2017年12月26日星期二
manusia yang lemah
Aku ,manusia seperti manusia manusia lain yang hidup atas muka bumi ini sampai ke hari ini tak putus putus di uji,sudah puas aku menangis,sudah puas aku mengeluh,sudah puas aku merontah,sudah puas aku marah,sudah puas aku meraung.......namun,aku masih lagi diuji dan terus diuji.
Bila pesakit aku mengeluh dan menangis tentang penyakit yang mereka alami didepanku,aku selalu nasihatkan mereka agar kuatkan semangat dan lihat ke hadapan yang lebih positif,semua penyakit ada ubat dia,kita hidup di zaman canggih ini,ramai doktor yang pandai,ubat yang sedia ada pun banyak yang mujarab.Kecuali kalau kita ditakdirkan mati,maka bersyukurlah pada Tuhan yang Dia lebih menyayangi kita.
Baru-baru ini,ada seorang pesakit cancer tahap advance dirujuk kepada aku,seorang perempuan berumur dalam lingkungan lima puluhan ,tubuh badan yang kurus dengan muka yang pucat terlantar atas katil hospital,bila aku pergi ke tepi katilnya,aku lihat pandangan dia kosong,tapi dia masih menaruh harapan untuk melakukan sedikit sesi rawatan terapi agar boleh membantu diri dia melakukan benda benda yang asas,sebab dia tidak mahu menyusahkan orang lain, seperti menyuap makanan dan pegang cawan untuk minum dan mengosok gigi.
keadaan pesakit ini telah menyentuh perasaanku selepas merawatnya.Aku rasa terlalu sedih bila melihat diri dia ,entah mengapa,naluri ku tiba tiba jadi terlalu sebak...,.
Sebenarnya aku tak mampu menolong apa-apa,hanya sekadar kata kata positif,sedikit bantuan bagi dia duduk tegak bersandar di katil ,bantu bawakan cawannya dekat untuk dia senang capai.....
Sedih melihat keadaan dia,anak anaknya tak datang di saat saat akhir dia memerlukan mereka.Bila aku tanya,dia bagitau mereka bekerja,tapi sebenarnya anak -anaknya takut untuk sentuh dia,takut penyakitnya boleh berjangkit peda mereka,takut bau busuk emaknya.....Ya Allah mengapa semua ini boleh berlaku di depan mata aku....sedih,sedih ...sangat
Balasan Tuhan
Diriku telah ditakdirkan sakit tahun lepas dan doktor nasihatkan untuk membuang ketumbuahn fibroid dalam uterus.Aku telah menjalani pembedahan major tahun lepas.Pada masa yang sama perhubungan aku dengan suami tegang kerana kehadiran orang ketiga.masih segar dalam ingatan,masa aku ditahan dalam wad selepas pembedahan,suamiku asyik bergayut talipon dengan janda yang dia kawan.Aku dapat tahu perhubungan mereka agak serius dari talipon bimbit suamiku, semua ini selepas balik dari hospital.
Kehendakan Tuhan untuk memindahkan apa yang aku sakit dulu kepada janda itu telah dimakbulkan minggu lepas.Anak janda itu talipon suamiku lalu beritahu yang maknya ada di hospital baru lepas bedah sebab buang tumbuhan dalam tempat beranak.selepas aku dengar berita itu dari mulut suamiku,hatiku begitu tersentuh.Tersentuh bukan sebab janda tu sakit,tapi terasa sangat dalam hati begitu cepat Tuhan turunkan balasan ,aku tak minta Tuhan bagi dia sakit tapi Tuhan mungkin nak dia rasa apa yang aku rasa dulu semasa dia kawan dengan suamiku.......
Sakit kena bedah makan ubat tahan sakit boleh hilang tapi sakit dalam hati ,tiada siapa yang mampu mengubati selain dari Tuhan.
