2018年5月14日星期一

wira


Wira
Engkau muncul di saat-saat
Kegelapan yang menyelubungi seluruh bumi Malaysia
Rakyat jelata masing-masing sudah hilang panduan,
hilang kepercayaan dan hilang keyakinan……
Wahai wira kami
Pada usiamu yang senja
Engkau datang dengan membawa seribu harapan
Engkau berjanji memulangkan sinar sinar yang pudar
Engkau berjanji  mengembalikan sesuatu yang  telah dirampas
Engkau datang  untuk menyakinkan semula rakyat bahawa sahnya
Malaysia  mampu mengalih arah
Demi mencapai semula kesejahtera dan keamanan hidup
Perpaduan  dan  keharmonian antara kaum
Aku sangat  bangga
Begitu  juga seluruh rakyat Malaysia
Atas kemenangan Mu dan parti –parti yang bersama-sama
memperjuangkan pembentukan sebuah kerajaan baru
Engkaulah wira kami
Wira yang bakal membawa rakyat Malaysia
Menuju kearah alam baru
Alam yang bebas dari segala rasuah,pembaziran,penindasan,pembohongan,kerakusan
Dan kekejaman………..
Wahai  rakyat Malaysia
Bangunlah,bangkitlah
Marilah kita berganding bahu ,bersatu hati
Bekerjasama untuk menjayakan perjuangan wira kita ini
Semestinya
 kita akan peroleh sebuah kejayaan yang  amat
membanggakan…….

liyana

2018年4月24日星期二

apa itu paksa...apa itu rela.

Bukan minatku untuk mengikuti drama TV melayu yang terpangpang di kaca TV tiap-tiap hari,tapi hari tu aku tertonton siaran drama"kekasih paksa rela" yang disiarkan  pada pukul tujuh petang....ceritanya telah menarik hati aku mengikuti jalan ceritanya hingga tamat siaran.suami aku juga turut menonton bersama-sama.

Isi ceritanya yang menarik aku untuk terus berada di depan TV ialah bagaimana seseorang suami itu terjebak dan berdepan dengan situasi berkahwin dua.aku agak kagum dengan penulis cerita ini yang dapat menyelubungi perasaan sebenar seorang suami berdepan dengan 2 orang isteri dan juga perasaan sedih seorang isteri yang dimadukan,ia amat menyentuh perasaan aku kerana....cerita ini mengimbau kembali peristiwa yang pernah menimpa aku suatu ketika dahulu. suami aku juga pernah terlibat dalam situasi sebegini dan aku pernah melalui detik-detik luka yang teramat seksa dan memberi impak yang sangat mendalam didalam   jiwaku.kini aku telah berjaya melepasinya  ....tapi luka didalam masih berlum sembuh sepenuhnya walaupun ia telah bertahun berlalu.....

Seseorang suami yang terjebak dalam keadaan" ingin menolong" dan situasi pertolongan yang berpanjangan  dan berlarutan telah memaksa mereka mengakhiri perhubungan  terlarang itu dengan perkahwinan.Ini adalah suatu yang menyedihkan.
 Memang lumrah hidup kaum lelaki yang dilahirkan dengan perasaan ingin "melindingi "dan "membantu"kaum hawa yang lemah ,tapi dalam masa yang sama ,lelaki yang lemah dalam mengawal emosi dan nafsu begitu senang terkandas dalam hal"relationship" atau "affair" lalu menjalin hubungan dengan perempuan yang bukan muhrimnya hanya  atas dasar " ingin menolong". Demi menghalalkan perhubungan itu mengikut hukum agama dan syarak,kaum lelaki akan mengambil keputusan untuk "berkahwin" tanpa memikirkan risiko yang akan menimpa di hari depan .itu lah implikasi yang aku dapat dan jugu adalah alasan bagi  majoriti kaum adam yang berpoligami.

Bila aku dan suamiku berkongsi pendapat tentang apa yang penulis cerita itu nak sampaikan,ada banyak fakta yang bercanggahan diantara kami berdua.
lelaki mudah lepas pandang ,mungkin sengaja atau tidak disengajakan ,bagi aku,niat menolong itu kena ada hadnya dan baik buruk kesudahan sesuatu pertolongan itu bergantung pada nawaitul awal lelaki itu.bagi aku nawaitul tu amat penting,pertolongan yang ikhlas,pertolongan yang terselit dengan perasaan nafsu .itu semua kaum lelaki saje yang lebih arif.tapi ,bila perhubungan itu dibiar  berlarutan maka berputiklah perasaan cinta ,perasaan sayang di dalam hati insan yang menolong dan juga yang ditolong , tiada lagi alasan yang boleh dipaparkan melainkan  "terpaksa ahwin" .
Dalam erti kata yang lebih halus,mereka akan menggunakan nama Allah ,salahkan TAKDIR tapi tanpa melihat dalam diri sendiri bagi menimbang perbuatan yang mereka lakukan itu ............

