2015年1月20日星期二

Hati seorang ibu.

Seperti tahun tahun yang lepas,pada hujung tahun sebegini,aku dan adik akan plan untuk mengadakan jamuan bagi  menyambut hari ulangtahun ibu yang sudah melangkau lapan puluhan.bagi aku ,keseronokan yang di pamerkan di muka ibu bila dia melihat anak anak,dan cucu cucunya balik berhimpun dan makan bersama sama ,itu sudah cukup untuk membuatkan hatiku senang.wahal hari hari biasa anak cucunya sering balik menyeguk dia,tapi hanya di hari yang special ini semua anak dan cucunya balik berhimpun,bagi ibu,ini lah saat yang bahagia sebuah keluarga,inilah kejayaan seorang ibu yang telah berjaya membimbing anak anaknya dalam memahami erti kata kepentingan siratulrahim.

Tahun ini,adik mahu jamuan hari ulangtahun mak di adakan di sebuah restoran,aku yang menguruskan tempahan dan memaklumkan kepada mak .Nanti mak yang akan memberitahu semua anak anaknya tentang jamuan tersebut.aku pulang ke rumah mak hari ahad yang lalu,mak beritahu aku yang dia telah menalipon kakak ku  yang tinggal di ashley green,kakak numbor tiga.mak kata,kakak itu belum tunggu mak nak beritahu dia hari dan tempat jamuan tu nak diadakan,dengan lajunya dia beritahu mak yang dia tak nak campur dan tak nak hadir.mak tersentap sebentar lalu terus memarahi kakak ku.Aku dapat merasai kesakitan hati yang ibu rasa.Sebenarnya,tahun ini  telah masuk tahun kedua kakak ku itu tak balik untuk besama sama bagi meraikan ulang tahun mak. Tahun lepas mak agar sabar dan mak cuba meneyembunyikan kelemahan kakak ku itu dengan kata kata yang positif di depan mata kakak yang lain.aku tahu,mak lakukan ini semua demi menjaga hati anak anaknya.berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnyai . kali ini mak agak terkecil hati bila anak kesayangannya sanggup mementingkan hal diri sendiri daripada hadir ke jamuan hari jadi nya.hati ibu mana yang tak sedih.hati ibu mana yang tak terluka bila melihat anak anaknya tidak lagi ingat akan diri dia.sedih!amat menyedihkan.....................

bagi seorang ibu tua,wang ringgit anak tidak lagi menjadi ukuran kebahagiaan ,anak yang soleha,anak yang sentiasa ada hati kepada ibunya itu yang menjadi kunci kebahagian sanubari  yang tiada nilainya.

pernahkah kita renung sejenak,masa masa tua yang bakal kita lalui bila ada diantara anak anak kita yang sentiasa sibuk,anak anak yang lebih pentingkan hal keluarganya daripada ibunya sendiri.betapa kecilnya hari seorang ibu bila dia mengetahui bahawa dirinya sudah tiada bertempat lagi dalam hati anaknya sendiri.


Demi ibu,aku sanggup melakukan apa saje asalkan hati ibuku senang.Aku sedar bahawa hari hari yang tinggal buat ibu bukannya panjang sangat lagi.selagi nyawa masih dikandung badan,aku harap ibuku dapat menghabiskan sisa sisa hidupnya ini dalam konteks yang lebih bererti dan bahagia.

ibu
engkaulah yang membawa ku ke dunia ini
engkaulah yang mengajar ku erti sebuah kehidupan
engkaulah yang menemukan aku dengan Tuhanku

ibu
engkaulah cahaya
yang telah menerangi hidupku

jasamu tak dapatku balas walaupun
dengan seluruh jiwa dan ragaku

namum,
aku sanggup mengadai nyawaku
demi melihat sebutir senyuman mu!

没有评论:

发表评论