2019年5月6日星期一

suatu pertemuan yang mengajar aku erti kehidupan

     Aku berjumpa dengan keluarga ini tanpa dirancang,tapi ia telah berjaya mengubah percepsi diriku terhadap kehidupan........

     Satu keluarga yang jauh tinggal di suatu perkampungan nelayan,pertama kali aku terpandang rumah kayu tinggi tersergam semasa melawat ke perkampungan itu,aku bagaikan dipukau oleh keunikan struktur fizikalnya,memang cantik  dan unik.Yang terlintas di dalam fikiranku ketika itu ialah tuan rumah ini semestinya orang yang unik dan hebat.
tapi ,sangkaan aku salah belaka,setelah memberi salam ,tuan rumah yang keluar sambut salam kami serta isterinya  merupakan pasangan orang biasa, peramah dan  "humble".Lalu mereka menjemput aku dan suami masuk ke rumah mereka.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat dalam rumah mereka,wah!pertama kali aku melihat rekaan unit rumah ini begitu menarik sekali.citarasa yang berlainan sama sekali yang pernah aku lihat pada rumah orang orang kaya.

Kombinasi rumah kayu ,kaca dan semen.ruang dalam rumah yang begitu luas,ada taman herba dalam rumah,ada air terjun bila hujan turun,and titi yang menyambungkan ruang depan dan belakang di tingkat atas rumah.yang membuatkan diriku tersangat ......respect
pada keluarga ini adalah,rumah ini adalah hasil binaan tangan sendiri termasuk anak anaknya!

Hebat,memang mereka ini begitu hebat dimataku.kalau nak ikutkan saiz badan pasangan ini dan anak anaknya,memang tak padan dengan saiz rumah yang mereka bina.....tapi Tuhan sentiasa bersertakan  hamba hambaNya untuk merealisasikan apa yang di hajati sekiranya hati mereka sentiasa ada Tuhan.

Mereka tak pernah merungut,tak pernah berpatah semangat walaupun banyak kali terpaksa mengubah dan berhenti atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.Begitu kuat semangat mereka demi menyiapkan sebuah rumah idamaman mereka,penyerahan mereka terhadap ketentuan yang Esa.melalui perbualan dengan pasangan ini ,aku belajar erti kesabaran,ketenangan,kesederhanaan,kehidupan ala kadar,penyerahan diri terhadap ketentuan Tuhan .....dan aku nampak kebahagiaan rumah tangga.

Pertemuan ini telah meninggalkan suatu yang amat mendalam terhadap pengertian  aku tentang sebuah kehidupan.lantas,aku bersama sama suami dan anak mengorak langkah demi menzahirkan cita cita aku untuk memiliki sebuah rumah kampung yang aku idamkan demi menghabiskan sisa sisa hidupku dalam suasana yang tenanglagi aman.......

Bukan senang untuk manusia membuat sesuatu perubahan tapi sekiranya perubahan itu dapat mendatangkan ketenangan dan pengertian yang mendalam,yang pasti itu adalah pilihan tepat!
Aku sanggup berkorban demi sebuah kehidupan..............



没有评论:

发表评论