Seronok berkawan dengan suami orang sampai tak ingat dunia,ke hulu,ke hilir,bergambar berdua-duaan.Tuhan ajar aku bersabar,dalam kesabaran itu terlindungnya air mata darah yang
tiada siapa pun yang ketahui........Dan hari ini tiba masanya janda itu merasa apa yang aku rasa setahun yang lalu,rasa la kamu apa ertinya sakit hati dan sakit jiwa wahai janda,sebenarnya engkau sudah melukai hati orang orang yang tak bersalah,sebab itulah engkau juga terpaksa melalui saat saat perit ini,aku tak berhak menghukum kamu tapi Tuhan telah turunkan hukumannya untuk kamu,sedarlah wahai manusia,sebenarnya Tuhan masih sayangkan kamu sebab terima balasan di dunia,masih mampu bertaubat,sekiranya balasan itu diturunkan diakhirat,maka tak berpeluanglah kamu untuk bertaubat ......
Suamiku sampai hari ini tidak menziarahi janda itu lagi,mungkin bagi dia dah tak ada apa-apa lagi antara mereka.suamiku terkandas masa ingin menolong dia selepas suaminya mati,tapi atas faktor faktor sampingan,mereka terjebak......
Wahai manusia diluar sana,sedarlah kesilapan yang berlaku,taubatlah sebelum terlambat.Demi masa,sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian...................
2017年7月28日星期五
Pupusnya rasa kemanusiaan dalam diri kaum adam
Amanah Allah terhadap kaum adam,jagalah dan lindungilah mereka yang lemah(kaum hawa),kerana mereka adalah sebahagian darimu.tetapi,dunia hari ini sudah berubah,dunia hari ini semakin menindas dan mengancam kaum hawa.baik yang tua atau pun dewasa,bahkan yang kanak-kanak juga menjadi bahan buruan mereka.....masyaAllah.
Tanggungjawab seorang lelaki bermulanya didalam rumah.dari zaman kanak-kanak lagi,seorang anak lelaki bertanggungjawab menyayangi ibu bapa,menjaga kebajikan adik-adik perempuan,menjadi waris utama kepada keluarga ibu tunggal.
Apabila anak lelaki itu sudah meningkat dewasa,
tanggungjawabnya juga turut berubah,dia perlu menjaga keselamatan keluarga,perlu membantu mancari nafkah untuk memperbaiki kesejahteraan keluarga,perlu menjadi idola kepada adik-adik yang lain.selepas lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga,dan menjadi seorang suami dan ayah,tanggungjawabnya semakin berat dan besar,dia perlu melindungi keluarganya dari semua segi,dia bukan saje perlu membekalkan ilmu dari segi rohani dan jasmani kepada anak dan isteri,malahan,dia juga perlu memastikan kebajikan semua ahli keluarganya terjaga.makan minum,pakaian,duit belanja,pelajaran dan pencapaian anak-anak,pergaulan ,solat serta banyak lagi.Sebagai seorang lelaki ,semua ini perlu dipandang serius dan dipikul dengan rasa tanggungjawab dan dedikasi tapi,malangnya ramai lelaki zaman sekarang terlepas pandang dengan perkara-perkara yang tersebut diatas. Rasa amanah dan tanggujawab itu semakin pupus di sanubari mereka.Lelaki masa kini perasan yang mereka boleh buat sesuka hati tanpa rasa segan silu, tambahan pula bangga dengan setiap tingkah laku yang dilakukan oleh mereka.
Berita yang boleh di baca di dada akhbar setiap hari amat menyayat hati,
abang kandung merogol adik-adik kandungnya sendiri,budak lelaki di tadika mencabul budak perempuan 6 tahun,bapa merogol anak angkat 14 tahun sehingga mengandung 6 bulan.tunang perempuan ditikam mati akibat cemburu,bapa merogol anak kandungnya sendiri selepas bercerai,teman lelaki ibu tunggal mendera anak tiri sehingga mati.sedih,amat menyedihkan bila berita sebegini terpampang di akhbar dan di media sosial.Memang tidak dapat dinafikan kesahihannya dan ia memang berlaku di sekeliling kita ,di negara kita yang pesat membangun.............. tetapi masih terdapat ramai manusia yang berperangai seperti syaitan dan nafsu bagaikan binatang.
