2012年5月17日星期四

cinta

Cinta,suatu perasan yang semua orang tahu,suatu perkatan yang semua orang suka dengar.Ia senang di lafazkan,ia manis didengar,tapi ia amat sukar di laksanakan.
Cinta yang menemukan aku dengan suami ku ,cinta juga telah menemukan aku dengan Allah.Tapi,sehingga ke hari ini, masih ada orang  mempertikaikan kepercayaan ku terhadap Allah.
Aku,seorang insan yang terpilih,seorang hamba yang telah tertarik hati kepada  kecantikan  ISLAM,lalu Tuhan jumpakan aku dengan suamiku yang berbangsa Melayu dan beragama ISLAM.Tetapi mengapa masih ada melayu yang suka bertanyakan soalan terhadap aku yang berbau dikriminasi,masuk Islam sebab cinta atau sebab agama itu sendiri. Hah,aku berasa pelik juga bila soalan sebegini diajukan kepada aku.kepala aku pula menimbulkan satu tanda tanya,setakat manakah melayu ini faham tentang agama Islam?Kalau seseorang itu betul-betul faham dan mendalami bab agama aku rasa dia tidak akan bertanyakan soalan bodoh  ini.

Cinta dulu? atau agama dulu?Mana satu betul?Bagi aku ,soalan ini sama dengan solan yang selalu bermain di fikiran kita dulu,ayam dulu? atau telur dulu?Adakah itu penting?aku pernah bertanya pada yang cerdik pandai tentang agama.ada segolongan yang masih terikut-ikut dengan fahaman kolot melayu itu mengatakan ada bezanya bila cinta itu didahulukan.Dari mana datangnya cinta kalau bukan Tuhan ?Dari mana datangnya agama Islam kalau bukan Tuhan. dua dua pun dari Dia.cinta itu lah yang membuatkan seorang umat kenalTuhan,cinta itu lah yang melembutkan hati manusia untuk menghambakan diri kepada Tuhan.cinta itu lah yang menyatukan manusia untuk kesejahteraan umat.Jadi,mengapa perlu lagi ditanya,semuanya dari dia,Dia yang membuka nawaitu seseorang manusia untuk bersujud padaNYA,Dia yang membuka jalan untuk manusia kenal dengan ISLAM,tak kira dengan apa cara pun,itu semua kuasa Dia.kehendak Dia.

Tuhan itu maha kaya,Tuhan ini maha mengetahui,Dia tahu mana  yang terbaik untuk umatNYA .Dia saja yang tahu segala rahsia disebalik setiap kejadian.Mengapa masih ada golongan yang suka mempertikaikan lagi kesahihan Allah.Dia yang mengaturkan pertemuan ini,kalau hendak difikirkan dengan akal ,memang tak masuk akal,dunia ini luas,mengapa aku diaturkan untuk berjumpa dengan dia (suamiku)dan ditakdirkan kami berkahwin menjadi sepasang suami isteri yang sah dan aku diatur untuk menghabiskan hayatku  mengikut cara hidup Islam.Semua itu Dia yang mengetahui.

Sehingga ke hari ini ,aku semakin matang ,aku amat bersyukur ISLAM ini telah banyak membawa perubahan dalam cara hidup aku.Aku bangga menjadi seorang MUSLIM,aku rasa Tuhan sentiasa berada disisiku,Dia melihat,Dia menguji,Dia menunjuk jalan,Dia  telah melembutkan hati aku yang keras ini ,dan kini aku hanya mampu menatang tangan berdoa kepadaNYA,limpahkan rahmatMu terhadapku,pancarkanlah NurMu terhadapku agar jalan ku dihadapan akan sentiasa menjadi terang  .Amin.

