2011年8月21日星期日

puasa

Ramadan sekali lagi berkunjung tiba dan,kini sudah hampir ke penghujungnya.Apakah kita tak rasa sayang untuk meniggalkannya,dan ia cuma akan datang kembali selepas setahun.Sekembalinya ia selepas setahun,kita mungkin ada atau mungkin dah tak ada lagi di muka bumi ini.wallawaalam.

Ramadan tahun ini agak lancar dan tenang untuk diriku,sebenarnya aku agak risau untuk menghadapi ramadan tahun ini pada mulanya ,sebab,badan ku dan penyakit aku`yang sekejap elok dan sekejap teruk membuatkan aku tidak yakin untuk menghadapinya.Tapi ,Tuhan yang maha kaya ,maha peyayang dan maha mengetahui diriku ini,insya allah,aku dapat juga melakukan ibadah puasa ini dengan baik, tenang disamping juga dapat mrnjalankan tugasku dan tanggungjawabku di tempat kerja serta di rumah,dan anak ku yang 10 tahun ini juga dapat melakukannya dengan baik.Insya allah.


suatu hari ,sebelum tidur ,anak ku bercerita dengan aku apa yang kawannya kata pada dia di day care centrenya .dan apa yang terkeluar dari mulutnya agak memeranjatkan aku.Dia kata,kawan dia beritahu ,dia nak berdoa minta kat Allah untuk menjadi seorang "Mat Salleh"maksudnya orang putih ,dia tak mahu lagi jadi seorang melayu. sebab dia tak mahu berpuasa dan tak larat untuk berpuasa,sebab orang putih tak payah berpuasa.wah!budak sembilan tahun sudah pandai berdoa minta kat Allah macam-macam.Saya agak geli hati pada mulanya,sebab bagi saya budak-budak memang fikirannya tulus dan "ignorcence"tapi apabila fikir kali kedua,saya rasa amat bimbang sebab,bagi aku ini akan membawa kepada kemudaratan pada fikiran dan fahaman masa depan budak ini.Keesokan hari pula,anak aku balik ke rumah dan tanya aku,mama mengapa kita asyik buka puasa kat rumah aje?kawan Akma yang hari tu ,dia buka puasa kat Hotel.Jom la kita buka puasa kat Hotel juga!Aku ternganga sebentar,anak aku pun pandai nak buka puasa kat Hotel sekarang ,sebab kawannya cerita mereka selalu buka puasa di hotel . Aku sebenarnya tidak salahkan budak ini,sebab mereka tak berpengetahuan yang dalam macam kita orang dewasa.Aku agak kecewa dengan kedua orang tua budak ini,asalnya melayu Islam,tapi fahaman tentang fardu Ain yang asas pun tidak di ajar kepada anaknya sendiri.Apa itu PUASA sebenarnya,mengapa orang Islam perlu berpuasa di bulan ramadan ?Ini semua tidak diberitahu pada anaknya sebelum menjelang bulan Ramadan.Dan yang agak menyedihakan aku ialah menanamkan fahaman yang salah pada anaknya dalam konsep berbuka puasa di tempat mewah dan ia hanya berlaku di musim puasa !

Bukankah Islam mengajar kita berjimat cermat,sentiasa ingat pada mereka yang tak mampu,dan bantulah mereka sekiranya kita ini lebih mampu daripada mereka?Bulan puasa,bulan yang mulia ini,tapi,sayang sekali anaknya tidak dapat menghayati dan merasai keistimewaan bulan Ramadan ini.Sebaliknya dia telah di semaikan dengan fahaman yang salah.Bulan Ramadan sebenarnya mengajar kita untuk mengawal nafsu,berastagfar,menyucikan diri kita dari segi jasmani dan rohani tetapi apa yang dia faham ialah makan makanan yang sedap di tempat yang mewah!It is very,very sad.Kita yang lahirnya ISLAM tapi tidak faham erti sebenarnya PUASA ,Mungkin orang putih yang kita panggil "mat salleh" itu lebih mengerti apa itu maksud puasa sebenarnya!


Umat Islam kini,especially di negara kita,umumnya,kebanyakannya hanya jadikan Islam sebagai "budaya" dan bukanyan pegangan hidup dan amalan seharian ,ikut apa yang di turun-temurunkan dari keluarga,dari nenek moyang.apa yang mereka betul-betul faham tentang bab ketuhanan bab amalan ,bab akhirat adalah terlalu cetek.Mak bapak yang pengetahuannya begitu sedikit ini macam mana mampu untuk mendidik anak.Ini baru bab puasa,lain kali kalau dia tanya yang lain-lain lagi,macam mana pula mereka nak jawab?

Sebenarnya apa yang berlaku kini amatlah serius,tak kira di rumah atau pun di sekolah,masa seorang mak bapak yang boleh berada di sisi anak untuk cerita tentang bab agama adalah terlalu amat sedikit!Begitu juga di sekolah,ustaz dan ustazah hanya mengajar berpandukan silibes yang diberi,dan yang sedih lagi ialah mereka mengajar hanya untuk menghabiskan silibes yang ditetapkan oleh pihak kementerian.Mereka tak kira,budak-budak yang diajar itu faham atau tidak,yang penting,silibes itu habis dan ini menunjukkan mereka telah menjalankan tugasan masing-masing!

Tuhan tidak mahu melihat umatnya menjadi lalai,Tuhan mahu kita sentiasa mengingatiNYA apa jua yang kita lakukan.Yang penting,kita sebagai seorang manusia yang diberi akal fikiran,diberi kekuatan mental dan fizikal perlulah sentiasa berasa bersyukur dan berasa bangga bahawa,hari ini Tuhan jadi kita seorang manusia yang begitu tinggi darjatnya dan bukannya binatang!

没有评论:

发表评论