Kaum hawa yang sentiasa mengharapkan perlindungan dan kasih sayang dari seorang lelaki telah disalah tafsirkan oleh lelaki masa kini.Rasa kemanusiaan dalam diri lelaki semakin menipis,ramai yang menyalahkan pihak media sosial,ramai yang cuba berselindung dibalik wajah manusia yang bernalurikan binatang.
Insaflah wahai kaum adam,bahawa sahnya tanggungjawab kamu terhadap kaum hawa adalah terlalu berat di dunia dan di akhirat,hina besi kerana karat,hina kayu kerana reput,hina manusia kerana jahil.renung renungkan lah.
2017年7月5日星期三
Bad doctor
To become a doctor means you have been choosen by The Mighty.Everybody not born to be a doctor but only someone are special....
Someone with the good heart,someone with care,someone with love,someone with good hands,someone with good brain,someone with good health........are entittle for this profession.infact,i personally very respect a person who are a doctor,for me they are someone send by God to help the sick,to cure the illness,to comfort the pain,to take away the deseases.But,when a doctor not able to perform the above tasks,it means he is helpless....
In this world for sure,no one wants to felt sick,as a normal human being,everybody looking for a healthy body and mind .
So,when a person felt sick,the 1st person they looking for is a doctor.if the doctor cant treat the illness that the patient is suffering from,at lease try to ease the pain or the worried feeling that patient is having at the moment.
I had an bad experience to see a bad doctor yesterday,me myself also an aliedhealth profesional, but when i m not feeling well i still need to see or consult a doctor.The doctor i met yesterday not even look through my medical history and my sickness ,quickly jump in his so call "profesional opinion" which is i am not sick and label me that i am having "anxiety ".Hahaha,now a day the cardiologist also can become a psychiatrist,so simple they can diagnose a patient not even ask the patient .
For me,as a patient i feel bad not because i am not getting a treatment from him but i am pity him how a cardiologist spoiled his own repution by doing this?is this because i am a hospital staff or i am not his regular patient or......
Anyhow,his action tells me that he is not a good doctor,but i dont understand how can he still practice......No matter how the patient is,as a doctor,if you are a "good doctor" please sooth the patient feeling if you really can not or dont have any ideal of treating them ,by doing this , will ease away half of their sickness snd pain.
For all the doctors out there,please remember that,the different between a doctor and a patient is only one thing "caring heart" which is given by The Mighty to you when you were born,so if one day you feel that this caring heart has gone away in you.please dont practice your profession as a doctor any more.because this will spoil your profession and bring bad impression in patient.
2017年6月1日星期四
住院的那些日子
这次的发烧和全身关节痛真的是把我给弄疯了,被逼一大早叫老公把我带去医院做检查。医生看完后就要我住院了。我没气力的就范他的指示,当时的我就只想躺下,不想做什么了。那个痛真的是难以行形容。被推进病房后,护士给我吊点滴 ,还给了我止痛药,我睡着了。过后,医生来了 。问了一些东西,说验血的报告不是黑斑蚊症 很可能是viral infection,明天再做一次这验血。
睡在病床上的我,很快的就想起了妈妈,很想哭,每次在我生病的时候,我最需要的人不是亲爱的老公而是我妈妈。如果妈妈在我最需要的时候出现 ,至少 也会减轻了我现在的痛,我的病一定会很快的好起来。
当止痛药效率低下的时后,我的身体好像有千多只的虫子在刺探,哇,痛得死去活来。我只有再吞两科止痛药。我一连几天吃了很多很多的止痛药,我的胃都快要受不了。老天爷真的是不放过我了,偏偏就是要我在这个时候生病的 ,我没办法不放弃我的斋戒。
接下来的日子很难过,我只有躺在床上睡觉,上厕所,吃饭,吃药,抽血,这样一连几天有如活在地狱里。我的血小板一时有下将的倾向,心也很烦 ,不知道自己得了什么病,开始胡思乱想了。我身体的酸疼 和发烧 一直好了又来,来了又好。。。简直是要我的命。
很多朋友知道我住院,就在我的fb给我写了一些打气的话 ,希望我快快好起来。还有我长生学的好师兄师姐都来病房给我做长生学。
终于挨过了三天四夜,我的验血报告有些进展了,医生说我是在康复的路程,一句很有鼓励性的对话。其实 很多时候 ,医生的对话,对病人的病情有很大的影响 ,正面的对话和内心深处的关心 往往会给病人带来无线的惊喜。那就要看那个医生的医德有多高了。
人 ,生老病死,谁都逃不掉。我们时时刻刻都在这个过程中。面对现实 ,病了就要救医,医生不是上帝 ,但是他会为你解除痛苦,他会为你带来了一些希望。。。。
2017年5月19日星期五
Aku perlu move on.....
