2018年11月16日星期五

Yang dicari tak tercari.....

Memang tak pernah aku duga, perhubungan kami sebagai suami isteri sekian lama tak kesampaian untuk tamat di Jannah

Kesilapan demi kesilapan, pencarian demi pencarian, penglibatan demi penglibatan, yang dicari tak tercari, yang di idamkan tidak muncul muncul ....yang jumpa tak memenuhi citarasa. Yang pasti itu semua dikatakan sebagai LALUAN HIDUP.

Terlalu dalam falsafah hidup dia, aku tak
mungkin boleh faham dan tak akan faham. Bagi aku itu semua cuma alasan untuk menutup maksiat yang diundang.
Baik buruk sesuatu perkara dibezakan hanya dengan satu garisan, begitu juga dengan dosa pahala.

Manusia hari ini terlalu cerdik untuk menyusun kata kata, yang berdosa mampu diolah untuk menjadi pahala, yang maksiat pun bisa di bahas jadikan satu pertolongan. Dahsyatnya lidah yang mampu memutarbelitkan kata kata.... Telinga yang dengar tak sempat menapis, akal yang memproses fakta tak seiring dengan kewarasan minda..... Apakah aku yang gila atau dia yang tak siuman???
Apapun keluar dari mulut dia, yang pasti mata dia tidak mampu menipu.
Pandangan mata dia telah berjaya memberitahu aku bahawa dia sedang mencari alasan untuk cover kesalahannya
Alangkah baiknya kalau aku ini wanita yang bodoh, yang kekurangan dalam ilmu... Tak perlu aku melihat dan memahami setiap apa yang dia katakan pada ku. Tapi, aku bukan sebodoh seperti apa yang disangkakan, aku tahu, aku baca, aku lihat, aku analisis setiap gerak geri dia, setiap perkataan yang di keluarkan dari mulutnya, setiap mimit mukanya semasa dia lemparkan kata kata yang kurang manis didengar...

Memang dasar seorang jantan, sudah jumpa yang baru lupa yang ada di depan mata. Buta mata, buta segala galanya, yang nampak hanyalah sekurangan, kesilapan dan keburukan. Psikologi aku beritahu dia sedang menegakkan benang yang basah, walaupun terpaksa menggunakan dawai, atau kayu untuk mengikatnya, tetap dia akan lakukan.

Wahai jantan jahanam, buka la mata kamu, buka la minda kamu, guna la akal kamu, wanita yang berdiri di depan kamu inilah yang bakal menyusun bata bata untuk kamu mengorek langkah menuju ke
Syurga..... Tapi kamu telah sekian lama mengabaikan dia, sayang.... Kamu tak mungkin akan dapat kemaafan dari dia lagi. Tertutup hatinya untuk menerima kemaafan, terluka hatinya menanggung penghinaan, terbeku hatinya untuk mendengar penjelasan.

没有评论:

发表评论