2020年8月6日星期四

kembalinya aku disini......

kembalinya aku ke kampung tumpah darahku

lahirnya aku disini,matinya juga aku disini.Itulah yang aku pernah cakap pada diriku sendiri.

Bukan mudah bagi ku untuk mengambil keputusan  ini,dan tidak juga senang untuk aku lakukannya......Tapi yang pasti,aku sudah berjaya melakukannya.Aku bangga dengan apa yang telah berlaku,walaupun banyak yang terpaksa aku korbankan.Kawan kawan aku terbeliak mata melihat keputusan aku,ramai juga yang mengutuk dan mengatakan aku ini kurang waras......Walau apa pun terjadi,itu adalah yang muktamat dari aku.

Selepas kematian ibuku yang tersayang,diriku bagaikan hilang arah,perasaan sedih bercampur kesal menghantuiku setiap hari.Ibu tak sempat tunggu,tak sempat untuk aku menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak soleh demi menjaganya diakhir akhir usia dia.....ibu ku pergi juga. Aku menanggis setiap malam ,walaupun sampai kering airmata ,yang pastinya,ibu ku tak mungkin akan hidup semula.Matinya ibu telah menyedarkan aku bahawa,dunia ini tiada apa yang kita punya,bila Tuhan menarik nyawa kita,semua benda yang kita ada didunia ini ,akan kita tinggalkan.tiada apa yang boleh kita banggakan pun,itu semua hanya sementara sahaja.

Tiga minggu selepas kematian ibuku,suami aku membuat kejutan .Suatu kejutan yang tidak pernah terlintas di akal fikiran .Malam 27 February,malam Jumaat,malam yang mulia .aku dan anak beria ia untuk memindahkan sedikit  barang ke rumah baharu kami di balik pulau,tapi suami aku pula sibuk melayan janda yang pernah menjalin hubungan dengan dia 3 tahun yang lalu di rumah baru aku dalam bilik aku......Aku dan anak  tergamam melihat suami dan janda itu keluar dari bilik .Pada ketika itu, yang terlintas di otak aku  adalah "jantan tak guna" dan "janda gatal" yang aku nampak adalah satu titik Nokta pada perkahwinan kami . Lepaskan ,itu adalah yang aku tahu.Cukup,cukup sudah sekian lama aku dan anak diperbodohkan.Alasan dia untuk kami sentiasa sibuk,kerja,out station.....dan apa yang terpangpang depan mata telah menjawab kesemuanya.Tiada apa lagi yang perlu di simpan,tiada apa lagi yang akan ku beri.Lepaskan.......itu adalah yang terbaik buat diriku.
Orang kata,Tuhan tidak akan menguji hambanya diluar dari kemampuannya.memang betul,dan akan aku tunjukkan pada semua orang yang aku mampu teruskan hidup aku tanpa seorang lelaki yang bergelar suami!

 jawatan aku yang gajinya dah mencecah 6k,aku jual rumah teres aku yang dibeli 16 tahun yang lalu,

没有评论:

发表评论