Kawan-kawan yang aku berkongsi pengalamanku semuanya sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak.Aku lihat mereka agak bahagia disamping suami masing masing.Suami yang agak mengambil berat tentang hal rumahtangga,suami yang agak prihatin tentang kesejahteraan isteri.Tapi yang pasti aku perhatikan cara berkomunikasi suami isteri itu adalah punca utama mereka masih "stay to each other"Aku agak terharu dan terpegun dengan cara pembawaan watak mereka sebagai seorang isteri dan sebagai seorang suami,sifat tolerasi dan menghormati dua pihak masih menebal.Mengapa,aku tak terlihat benda benda ini semua dalam rumahtangga aku.......
Orang KL, bila berhubung dengan kawan mahu pun orang yang terdekat,cara pembawakan watak mereka agak berlainan dengan orang Penang.sikap lembut dan ayat yang disusun dalam percakapan adalah agak bersopan dan berlapik,banyak open sentences dari direct sentences.dalam ayat mereka banyak diberi peluang untuk orang yang mereka bercakap.Tapi orang Penang jarang boleh dibawa bercakap dalam suasana sebegini.Orang Penang buka mulut tutup mulut banyak yang keluar "hang" dan "aku" susunan ayat pun banyak yang kurang sopan .Bertambah buruk lagi bila dalam keadaan bergaduh,apa yang terkeluar semuanya perkataan yang terburuk,seumpama tidak wujud lagi ciri-ciri kemanusiaan dalam orang yang digaduh.Tapi bagi orang tempatan ,perkara ini agak sudah menjadi satu KEBIASAAN.Bagi aku mungkin sebab itulah berlakunya keretakan rumahtangga,ketegangan hubungan lalu membawa kepada kes cerai berai dalam rumahtangga ....,aku rasa cara kita berkomunikasi dan susun ayat dalam percakapan seharian dan permainan psikologi amatlah penting dalam pergaulan sehari hari,mungkin orang yang tinggal di situ tidak sedar atau mereka sudah biasa dengan cara pergaulan sebegini,tapi apa yang aku perhatikan ini adalah cara yang boleh diterima ramai.Mungkin aku tidak biasa dengan semua ini tapi apa yang aku perhatiakan ,komunikasi dan cara percakapan ini tidak senang menyinggung perasaan kedua-dua pihak ,walaupun kelihatan kurangnya bibit-bibit keihklasan tapi,suasana hormoni itu tetap dikekalkan .
Memang susah untuk mengubah apa yang kita sudah biasa,susah lagi bila kita berhadapan dengan orang yang kita terpaksa bersua muka tiap-tiap hari.Aku tidak paksa diriku untuk berubah semata mata demi menyenangkan hati suami ku,aku juga tidak memaksa suami aku berubah untuk menjaga hati aku dan anak aku, Tapi demi melangkah lebih jauh lagi di depan,demi berpegang teguh dengan amanah dan janji aku dengan Tuhan,aku kena "move on " dalam konteks yang lebih positif dan berstrategi dan terus " move on " untuk mengorek langkah yang lebih bermakna untuk diri aku dan juga anak aku.
2017年4月13日星期四
Membina istana atas mahligai orang
Di dunia moden pada akhir akhir zaman ini, ramai pasangan terkandas dalam godaan dan tarikan luar.Meraka sering beranggapan "orang punya lebih baik dari sendiri punya" Pegangan hidup yang rapuh pada pasangan masing masing banyak menyumbangkan keruntuhan institusi kekeluargaan yang telah di bina.