"Berkahwin lagi" atau "bermadu" itu sebutan yang mudah difaham dalam masyarakat kita , tak ada buruknya kalau kaum adam itu mampu dan bijak menguruskan diri serta kedua-dua pihak kaum hawa yang dikahwininya itu.Tapi,apa yang aku lihat hari ini,kebanyakan lelaki tidak berada di landasan yang betul dalam pengurusan dan pembahagian nafkah ,masa,kasih sayang dan hal-hal rumahtangga yang lain setelah  mengahwini isteri yang kedua.terlalu banyaknya penipuan,terlalu banyaknya pengabaian dan terlalu banyaknya ketidakadilan.
Kalaulah diri sendiri tidak berada dalam landasan yang betul,masa kan mampu membimbing kedua orang isteri dan anak-anaknya?Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Agak sedih bila aku melihat isteri-isteri yang teranaiya,anak-anak pula terbiar tanpa kasih dan sayang......Ini bukan lagi pahala yang dicari ,tapi dosa pula yang diundang.

Aku tidak membantah kaum Adam berpoligami dan mengikut sunnah nabi dalam hal berumahtangga,tapi apa yang mereka faham dan erti tentang konsep poligami itu amatlah cetek dan berselit dengan hawa nafsu semasa mempratiskannya.Itu yang membuat aku marah dan geram apabila melihat apa yang berlaku hari ini.
Dalam drama itu memaparkan tiada seorang isteri di dunia ini yang mahukan dirinya dimadu.Itu adalah HAKIKAT yang perlu difahami oleh semua kaum suami.TERPAKSA? atau RELA?cuma si isteri saje yang tahu.Bagi  aku,benda ini senang saje,cuba letakkan diri kita di pihak isteri,tanya diri sendiri,kalau aku ini isteri,adakah aku rela dimadukan,mampukah aku meneruskan hidup  berkongsi suami dengan perempuan lain?sanggupkah aku melayan suamiku lagi setelah tahu dia ada perempuan lain?

Suami yang berkahwin dua atau tiga hari ini,mereka mungkin tidak pernah cuba menghayati naluri seseorang isteri,bagi mereka,suami adalah ketua rumah,BERHAK atas kebajikan  isterinya dalam semua urusan rumahtngga .keputusan yang dibuat oleh mereka adalah HAK yang dituntut.......Ya,memang benar,kaum suami memang berhak dalam membuat keputusan atas isteri-isterinya serta anak-anaknya ,tapi pernahkah mereka tahu,apa yang nabi buat dahulu tak sama dengan apa yang mereka buat sekarang,nabi tak pernah menyakiti hati isteri-isterinya ,tak pernah meninggikan suara dengan isteri-isterinya,tak pernah menjatuhkan tangan atas muka isteri-isterinya,tapi suami  -suami sekarang,suaranya lebih tinggi ,lebih garang dari seekor harimau malah ada juga yang sanggup menghinggapkan tangan atas badan isteri bila mereka berdepan dengan isterinya yang tidak lagi dia sayang..........

Wahai suami suami yang telah berpoligami atau yang berhajat untuk berkahwin lagi,cubalah muhasabah diri dan pandanglah sedalam-dalamnya ke hati naluri sendiri,bahawa sahnya,isteri-isterimu adalah wanita yang terbaik yang telah Allah anugerahkan untukmu,hargailah mereka,sanjungilah mereka,sayangilah mereka,bimbinglah mereka ....kerana,saham untuk kamu ke syurga Allah adalah ditangan mereka.

2017年12月26日星期二

manusia yang lemah

Manusia yang ada di muka bumi Allah ini sebenarnya terlalu lemah sekiranya tanpa perlindungan dan hidayah dari DIA.
Aku ,manusia seperti manusia manusia lain yang hidup atas muka bumi ini sampai ke hari ini tak putus putus di uji,sudah puas aku menangis,sudah puas aku mengeluh,sudah puas aku merontah,sudah puas aku marah,sudah puas aku meraung.......namun,aku masih lagi diuji dan terus diuji.

Bila pesakit aku mengeluh dan menangis tentang penyakit yang mereka alami didepanku,aku selalu nasihatkan mereka agar kuatkan semangat dan lihat ke hadapan yang lebih positif,semua penyakit ada ubat  dia,kita hidup di zaman  canggih ini,ramai doktor yang pandai,ubat yang sedia ada pun banyak yang mujarab.Kecuali kalau kita ditakdirkan mati,maka bersyukurlah pada Tuhan yang Dia lebih menyayangi kita.