2012年4月1日星期日

今年的清明节

今天,我回去妈妈家其实是要给她这个月的家用,没想到今天刚好她过清明节,在祭拜祖先,刚拜完,在收拾那些菜肴。家里很静,这么早,姐姐她们都回去了。妈,看来有点累。我跟 她一起在客厅坐下,她告诉我说姐姐她们有点事要办,都回去了。妈,我现在不可以跟你老人家一起过清明节了,希望你会明白我的立场。心里有点过意不去,不是什么,是看到你老人家还需要做这么多东西,我心里有的难过。。。。。。







姐姐她们都有自己的家要看,都有老公的祖先要拜,她们应该也没有太多的时间跟妈妈一起过清明。我不是很懂她们的生活,不过,我很相信她们也明白妈妈已经没有别的人可以拜托的了,有的就是这些身边的女儿和儿子。这就是她唯一可以依靠。







人老了,体力和脑力真的有限,可是,我的妈妈她还是很坚强,很高的意志力,很能干的那种。只有她要,她一定可以做到。我们谈了一些平时的话题,我就问她,妹妹最近有打电话回家,她说昨天刚打来,妹妹她吩咐妈妈不要煮太多的菜肴,她怕妈妈太累。真好,她也有妈妈的心。过后,我就跟妈妈说,以后再过清明,干脆就买nasi kandar 和一些糕饼来拜爸爸好了,因为爸爸活着的时候很喜欢吃那个饭,这样做可以省时间又省钱。妈妈也不用这么辛苦,妈妈她笑了,妈,我不是想为难你,我是为你着想,我现在很了解,也很看透姐姐她们的心态,她们都会找很多借口去让你知道她们有事做来推开当女儿的责任。我不是想破坏她们在你心目中的形象,其实,他们都是我亲身姐姐,可是,她们的所作所为,我都看在眼里,一个个都那么的奸,那么的没人道。妈,也许以后的清明节,我就买煮好的菜肴给你拜好了。这样也是好的,不用麻烦到姐姐她们不是吗?





清明节,每年都是要过的,是让我们怀念和感恩死人的节日。人死了,我们再怎么拜,怎么哭,怎么怀念,也盼不回他们,不是吗?我们还活着的儿女本份唯一可以做到的就是为他们祈祷,让他们的灵魂在九泉之下得到保护,得到寬怒,得到安靈。我们要珍惜身边还活着的人,每一刻每一秒,尽量做好自己的本份和责任,不要以后她们死了,才错怪自己没有做到该做的事情而遗憾终生。

2012年1月22日星期日

又是新年

明天就是年初一,每家大小都会庆祝新年。我,还在犹豫不决 到底要不要回去。很辛苦,很挣扎。世界真的没有一个像我这样可怜的人了。怎样解释,怎样说,别人永远都不会明白。自己妈妈的家,新年不能回去,是疯了吗?说真的,我也希望自己是疯了!疯了就没有这么多的东西想不通,疯了,就不用这样痛苦!我,没有能力再生病,我,没有能力再承受身心和肉体的痛。我,现在活着就像一个行尸走肉的僵尸,没有快乐,没有亲情,没有目标,没有自己。太悲哀。


很多不知道我故事的人都会说我太执着,太自我。是吗?那,我的痛苦有谁会明白?一年又一年,我的病没完没了,老实说,我曾经想过去死,可是没有那么大的勇气。我还不甘心,为了一个疯子结束了自己的生命,太傻了!就这样我挨到今天。


新年,现在对我来说,没有特别的意义了。姐姐她们已经不能再看我这个做妹妹,我成为了她们眼中丁。我的一举一动她们都看不过眼。嫉妒,埋怨,加上不能解释的误会,就是她们对我疏远的理由。然而,我自己也很难接受她们对妈妈做出的诡计,她们的行为,实在不能原谅。太无耻,太不文明了。天啊,妈妈,她还是看不清自己女儿们的真面目。我,很伤心,很心痛!