Apa yang ada pada sebuah cinta?itu hanyalah lamunan kaum hawa dan adam.Hakikatnya ,cinta itu hanyalah sebahagian kecil dalam hidup kita yang mengisi ruang kosong kecil dalam jiwa..........
Walaupun begitu,masih ramai lagi yang mengagung-agungkan cinta dalam kehidupan mereka,malah ada juga yang sanggup mengadai maruah,mengadai nyawa demi mengucup sebuah cinta yang sejati dari kekasih masing masing.Bagi mereka yang asyik dilamun cinta,semua yang dilakukan itu adalah suci ,adalah murni,tapi disebalik percintaan itu terlindung babak-babak maksiat,tersirat butir butir zina yang ramai dikalangan kita tidak ketahuan!!
Bini orang berkawan dengan suami orangSuami orang berkawan dengan bini orang ditangkap berkhawat,Janda yang berkawan dengan suami orang,di bunuh atau ditetak.Kesemua berita ini boleh kita baca dalam suratkhabar tiap-tiap hari,Apa yang kita boleh ambil ikhtibar dari berita sebegini,rasa rasanya tiada pun pihak yang berani tampil ke depan untuk menyuarakan langkah langkah untuk menandangi gejala ini. malah,ia telah menjadi satu TREND terbaru yang sering berlaku disekitar kita. .Apakah dunia kita hari ini dah terbalik ?Yang betul disalahkan ,yang salah dibetulkan......Segolongan besar masyarakat kita hari ini telah mengalami keruntuhan akhlak yang agak serius dan sanggup melakukan perbuatan -perbuatan terkutuk tapi dianggap mereka itu adalah perbuatan yang ELOK dan yang DIBOLEHKAN.Yang amat membimbangkan ialah,golongan muda hari ini terikut ikut-ikut dengan apa yang berlaku disekitar kita,bagi mereka,"orang lain boleh buat,aku pun boleh",dalam kamus hidup mereka,tiada lagi yang "tak boleh"asalkan adanya perintis,mesti ada yang akan mengikuti jejak langkah mereka.
Cinta yang dikejar,maksiat yang tercari,adakah masyarakat sekarang faham akan realitinya.Haram halal dalam pergaulan lelaki perempuan tidak diendahkan lagi,yang mereka tahu hanyalah "chemistries"yang wujud diantara dua jantina,bila jadinya "chemistries" itu,maka nafsu yang mengawal akal lebih dari akal yang mengawal nafsu!
Ramai manusia hari ini suka melihat kebahagiaan hidup berumahtangga orang lain,tapi mereka lagi seronok bila dapat merampas kebahagian orang lain itu untuk dijadikan kebahagian dirinya sendiri. seperti mana yang boleh dikatakan,membina istana diatas mahligai orang.Adakah ia akan selamat?,adakah ia akan kukuh?Adakah ia akan menjadi sebuah istana yang mampu mencuri tumpuan orang ramai?
tepuk dada tanyalah selera masing-masing.Allah maha melihat,Allah maha adil.........lagi saksama
Kita hanya mampu membina istana yang kuat lagi kukuh atas tapak yang bersih dan kejab tanahnya.Kalau hendak bina istana atas mahligai orang,itu adalah sesuatu yang mustahil........ Akibatnya,.keruntuhan dan kebinasaan yang bakal diundang
2017年3月29日星期三
Masih ada lagi peluang?
2017年2月6日星期一
Janda gatal
Janda,
Kata nama yang diberi kepada
Perempuan yang tiada suami
Kata nama yang agung di sisi Allah
Kata nama yang dipandang mulia oleh orang ramai.
Tapi,hari ini kata nama janda
Tidak lagi semulia dulu
Janda janda hari ini ramai yang menyimpang,ramai yang jahil ,dan ramai yang bergelumang dengan maksiat.
Apakah dunia hari ini sudah sampai ke penghujungnya?
Apa yang terjadi dengan manusia yang bergelar janda ini
Hilang malu,hilang maruah,hilang harga diri.....
Yang dikejar semua adalah cinta yang terlarang,cinta yang tiada penghujungnya...
Wahai janda gatal,
Apa yang ada pada cinta terlarang
Ia cuma sekadar persinggahan yang sementara
meletihkan,menyakitkan hati dan membuang masa......
