2009年10月23日星期五

Syawal yang bererti buat diriku

Akhirnya Ramadan ,Syawal menjelang tiba .Itu tandanya satu kemenangan untuk semua umat Islam yang telah menjalankan ibadat puasa dengan baik dan sempurna .Puasa ,bukan hanya sekadar lafas dimulut sahaja tapi yang penting ,didalam hati sentiasa perlu beringat , ia adalah satu ibadat untuk membersihkan diri kita.



Bulan syawal tahun ini disambut sederhana tapi, amat bermakna buat diriku.Tak seperti tahun-tahun yang lalu , aku hanya beraya di sini sahaja ,sebab badanku kurang sihat.Tahun ini ,badanku agak sihat sikit dan semakin pulih,aku beraya di kampung halaman kawan baik aku ,iaitu di Jitra,Kedah.



Aku pilih beraya di sana ada sebabnya.Hajatku cuma satu,untuk berjumpa dengan ustaz yang pernah mengubat aku setahun yang lalu.Aku hendak mengucapkan "terima kasih"kepadanya kerana telah menasihatkan aku semasa aku sakit dulu.Kata-katanya telah meninggalkan kesan dan impak yang amat besar dalam hidupku.Ia telah menjadi satu titik tolak untukku beranjak satu langkah ke hadapan lalu kembali ke jalan yang Dia redhai . Aku begitu terharu dan bersyukur bila mengenang kembali saat-saat aku menderita penyakit ganjil yang tidak boleh nampak dengan mata kasar.Akhirnya aku sembuh juga dengan izin Allah ,dan kini aku mula kembali ke pangkuanNya.Kata-kata ustaz itu telah menginsafkan diri aku. "Satu saja yang saya minta,kakak cubalah ubah cara hidup kakak.Ingatlah setiap musibah yang Tuhan turunkan mestilah ada hikmahnya dan jadikanlah musibah ini sebagai kifarah.Tuhan yang maha mengetahui,serahkan kepadaNya."



Apakah aku selama ini tidak pernah bersyukur dan menghayati kewujudanNya?Telah jauh aku pergi........,telah lama aku lalai...........,telah terlalu banyak dosa yang aku lakukan...............Ya Allah! Masih ada lagi orang yang baik hati untuk menegur ,masih sempat lagi aku memaling pandangan , lalu mencari jalan keluar.



Aku dan suamiku serta kawan baikku sampai dirumahnya pagi-pagi lagi pada raya ke-2.Dia dan isterinya agak suka melihat kedatangan kami.Aku mula menceritakan pengalamanku dan benda-benda yang ganjil berlaku pada diriku selepas balik dari rumah dia setahun yang lalu.Dia senyum dan bersyukur,lalu berkata ,Ini semuanya dari Dia ,siapa pun tak berkuasa untuk menghalang ,Tuhan tak memilih umatnya untuk diberikan sesuatu hikmah,selagi umatnya mengingatiNya ,disitulah ganjaran untuk mereka.



Dunia ini penuh dengan berbagai manusia,dari yang baik hati hinggalah ke yang busuk perut.Hendak berjumpa dengan seorang insan yang berhati mulia dan mahu membimbing kita bukanlah semudah yang disangkakan.Dan hari ini aku dapat berjumpa dengan ustaz ini bagiku ia adalah satu yang amat berharga dalam hidupku dan aku percaya ini semuanya telah diatur olehNya."Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang umatnya sekiranya ia sendiri yang mahu mengubah."Itu adalah falsafah hidupku sekarang.

没有评论:

发表评论