2018年5月14日星期一

wira


Wira
Engkau muncul di saat-saat
Kegelapan yang menyelubungi seluruh bumi Malaysia
Rakyat jelata masing-masing sudah hilang panduan,
hilang kepercayaan dan hilang keyakinan……
Wahai wira kami
Pada usiamu yang senja
Engkau datang dengan membawa seribu harapan
Engkau berjanji memulangkan sinar sinar yang pudar
Engkau berjanji  mengembalikan sesuatu yang  telah dirampas
Engkau datang  untuk menyakinkan semula rakyat bahawa sahnya
Malaysia  mampu mengalih arah
Demi mencapai semula kesejahtera dan keamanan hidup
Perpaduan  dan  keharmonian antara kaum
Aku sangat  bangga
Begitu  juga seluruh rakyat Malaysia
Atas kemenangan Mu dan parti –parti yang bersama-sama
memperjuangkan pembentukan sebuah kerajaan baru
Engkaulah wira kami
Wira yang bakal membawa rakyat Malaysia
Menuju kearah alam baru
Alam yang bebas dari segala rasuah,pembaziran,penindasan,pembohongan,kerakusan
Dan kekejaman………..
Wahai  rakyat Malaysia
Bangunlah,bangkitlah
Marilah kita berganding bahu ,bersatu hati
Bekerjasama untuk menjayakan perjuangan wira kita ini
Semestinya
 kita akan peroleh sebuah kejayaan yang  amat
membanggakan…….

liyana

没有评论:

发表评论