Tetapkan la hati mu pada Allah,
Minta lah petunjuk dariNYA,kerana....
Dia yang lebih memahami dan lebih mengerti isi hati mu.
2017年1月6日星期五
Suatu pengorbanan yang teramat menyiksakan......
Terlalu seksa dan terlalu perit jiwa dan raga,namun kini aku sudah berjaya melepasi kesemua itu ,kemenangan yang teramat besar bagiku dalam ujian ini ialah,suamiku telah insaf akan kesilapan dan kebodohannya yang pernah dia lakukan terhadap aku dan anak.dan dia ingin kembali ke pangkuan kami .Alhamdulillah....
Setelah aku terpaksa menanggung segala ujian,bermula dari sakit yang hanya nampak dengan mata fizikal hinggalah sakit didalam hati,akhirnya aku terlantar atas katil hospital.Aku mengalah dengan ketentuan Mu Ya Allah,aku tak mampu untuk meronta ,aku tak mampu untuk menjerit,aku tak mampu untuk melawan.Keadaan diri aku terlalu lemah untuk berbuat apa apa.Aku serahkan segala galanya kepada Mu,hanya engkau yang tahu apa yang terbaik untuk ku.
Sepanjang hidup sebagai sepasang suami isteri,suamiku tak pernah melayang tangan dia atas muka ku walaupun kami pernah bergaduh sedasyat mana pun,tapi kini perubahan dalam dirinya jelas nampak ketara,dia mudah menengking,tiada lagi sifat tolak ansur sesama kami.Dia telah menamparku setelah berkawan dengan janda ini semasa kami bergaduh di awal tahun ini,tamparan itu telah menghancurkan hatiku dan cintaku terhadapnya.Semenjak dari itu,aku pernah bersumpah demi Tuhan lalu meminta pembalasan yang setimpal diturunkan terhadap mereka atas perbuatan sumbangnya .Aku sembahyang tiap tiap malam memohon petunjuk dan jalan keluar dari musibah ini.
Aku cuba pendam perasaan marah dan kecewaku,aku cuba tak mahu ambil kisah tentang hal ini,sebab,bagi aku,ini bukanlah kali pertama dia berkawan dengan janda,malahan dah berpuluh puluh orang janda yang dia pernah berkawan sebelum ini,tapi yang pasti suamiku tak pernah sedar dan tak pernah serik,dan dia tetap terus menipu aku dan anak dalam banyak hal.Kini aku terasa diriku ini seperti diperkecilkan dan di persendakan dalam perhubungan kami sebagai suami isteri.
Bila seseorang makan rasuah,orang sebut pecah amanah,bila seseorang berpaling tadah,orang sebut belot,bila seseorang berlaku curang ,orang sebut GATAL......atau MIANG yang lebih sesuai.
Aku himpunkan bukti untuk dikemukakan kepada suamiku bahawa aku sudah mengetahui perhubungan mereka,tapi aku tak mampu menahan perasaan kecewa aku untuk berdepan dengan dia.
Lalu aku hantar whatsapp di telefon dia,aku minta dia buat keputusan yang dia fikir paling elok untuk selesaikan hubungan sumbang ini.Aku tahu dan aku faham,apabila seseorang sudah termakan budi,rasa berat untuk melepaskan apa yang sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan hidup dia .Apa yang dicari sekian lama yang tiada pada diriku tapi ada pada diri janda itu di pertimbangkan demi mendapat suatu kepastian yang terbaik.Itulah yang dinamakan JANTAN tak sedar diri!
Aku boleh terima ini semuanya ketentuan Tuhan.Tapi,yang sukar bagi aku mengapa manusia sanggup mengadai maruah dan harga diri demi untuk memuaskan nafsu ....lalu menyakiti hati orang orang yang tak tahu menahu dalam soal kecurangan yang mereka anggap sebagai CINTA kenangan silam!!!
Wahai Tuhan ku yang maha mengasih lagi penyayang,sayangi lah hamba mu ini.Adili penghubungan aku dan suamiku,tunjukkan lah jalan keluar dan jalan penyelesaian yang sempurna untuk kami.