太多的恩怨,我吞不下这口气,我放不下,看不开。我不能接受我亲身姐姐会对妈妈这样做。为什么?那些钱她们看得那么重要!非拿到手不可?那,妈妈一手把她们养大成人,让她们嫁人生子,那是什么 ?难道,那几十千块钱可以换取妈妈的养育之恩,妈妈的爱心,妈妈的辛苦?不!我不想再让这个故事延续。



算了,新不新年,日子还是一样 要过。我,还有孩子,丈夫要看,我们也有我们的世界。我想我还是活在自己的生活范围最好。

2011年12月29日星期四

suatu perikatan tanpa kerestuan

Aku jarang tersentuh dengan babak dalam drama tempatan,terutamanya drama melayu.Tapi,cerita dalam drama "Tentang Dhia"begitu menyentuh jiwaku luka dahulu berdarah kembali. Aku menangis setiap kali berada di depan TV apabila drama itu disiarkan.Cerita ini telah mengingatkan nasib aku yang tak habis habis di uji,yang tak sudah-sudah hidup dalam linangan air mata setelah mendirikan rumahtangga dengan suami aku yang tidak sebangsa dengan aku.



Orang kata perikatan perhubungan yang tak direstui oleh orang tua, tidak akan ada kesudahan yang bahagia.Dulu aku tak pernah percaya benda-benda yang mengarut ini,bagi aku,selagi ada kemahuan disitu akan ada jalannya.Aku tak kenal erti kalah,aku sentiasa impikan suatu kesudahan yang macam cerita Cinderella dan Snow White.itu adalah falsafah hidupku yang dulu.Masa yang beredar hari demi hari,bulan demi bulan,tahun demi tahun telah mengajar diriku menjadi lebih mengerti apa itu realiti hidup.kenyataan tetap kenyataan,hidup aku bermula dari hari pertama akad nikah sehingga kini tidak pernah aman ,hidup sebagai sepasang suami isteri yang jiwanya "kosong",tak sempurna seperti pasangan yang lain.kebahagiaan yang aku mimpi-mimpikan semuanya hampa belaka. Namun,kami tetap mengekalkan perikatan ini sehingga la ke hari ini.Letih,tawar,meluat dan membebankan Itu adalah apa yang aku rasa sekarang.Aku terlalu letih untuk meneruskannya lagi.Tapi,hatiku masih percaya Tuhan itu yang berhak menentukan apa yang baik dan apa yang buruk untuk aku dan suamiku.Sebab itulah kami masih mempertahankan sehingga ke hari ini.


Aku berjumpa dengan suami ku 20 tahun yang lalu,kami berkawan,bercinta sampailah berkahwin.Orang kata cinta itu manis,orang yang dilamun cinta semuanya "buta"bagi mereka,apa yang ada didepan mata semuanya indah-indah belaka.Aku tidak menafikan aku pun juga begitu .Kakak saya nasihat,mak saya membantah,kawan-kawan saya hanya mampu melihat .Tapi,kami masih meneruskan perhubungan ini sehinggalah tapak pelamin.Aku sentiasa percaya kami akan bahagia seperti pasangan lain,kami akan menimbang cahayamata ,kami akan mempunyai rumah sendiri dan bahagia dengan telatah anak-anak yang ramai.tapi,kini itu semua hanya tinggal angan-angan sahaja.Kami tak pernah bahagia pun!kami tak pernah gembira seperti pasangan lain!Yang ada hanyalah air mata menemani diriku,yang ada hanyalah dendam penuh didada!yang ada hanyalah marah yang tak tahu puncanya!MENGAPA AKU?


Aku sebenarnya berhak hidup lebih bahagia,aku sebenarnya mampu mendapat lebih dari orang lain.Tapi aku tak dapat semuanya !MENGAPA?Aku terpaksa tinggalkan cara hidup aku yang telah 25 tahun hidup bersama aku . Aku derhaka pada mak aku sebab mengengkari kehendaknya,aku tinggalkan budaya dan istiadatku.Aku tinggalkan kawan-kawan aku.....
Apa lagi yang aku ada?Tuhan?Tapi dimana Dia?Di mana!!!!


