2016年3月6日星期日

suamiku penghibur mak janda

Bila kita sebut saje mak janda,ramai orang yang akan beranggapan serong dan negatif terhadap mereka.Mengapa?Sepatutnya kita perlu simpati dengan golongan ini yang lebih memerlukan perhatian........Sebab terlalu ramai mak janda yang ada di luar sana suka melayan suami orang,suka kacau hal rumahtangga orang.Ini telah membuatkan ramai isteri-isteri merana,menangis kerana kehadiran mak janda telah mengoyangkan keharmonian rumah tangga mereka,apakah ini hanya cerita semata- mata atau realiti yang sedang berlaku di alam nyata?Tepuk dada tanya selera masing-masing.....

 Suamiku juga tidak ketinggalan termasuk dalam golongan lelaki yang perihatin terhadap kaum mak janda ini.kasihan....dengan kehidupan yang pernah mak janda lalui,mula dengan niat ingin menolong,lama-lama sudah tertolong apa yang selama ini tidak ditolong orang lain .Maka ,termakan budi,body juga akhirnya digadaikan.

 Sebenarnya diriku tidak pernah ada niat dan pandangan serong terhadap golongan wanita yang di panggil mak janda.Bagi aku,tiada siapa pun di dunia ini inginkan dirinya diceraikan oleh suami kalau rumahtangga itu aman dan harmoni.Masing-masing ada cerita disebalik panggilan tersebut.

Sepanjang penglibatan suamiku dalam kerja part-timenya sebagai pemandu teksi,banyak cerita yang dibawa balik olehnya setiap kali dia terserempak dengan mak janda -mak janda ini.Aku cuma dengar saje dan tiada apa yang menarik minat untuk mengetahui dengan lebih lanjut cerita -cerita itu.kadang-kala aku selik sedikit nasihat untuk dia jadikan panduan.entahlah,mungkin selama ini nasihat yang aku beri itu tidak pernah masuk dalam telinganya sampailah kehari ini,diri dia telah terperangkap dengan keperihatinannya sendiri........

Selepas kejadian penglibatan suamiku dengan aktiviti mak janda,aku mula perhatikan golongan kaum hawa ini,,,,,sebenarnya diri mak janda yang mula berjinat jinat dengan suami orang ini mempunyai masalah peribadi dan perwatakan yang agak melampau dan kurang disenangi oleh kaum sejenis tetapi amat digemari oleh kaum adam .Mereka rasakan dirinya  kurang diberi perhatian dan dihargai oleh suaminya dulu lalu selepas dirinya diceraikan mereka cuba menonjolkan apa yang ada pada diri mereka sebagai seorang wanita sejati .mereka mahu diri dibelai,dimanja,di sayangi dan yang penting adalah perhatian yang sepenuhnya.

.Bila timbulnya pergolakan dan ketidakharmonian rumahtangga,si isteri selalunya akan mengalah.Itu semuanya berlaku di zaman emak dan ayak dulu ,tetapi di zaman sekarang,sisuami sebenarnya sudah lupa bahawa isteri-isteri di era IT ini mempunyai pekerjaan yang mampu menyara hidup diri sendiri dan juga anak-anak bila tanpa siuami di sisi.Ini agak menyedihkan kaum suami.Bagi diriku,ia amat rugi bagi sisuami.Yang indah di depan mata tapi buta untuk menilai......yang buruk di luar sana tetapi celik memandang.Apakan daya itu semua lumrah hidup dan keegoan seorang lelaki,biarkan dia hanyut,biarkan dia pergi,biarkan dia ............

wahai suami suami di luar sana,
tolong
bukalah mata,pasangkan lah telinga
bersihkanlah hatimu
Allah memilih calon isterimu adalah
 mengikut kesesuian peribadimu masing-masing
Ingat
isterimu itu adalah satu amanah dari Allah
Tanggungjawabmu keatas dirinya adalah
jagalah dia dengan baik
bimbinglah dia ke jalan yang betul
sayangilah dia seperti mana yang engkau sayang kepada Allah
isterimu adalah teman mu yang sejati
jangan lukai hatinya,jangan sakiti dirinya
Allah tidak akan teragak agak mengambilnya darimu
sekiranya engkau telah melanggar syarat yang telah ditetapkan olehNYA








没有评论:

发表评论