2015年1月21日星期三

lelaki yang digelar suami

Sebuah perhubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan berakhir dengan satu ikatan akad,maka jadilah mereka sepasang suami isteri.Ada orang panggil ia sebagai perkahwinan.Apa yang kita lihat hari ini,terlalu ramai pasangan yang masih belum betul betul mengerti dan mendalami erti ikatan akad itu semasa mendirikan rumah tangga,lalu ia terbawa bawa sehingga ke anak cucu.Ramai yang ingat,ikatan kahwin itu adalah untuk membolehkan lelaki dan perempuan berada bersama sama bagi mengelakkan mereka dari difitnah,dari perbuatan maksiat dari ditangkap kalwat.....tapi,tak pernah ada orang  pernah berfikir pengertian perkahwinan itu sebenarnya adalah jauh lebih dari apa yang tersebut diatas.

Apabila pasangan itu digelar suami dan isteri ,maka bermula la suatu kehidupan yang agak mencabar dan penuh debaran, hari hari yang dilalui oleh mereka ia amatlah memerlukan persefahaman yang mendalam diantara kedua-dua pihak.Indah sungguh masa bercinta,indah lagi selepas berkahwin.Itu la umpamaan orang tua-tua .Tapi pada hakikatnya,kehidupan selepas berkahwin bukan semuanya indah indah belaka.Bagi diri wanita ,lelaki yang telah dia pilih untuk dijadikan suami dan teman hidup itu adalah seorang lelaki yang dia betul betul harap dapat membimbing dan membawa dia ke masa depan yang lebih baik.Itu memang kenyataan.Tapi  ia kadang kadang tidak berlaku dan keadaan yang sebaliknya pula menimpa ......apa  dan siapa yang patut disalahkan?mak bapa yang kahwinkan mereka?cinta yang buta ?keinginan hawa nafsu?undang undang Islam yang kita pegang hari ini?wang ringgit ?muka yang segak?tepuk dada tanya selera masing masing..................

kita, masusia yang Allah berikan akal dan fikiran,tapi bila sampai di saat saat begini,banyak yang tidak gunakan pemberian Allah itu.Apa yang ada pada cinta? Apa yang ada pada wang ringgit?Apa yang ada pada  muka yang segak?itu semua hanya sementara,ia tidak akan kekal selama lamanya.Yang kekal yang abadi dengan kita hanyalah Cinta Allah.

selalunya orang pernah berkata,pasangan yang bercinta itu tak semestinya berakhir dengan perkahwinan.Dan pasangan yang berkahwin pula tak semestinya bercinta.Aku bersetuju dengan kata-kata ini,sebenar cinta itu tak semestinya bernota dengan perkahwinan,sebagai seorang manusia biasa,kita berkawan dan kita mungkin bertemu dengan manusia yang kita sayang dan kita amat mengasihinya.tapi ,kadang kadang perhubungan percintaan itu tidak dapat diteruskan atas halangan  yang tidak dapat dielakkan.kita terpaksa pasrah,kita terima ia sebagai ketentuan Allah。

没有评论:

发表评论