Aku melalui ujian demi ujian,satu demi satu tak putus-putus.Sudah puas aku berubat,sudah puas aku masuk keluar hospital,sudah puas aku berjumpa bomoh.Aku,alami,aku hadapi,aku merentasi,aku jiwai dan kini aku dah semakin "bodoh" semakin tak mampu menghalang,dan semakin lemah semangat untuk meneruskan perjuangan ini.Apakah ia tak ada kesudahannya?


Penyesalan demi penyesalan bermain diotak aku,mengapa dulu lagi aku tak dengar nasihat kakak aku,mengapa dulu lagi aku tak mahu dengar cakap mak aku,mengapa aku.....................Aku tak boleh patah balik lagi.Masa tak akan mengizinkan aku berbuat demikian,Ustaz yang aku jumpa semuanya nasihat aku jangan pandang ke belakang,ia tak akan membantu ke jalan yang elok.Tuhan maha kaya,Dia yang atur semua ini,Dia yang tahu apa kemampuan umatnya.



Apa yang patut aku lakukan sekarang?sabar?berdoa?berikhtiar?Sampai bila aku kena menghadapi semua ini?Sampai bila?Tiada siapa pun yang dapat menjanjikan pada aku .Semua orang hanya mampu menjawab"DIA" yang amat mengetahui!

2011年12月12日星期一

Hikmah disebalik dugaan

Transformasi seseorang manusia ke sesuatu peringkat atau alam selaluya tidak berlaku dalam sekelip mata .Tuhan maha mengetahui dan Dialah yang mengaturkan semua ini berlaku.
Apa lagi yang Dia hendak ubahkan,apa lagi yang Dia hendak bentukkan dalam diriku?


Aku sebenarnya masih tercari-cari jawapannya.Terlalu susah ia di faham dengan akal ,terlalu payah ia diterima dengan pengetahuan yang sedia ada.Semua orang hanya mampu sekadar memberi nasihat,apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.Apa yang dimaksudkan itu hikmah?semua orang pun tak tahu!Mereka hanya boleh bercakap sahaja,buku pun tulis benda yang sama,gambar yang ditayangkan tiap-tiap hari pun cakap begitu juga.
Aku berani bersumpah sebenarnya siapa pun tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan hikmah dari Tuhan melainkan orang yang mengalaminya sendiri.

Bukan kita boleh berbicara dengan orang lain termaksuklah saudara kita yang paling intim,mereka tidak akan faham dan mereka tak akan mengerti apa yang kita alami sendiri.Ia adalah benar,ia adalah hidup dan ia adalah wujud!itu adalah hakikat sebenar yang berlaku pada diriku sekarang.

Ia berlaku dalam ghaib,ia bergerak dalam hati ,ia berkata-kata dalam diam,ia dilihat dalam mata yang tutup.Ia dirasa dalam alam nyata. Aku mengalaminya sendiri,macam mana hendak aku ceritakan pada orang lain.mereka tidak akan faham,mereka tidak akan percaya!Ya Allah! apa yang engkau aturkan ini semuanya adalah kebaikan untuk aku?


Ya Allah,perlukah aku berterima kasih pada engkau yang menghidupkan yang tersirat dalam diriku yang aku sendiri pun tidak mengetahui selama ini?Atau sebenarnya ,semua hambaMu juga mempunyai potensi sebegini yang mereka masih belum kamu tampilkan?

Sebenarnya bagi diriku,semuanya dari MU,engkau yang arif,engkau yang maha mengetahui setiap gerak,geri hambaMu.

