sama dengan binatang yang hanya sekadar mengikut nafsu..........
2016年11月22日星期二
Sihir
Zaman sekarang masih wujud lagi sihir yang merosakkan.Allah hu akhbar....
Ya,memang ia lagi dasyat dari zaman dulu.manusia hari ni semakin lusuh dan luntur dalam iman dan akhlak.hati dan naluri tidak lagi pegang pada qado dan qadar,yang diisi hanyalah hasad dan dengki,perasaan ketidakpuasan hati.
Ramai orang sedar yang kita semakin hari semakin dekat dengan kiamat,wujudnya dhajaal,jadinya bencana alam,jadinya pergaduhan ,jadinya ajaran sesat ,dan datangnya sihir yang semakin banyak ,itu semuanya yang kita boleh baca dalam kitab tetapi yang kita nampak dan alami hari ini,manusia sendiri la dhajaal,manusia sendiri la yang cari gaduh,manusia sendiri la yang menyumbangkan bencana alam dan manusia sendiri la yang belajar dan mengamalkan perbuatan sihir ini untuk kepentingan diri sendiri.
Diri saya yang pernah mangalami dua latar belakang hidup yang berbeza,keturunan dan agama yang berlainan berasa begitu kecewa dengan kehidupan yang berlandaskan Islam di kalangan masyarakat melayu,sedih dan pedih saya meniti hidup bersama dengan suamiku yang berbangsa melayu.
Aku mengharapkan dia boleh membawa aku ke dunia Islam yang indah dan hormoni tapi yang aku lalui semuanya adalah buruk belaka.......semua orang kata ini takdir Tuhan,kita tak mampu untuk mengubah kehendakNYA,aku terima ,tapi dalam hati kecilku masih ada lagi bibit bibit pertanyaan,mengapa Tuhan pilih aku jadi hamba Dia,perjalanan hidupku yang Dia atur begitu susah untuk aku,apakah aku ini jahil atau hina sangat disisi Dia.dan aku terpaksa menjalani kehidupan yang
sebegini pahit dan perit,begitu seksa jiwa dan raga.......dimanakah keindahan Islam yang aku idamkan selama ini.......
Sepanjang perjalanan hidup aku selepas perkahwinan aku sentiasa hidup dibawah pernaungan sihir dan ilmu hitam.sebaik saje akad nikah di lafazkan,permulaan chapter baru hidup aku ialah sihir dan ilmu hitam.keadaan melarat sampai ke hari ini.sudah 23 tahun kelangsungan perkahwinan kami dan sudah 23 tahun juga aku sakit akibat terkena sihir dan perbuatan ilmu hitam dari manusia manusia yang tidak berhati perut. Pada peringkat awal ,sahabat handai dan saudara mara yang prihatin semuanya menasihati kami agar banyak bersabar dan tabah,bagi mereka ini semuanya ujian Tuhan ,mungkin ada hikmah disebalik ujian itu semua.setahun,dua tahun hari berganti hari,tahun berganti tahun,ujian demi ujian hidup kami semakin hari semakin tenat dengan sihir.cerita yang tiada penghujungnya,habis satu bab,datang lagi satu bab......sampailah ada dikalangan kawan aku bertanya ,kamu ni banyak musuh sangat kah.ada juga yang bergurau,kamu ni popular sampai hantu pun nak berkawan.Ya,bila sebut musuh tu aku lagi binggung,musuh yang nampak dengan mata kasar dan musuh yang kita tak nampak.manis mulut di bibir dan berkata kata elok yang kita tak pernah was was dengan kebaikannya pun boleh jadi musuh besar kita.
Diri ku pun tak faham dan tak akan faham sampai bila bila apa yang berlaku pada diri aku ni berpunca dari apa dan bagaimana.........yang dengar dari ustaz bila aku pergi berubat,ketentuan Allah,itu semua kehendak dia .Tuhan tidak akan menurunkan kesusahan atau kemudaratan kepada hambaNya melebihi kemampuan mereka.Bila aku dengar ni buat kali pertama dari mulut ustaz,aku rasa benda tak masuk akal,aku bertanya pada diriku sendiri,AdakahTuhan tahu yang aku mampu nak pikul lagi ujian ni,aku kini sudah setengah mati dah,tinggal belum nak kapan dan tanam dibelakang masjid sahaja...tapi yang hairan tu, ujian demi ujian ,aku tak mati mati juga.Pernah aku terlalu sedih dan minta diriku dimatikan oleh Tuhan sekiranya hidupku ini mendatangkan kemudaratan keatas bumi ini ......tapi ,apakan daya belum tiba ajalnya untuk aku pergi .Aku masih bernyawa berdiri di atas muka bumi ini.Dan aku tetap akan melalui hidup yang sama tiap tiap hari yang tak habis habis dengan sihir dan ilmu hitam.
Sakit dalam perut,kembung perut,aku jadi tak larat tak bermaya,aku muntah ,aku sesak nafas,aku tak boleh lena dan kerap terkejut dari tidur,badan aku sakit bagaikan ditelan seribu ekor binatang berbisa.itu semua kesakitan yang aku alami dan itu semua juga akan berterusan lagi sampai bila bila......
tiada penghujungnya.SABAR itu lah ungkapan yang sering aku dengar,ya memang betul,kita kena banyak bersabar.perkataan sabar itu bila sebut dimulut dan dengar di telinga memangnya indah dan sedap tapi tahukah mereka bagi orang yang mengalami sendiri ujian dan kesakitan yang ditanggungnya itu ,sabar hanya mampu dikata dan ditulis,ia bukan senang untuk di laksanakan .
Aku seringkali tertanya pada diriku sendiri,mengapa manusia yang di luar sana mahukan aku mati dan mereka sanggup menghabiskan duit yang beribu ribu ringgit untuk mengupah bomoh .Adakah aku ini mendatangkan ancaman yang begitu dasyat bagi mereka sehinggakan maut itu penyelesaiannya.Aku ini insan yang kerdil,manusia yang biasa macam kamu semua.tiada apa apa kelebihan yang istimewa pun.Kalau sesiapa yang sanggup mengambil alih dosa dosa aku ,dan berkongsi kejahatan yang pernah aku lakukan sebelum ini,silakan .Buatlah apa apa sihir dan ilmu hitam yang kamu suka.Yang penting,aku dapat balik kepada Allah dalam keadaan bersih dan suci.InsyaAllah.
