2018年4月24日星期二

apa itu paksa...apa itu rela.

Bukan minatku untuk mengikuti drama TV melayu yang terpangpang di kaca TV tiap-tiap hari,tapi hari tu aku tertonton siaran drama"kekasih paksa rela" yang disiarkan  pada pukul tujuh petang....ceritanya telah menarik hati aku mengikuti jalan ceritanya hingga tamat siaran.suami aku juga turut menonton bersama-sama.

Isi ceritanya yang menarik aku untuk terus berada di depan TV ialah bagaimana seseorang suami itu terjebak dan berdepan dengan situasi berkahwin dua.aku agak kagum dengan penulis cerita ini yang dapat menyelubungi perasaan sebenar seorang suami berdepan dengan 2 orang isteri dan juga perasaan sedih seorang isteri yang dimadukan,ia amat menyentuh perasaan aku kerana....cerita ini mengimbau kembali peristiwa yang pernah menimpa aku suatu ketika dahulu. suami aku juga pernah terlibat dalam situasi sebegini dan aku pernah melalui detik-detik luka yang teramat seksa dan memberi impak yang sangat mendalam didalam   jiwaku.kini aku telah berjaya melepasinya  ....tapi luka didalam masih berlum sembuh sepenuhnya walaupun ia telah bertahun berlalu.....

Seseorang suami yang terjebak dalam keadaan" ingin menolong" dan situasi pertolongan yang berpanjangan  dan berlarutan telah memaksa mereka mengakhiri perhubungan  terlarang itu dengan perkahwinan.Ini adalah suatu yang menyedihkan.
 Memang lumrah hidup kaum lelaki yang dilahirkan dengan perasaan ingin "melindingi "dan "membantu"kaum hawa yang lemah ,tapi dalam masa yang sama ,lelaki yang lemah dalam mengawal emosi dan nafsu begitu senang terkandas dalam hal"relationship" atau "affair" lalu menjalin hubungan dengan perempuan yang bukan muhrimnya hanya  atas dasar " ingin menolong". Demi menghalalkan perhubungan itu mengikut hukum agama dan syarak,kaum lelaki akan mengambil keputusan untuk "berkahwin" tanpa memikirkan risiko yang akan menimpa di hari depan .itu lah implikasi yang aku dapat dan jugu adalah alasan bagi  majoriti kaum adam yang berpoligami.

Bila aku dan suamiku berkongsi pendapat tentang apa yang penulis cerita itu nak sampaikan,ada banyak fakta yang bercanggahan diantara kami berdua.
lelaki mudah lepas pandang ,mungkin sengaja atau tidak disengajakan ,bagi aku,niat menolong itu kena ada hadnya dan baik buruk kesudahan sesuatu pertolongan itu bergantung pada nawaitul awal lelaki itu.bagi aku nawaitul tu amat penting,pertolongan yang ikhlas,pertolongan yang terselit dengan perasaan nafsu .itu semua kaum lelaki saje yang lebih arif.tapi ,bila perhubungan itu dibiar  berlarutan maka berputiklah perasaan cinta ,perasaan sayang di dalam hati insan yang menolong dan juga yang ditolong , tiada lagi alasan yang boleh dipaparkan melainkan  "terpaksa ahwin" .
Dalam erti kata yang lebih halus,mereka akan menggunakan nama Allah ,salahkan TAKDIR tapi tanpa melihat dalam diri sendiri bagi menimbang perbuatan yang mereka lakukan itu ............

"Berkahwin lagi" atau "bermadu" itu sebutan yang mudah difaham dalam masyarakat kita , tak ada buruknya kalau kaum adam itu mampu dan bijak menguruskan diri serta kedua-dua pihak kaum hawa yang dikahwininya itu.Tapi,apa yang aku lihat hari ini,kebanyakan lelaki tidak berada di landasan yang betul dalam pengurusan dan pembahagian nafkah ,masa,kasih sayang dan hal-hal rumahtangga yang lain setelah  mengahwini isteri yang kedua.terlalu banyaknya penipuan,terlalu banyaknya pengabaian dan terlalu banyaknya ketidakadilan.
Kalaulah diri sendiri tidak berada dalam landasan yang betul,masa kan mampu membimbing kedua orang isteri dan anak-anaknya?Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Agak sedih bila aku melihat isteri-isteri yang teranaiya,anak-anak pula terbiar tanpa kasih dan sayang......Ini bukan lagi pahala yang dicari ,tapi dosa pula yang diundang.

Aku tidak membantah kaum Adam berpoligami dan mengikut sunnah nabi dalam hal berumahtangga,tapi apa yang mereka faham dan erti tentang konsep poligami itu amatlah cetek dan berselit dengan hawa nafsu semasa mempratiskannya.Itu yang membuat aku marah dan geram apabila melihat apa yang berlaku hari ini.
Dalam drama itu memaparkan tiada seorang isteri di dunia ini yang mahukan dirinya dimadu.Itu adalah HAKIKAT yang perlu difahami oleh semua kaum suami.TERPAKSA? atau RELA?cuma si isteri saje yang tahu.Bagi  aku,benda ini senang saje,cuba letakkan diri kita di pihak isteri,tanya diri sendiri,kalau aku ini isteri,adakah aku rela dimadukan,mampukah aku meneruskan hidup  berkongsi suami dengan perempuan lain?sanggupkah aku melayan suamiku lagi setelah tahu dia ada perempuan lain?

Suami yang berkahwin dua atau tiga hari ini,mereka mungkin tidak pernah cuba menghayati naluri seseorang isteri,bagi mereka,suami adalah ketua rumah,BERHAK atas kebajikan  isterinya dalam semua urusan rumahtngga .keputusan yang dibuat oleh mereka adalah HAK yang dituntut.......Ya,memang benar,kaum suami memang berhak dalam membuat keputusan atas isteri-isterinya serta anak-anaknya ,tapi pernahkah mereka tahu,apa yang nabi buat dahulu tak sama dengan apa yang mereka buat sekarang,nabi tak pernah menyakiti hati isteri-isterinya ,tak pernah meninggikan suara dengan isteri-isterinya,tak pernah menjatuhkan tangan atas muka isteri-isterinya,tapi suami  -suami sekarang,suaranya lebih tinggi ,lebih garang dari seekor harimau malah ada juga yang sanggup menghinggapkan tangan atas badan isteri bila mereka berdepan dengan isterinya yang tidak lagi dia sayang..........

Wahai suami suami yang telah berpoligami atau yang berhajat untuk berkahwin lagi,cubalah muhasabah diri dan pandanglah sedalam-dalamnya ke hati naluri sendiri,bahawa sahnya,isteri-isterimu adalah wanita yang terbaik yang telah Allah anugerahkan untukmu,hargailah mereka,sanjungilah mereka,sayangilah mereka,bimbinglah mereka ....kerana,saham untuk kamu ke syurga Allah adalah ditangan mereka.

没有评论:

发表评论