2010年9月11日星期六

Syawal tahun ini

   Tiap-tiap tahun kita menyambut Syawal,iaitu hari kemenangan umat Islam melawan nafsu dan menghimpun kebaikan.Bagi diriku ketibaan satu Syawal  tahun ini tidak membawa apa-apa makna.Aku tidak dapat merasakan  keistimewaannya dan kemeriahan seperti tahun-tahun  yang lalu.Hatiku begitu kosong,kosong ,sepi dan tawar.Terlalu banyak peristiwa berlaku dalam tahun ini,sedih dan pasrah.Aku kehilangan orang yang ku sayang pada hari ke tiga Ramadhan.Ibu angkatku meninggal,aku pula jatuh sakit sebelum tibanya Ramadhan dan masih belum sembuh sehingga ke hari ini.Kawanku yang aku percaya pula pecah amanah dalam perniagaan kami yang baru diusahakan .Semuanya berlaku dalam Bulan Ramadhan.Aku habiskan banyak duit dan masa untuk berubat penyakit misteriku dalam bulan Ramadhan.Orang kata bulan Ramadhan bulan yang mulia,orang kata bulan ini semua jin dan syaitan telah dikurung ,tapi mengapakah aku masih lagi sakit?mengapakah aku masih lagi diganggu oleh jin-jin dan syaitan ?Aku sakit dan lemah sehingga terpaksa mengambil cuti 2 minggu lebih awal sebelum tibanya Hari Raya!Aku tidak dapat menunaikan  ibadah terawih,aku tidak dapat ke masjid untuk kiamulai,aku berpuasa dalam keadaan yang begitu lemah sekali.Semuanya tidak bermakna bagiku,aku rela dimatikan daripada diseksa begini.Aku putus harapan,aku kecewa,aku marah dengan diriku sendiri,adakah dosaku terlalu banyak,adakah Tuhan tidak sayang pada aku lagi?Aku bingung.

Syawal tak Syawal,Hari Raya masih datang,aku bosan,kalau boleh aku hendak pergi ke satu tempat yang tak ada manusia untuk betapa beberapa hari mencari ketenangan.Hidup ini bukan kita yang menentukan kelancarannya ,kita tidak berhak sama sekali,kita hanya mampu merancang yang terbaik tapi yang menentukan hanyalah Dia semata-mata.Orang kata,Tuhan hanya menguji umat yang Dia sayang,kalau ujian demi ujian,dugaan demi dugaan menimpa atas diriku tanpa berhenti,ini juga dipanggil sayang?Aku tidak faham dan tidak dapat memafaminya sampai ke hari ini.Ustaz yang pernah mengubati aku pun berkata demikian:"Liyana,Tuhan yang Maha mengetahui segala-galanya,Dia lebih arif ,serah pada Dia,kita bertawakal ."
Kalau macam ini.tidak perlulah aku bersusah-payah berubat di sini-sana,aku boleh duduk di rumah saja untuk menunggu Dia menjemput aku balik bila sampai masanya Dia mahu aku pergi.

Masa berlalu sampai ke hari ini,kadang-kala,aku berfikir aku pun manusia biasa saja,macam mana ujian demi ujian dari Tuhan boleh menguatkan imanku?Aku bukannya malaikat,aku bukannya nabi,aku manusia biasa,semangatku semakin hari semakin lemah ,keimananku semakin tercabar,dosaku makin bertambah.dimanakah datang bertambahnya kepercayaanku terhadap Tuhan?

Kini hidupku bagaikan sebuah sampan yang berumbang ambing di tengah lautan .Aku terlalu kerdil,aku kehilangan arah tuju,aku dalam kesamaran.Mahu tak mahu aku masih perlu teruskan perjalananku ini walaupun dalam kegelapan.Aku tidak menaruh harapan yang tinggi,sekiranya Tuhan izinkan aku meneruskan lagi hidupku ini aku akan terus hidup seperti apa yang Dia kehendaki,tapi,sekiranya Dia izinkan aku pergi dulu dari dunia ini,aku reda.Tidak ada apa lagi yang hendak aku rindui dan sayangi di dunia ini selain dari anakku.Aku rasa Tuhan lagi mengetahui!

1 条评论:

  1. Apajua ada tamatnya.
    Semoga kak bersemangat dan tabah dalam perjalanan yg akan dtg. +U

    回复删除