2011年12月2日星期五

Tuhan

Aku masih tak faham ,Tuhan tak habis habis menguji aku.Banyak sangat kah dosa ku?Tuhan suka sangat melihat aku hidup menderita,hidup seperti bangkai bernyawa.Aku sekarang dah sampai ke tahap meluat ,benci,buntu ,tak tahu macam mana hendak melangkah kaki ku .Aku sekarang hanya diam,diam dan diam.Bagi aku semuanya tak ada makna lagi,hidupku dari dulu lagi terseksa,jiwaku tak pernah aman,rohaniku sakit,jasmaniku lemah.Aku bertahan sehingga sekarang, sudah 20 tahun ,dan kini, aku akan lepaskan segala-galanya .aku dah tak boleh bertahan lagi ya Tuhan.Aku terlalu sakit ,sakit yang orang lain tak boleh nampak dengan mata kasar,sakit yang tak dapat aku huraikan dengan perkataan.Perit sangat.Seksa sangat.


Aku dah lama sangat berubat,dah banyak sangat orang nasihat aku agar bersabar,Tuhan tahu segala-galanya.Adakah Betul Tuhan tahu semua yang aku alami?Adakah betul Tuhan tahu aku hidup tersesak?Aku sekarang dah tak tahu hendak berkata kata lagi,tiada siapa pun dapat faham,tiada siapa pun dapat rasai apa yang aku rasa sekarang.Aku dah give up .aku dah kehabisan tenaga untuk meneruskan hidup ini.Hati aku tawar ,semangat aku lemah untuk segala-galanya.Aku tak nampak jalan didepan.Semuanya jalan mati.semuanya jalan buntu.Orang kata Tuhan tahu,biarlah,Tuhan tahu tak tahu aku tak kisah lagi,itu kuasa dia.Aku hanya tunggu masa dia nak ambil aku balik.itu saja yang aku tahu.


Tuhan yang berkuasa untuk izinkan aku sakit,Tuhan juga yang berkuasa untuk sembuhkan aku.hahaha Itu semua gila,gila belaka.aku dah tak nak dengar itu semua.berpuluh-puluh tahun aku dengar benda ni.dah cukup meluat sangat dah.tapi aku masih tak sembuh sembuh,tak elok-pun.dah puas aku merayu dah puas aku bersujud,dah puas aku berdoa,dah puas aku memohon,dah puas aku .............aku sekarang sudah terlalu lemah,lemah untuk segala-galanya.Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi.aku dah tak mampu untuk mengoret langkahku lagi.Biarlah,hidup ini dia yang berkuasa,dia yang menentukan ,dia yang berhak.aku hanya menumpang buat sementara,kalau dia seronok melihat aku hidup tak macam manusia,aku tak berhak untuk berbuat apa-apa. mungkin aku terlalu hina disisinya,terlalu sangat buat dosa.sekiranya apa yang berlaku pada aku hari ini dapat menjernihkan diri aku dari segi rohani dan jasmani,aku redha,aku tak ada pilihan,aku hanya bertahan sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.


Tuhan,aku kenal engkau melalui lelaki yang telah kau jadikan suamiku,

aku kenal Islam juga melalui lelaki ini,

Dan ,aku sakit pun sebabkan lelaki ini.

Apakah engkau hantar lelaki yang telah aku gelar suami ini untuk menghukum aku?

atau

engkau hantar lelaki ini untuk aku taat dan sujud padamu ,ya Allah?

Pada mulanya aku ingat ini semuanya jodoh,jodoh yang bertemukan aku dengan lelaki ini

Tapi,

kerana lelaki ini lah aku hidup seksa sehingga hari ini,

jiwa dan raga ku sakit

Kini aku dah tiada lagi perasaan kasih sayang terhadap lelaki ini

hati ku tawar,hatiku sakit,hatiku marah , hatiku menyesal.....................

Ya Tuhan,engkau yang temukan aku dengan dia,mungkin kah engkau juga akan pisahkan aku dan dia.

ada baiknya sekiranya kami berpisah............

aku terima segala-galanya yang engkau tentukan untuk aku!

Amin.