2018年8月8日星期三

"Jangan benci cintaKu""

Bila hati seorang perempuan telah terluka, parut luka yang sembuh tetap akan terasa sakitnya walaupun  sudah berdekad peristiwa itu  berlalu........

"Jangan benci cintaku",cerita yang amat menyentuh jiwaku.......walaupun ia adalah sebuah cerita yang biasa berlaku di sekeliling kita ,cerita yang  biasa kita lihat terjadi pada kawan -kawan kita,saudara mara  kita,tapi,cerita ini memang tetap akan terjadi sampai bila-bila,selagi dunia ini masih wujudnya perempuan yang bernama Husna.............

 Aku jarang menonton drama melayu ,tapi aku jatuh cinta dengan cerita ini setelah menontonnya buat kali pertama.Aku suka jalan ceritanya,suka watak-watak dalam drama itu,bagi aku,pelakon yang melakonkan watak masing-masing telah berjaya menghayati dan menjiwai watak -watak itu dengan begitu jayanya.Sedih sangat bila aku berada di depan TV setiap hari,ia membuatkan aku imbas kembali kenangan pahit yang pernah melanda  perkahwinan aku suatu ketika dahulu.......Kebetulan nama perempuan perampas itu juga Husna........pernah aku tertanya- tanya dalam diri ku sendiri,mengapa Husna?Adalah itu adalah suatu kebetulan atau memang perempuan yang bernama Husna itu perampas suami orang ?

Sebenarnya dalam sebuah perkahwinan boleh tercetusnya kepincangan,punca yang utama ialah terdapatnya ruang dalam kehidupan seharian si suami atau  si isteri dan ini,secara tidak langsung telah membuka peluang kepada orang ketiga untuk masuk lalu mengambil alih peranan dan memainkan peranan masing-masing. hari demi hari,siang berganti malam,maka hiduplah bibit-bibit cinta diantara si suami atau si isteri dengan orang ketiga itu,tetiba masanya "affair"itu terbongkar,maka ,mulalah cerita ungkit mengungkit,salah menyalahi,sakit-menyakit hati masing-masing,keluarlah perkataan  carut mencaruti,sehinggalah berakhirnya ikatan itu dengan lafaznya cerai.............
Allahuakhbar .Begitu rapuhnya pendirian  manusia hari ini,begitu jahilnya manusia hari ini dalam fahaman amanah dan tanggungjawab.Tapi,itu lah hakikatnya yang sedang berlaku pada manusia hari ini.Ambil jalan mudah,tidak mendalami erti sebuah cinta,pentingkan diri sendiri ,cepat lupa,goyah,cepat tergoda......,cepat percaya dengan kata-kata   manis............
Begitu juga yang pernah berlaku pada suami aku dua tahun yang lalu.....perempuan yang namanya Husna telah memusnahkan  keharmonian rumahtanggaku
Diri aku pernah melalui detik-detik itu.memang ,perit dan pahit untuk ditelan,nak diluah pula tersangkut kat kerongkong,itu lah perumpamaanyang boleh aku bayangkan,boleh dikatakan hampir separuh nyawa....aku dilanda taufan kepincangan itu.sedih.....amat menyedihkan,masih sakit lagi hatiku ,walaupun ia sudah berlalu.
Bila,watak Fika menangis ,menjerit,rasa diri dia  "lost", rasa dirinya "hopeless",aku pun menanggis sama,aku dapat rasa apa yang dia sedang rasa.Aku tahu ,perasaan itu boleh membunuh semangat dalam diri kita,ia pun boleh menjadi api  yang membara  bukan saje mampu membakar orang lain tapi juga boleh membakar  diri sendiri....is terrible.
Yang untungnya Fika masih ada family dan kawan baik untuk beri sokongan kepadanya pada saat-saat dia memerlukan.tapi,bila benda yang sama berlaku pada diri aku,aku cuma ada anak,ibu dan rakan sekerja untuk beri sokongan dan membantu aku untuk  meneruskan hidup.Yang kuatkan semangat aku adalah anakaku yang seorang itu,aku sentiasa mengingatkan diriku,janji dan amanah ku terhadap insan yang pernah .........aku berjanji untuk menjaganya.

Apabila Allah menjodohkan isteri atau suami untuk kita,maka insan yang dipilih itu  adalah untuk  menyempurnakan kekurangan yang ada pada kita.Tapi,nampaknya pasangan suami isteri sekarang tidak lagi menghayati kata -kata tersebut.
Terimalah pasangan yang Allah pilih itu dengan seadanya,tak kira dia berasal dari bangsa apa,keturunan apa,bertudung atau tidak,berpelajaran atau tidak......
Sekiranya dari awal hendak mencari calon isteri yang tidak bekerja,tidak berpelajaran tinggi,bertudung,carilah sebelum berkahwin,janganlah selepas sudah berkahwin jumpa dengan perempuan yang tidak bekerja,bertudung labuh,sekolah sampai tahap menengah saja ,baru nak beralih arah,menyalahkan isteri yang sudah dikahwini tu engkar perintah,tidak dengar cakap suami.....sebanyak banyak alasan di lemparkan kepada si isteri hanya kerana telah berjumpa dengan perempuan yang bernama Husna itu.

Wahai,lelaki -lelaki yang bergelar diri kamu sebagai suami -suami misali,tolonglah buka mata kamu seluas-luasnya,pasanglah telinga
kamu sejelas-jelasnya,isteri yang di jodohkan untuk kamu adalah pasangan kamu yang hakiki,yang halal yang kamu telah bersumpah dengan nama Allah dimana kamu tidak akan mengabaikan dan menglalaikannya semasa Akad diadakan depan tok wali  dan yang turut disaksikan oleh ribuan malaikat ,

没有评论:

发表评论