Baru-baru ini,ada seorang pesakit cancer tahap advance dirujuk kepada aku,seorang perempuan berumur dalam lingkungan lima puluhan ,tubuh badan yang kurus dengan muka yang pucat terlantar atas katil hospital,bila aku pergi ke tepi katilnya,aku lihat pandangan dia kosong,tapi dia masih menaruh harapan untuk melakukan sedikit sesi rawatan terapi agar boleh membantu diri dia melakukan benda benda yang asas,sebab dia tidak mahu menyusahkan orang lain, seperti menyuap makanan dan pegang cawan untuk minum dan mengosok gigi.
keadaan pesakit ini telah menyentuh perasaanku selepas merawatnya.Aku rasa terlalu sedih bila melihat diri dia ,entah mengapa,naluri ku tiba tiba jadi terlalu sebak...,.

Sebenarnya aku tak mampu menolong apa-apa,hanya sekadar kata kata positif,sedikit bantuan bagi dia duduk tegak bersandar di katil ,bantu bawakan cawannya dekat untuk dia senang capai.....
Sedih melihat keadaan dia,anak anaknya tak datang di saat saat akhir  dia memerlukan mereka.Bila aku tanya,dia bagitau mereka bekerja,tapi sebenarnya anak -anaknya takut untuk sentuh dia,takut penyakitnya boleh berjangkit peda mereka,takut bau busuk emaknya.....Ya Allah mengapa semua ini boleh berlaku di depan mata aku....sedih,sedih ...sangat


Balasan Tuhan

Allah , bila DIA kehendakan sesuatu berlaku pada seseorang ,maka tiada siapa yang mampu berhalang,Itu adalah hakikat yang kita semua akui.

Diriku telah ditakdirkan sakit tahun lepas dan doktor nasihatkan untuk membuang ketumbuahn fibroid dalam uterus.Aku telah menjalani pembedahan major tahun lepas.Pada masa yang sama perhubungan aku dengan suami tegang kerana kehadiran orang ketiga.masih segar dalam ingatan,masa aku ditahan dalam wad selepas pembedahan,suamiku asyik bergayut talipon dengan janda yang dia kawan.Aku dapat tahu perhubungan mereka agak serius dari talipon bimbit suamiku, semua ini selepas balik dari hospital.

Kehendakan Tuhan  untuk memindahkan apa yang aku sakit dulu kepada janda itu telah dimakbulkan minggu lepas.Anak janda itu talipon suamiku lalu beritahu yang maknya ada di hospital baru lepas bedah  sebab buang tumbuhan dalam tempat beranak.selepas aku dengar berita itu dari mulut suamiku,hatiku begitu tersentuh.Tersentuh bukan sebab janda tu sakit,tapi terasa sangat dalam hati begitu cepat Tuhan turunkan balasan ,aku tak minta Tuhan bagi dia sakit tapi Tuhan mungkin nak dia rasa apa yang aku rasa dulu semasa dia kawan dengan suamiku.......

Sakit  kena bedah makan ubat tahan sakit boleh hilang tapi sakit dalam hati ,tiada siapa yang mampu mengubati selain dari Tuhan.
Seronok berkawan dengan suami orang sampai tak ingat dunia,ke hulu,ke hilir,bergambar berdua-duaan.Tuhan ajar aku bersabar,dalam kesabaran  itu terlindungnya air mata darah yang
tiada siapa pun yang ketahui........Dan hari ini tiba masanya janda itu merasa apa yang aku rasa setahun yang lalu,rasa la kamu apa ertinya sakit hati dan sakit jiwa wahai janda,sebenarnya engkau sudah melukai hati orang orang yang tak bersalah,sebab itulah engkau juga terpaksa melalui saat saat perit ini,aku tak berhak menghukum kamu tapi Tuhan telah turunkan hukumannya untuk kamu,sedarlah wahai manusia,sebenarnya Tuhan masih sayangkan kamu sebab terima balasan di dunia,masih mampu bertaubat,sekiranya balasan itu diturunkan diakhirat,maka tak berpeluanglah kamu untuk bertaubat ......

Suamiku sampai hari ini tidak menziarahi janda itu lagi,mungkin bagi dia dah tak ada apa-apa lagi antara mereka.suamiku terkandas masa ingin menolong dia selepas suaminya mati,tapi atas faktor faktor sampingan,mereka terjebak......

Wahai manusia diluar sana,sedarlah kesilapan yang berlaku,taubatlah sebelum terlambat.Demi masa,sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian...................

2017年7月28日星期五

Pupusnya rasa kemanusiaan dalam diri kaum adam

Sering sangat berita yang terpampang dalam kepala akhbar kebelakangan ini tentang kes pencabulan , rogol, penganiayaan dan penderaan yang dilakukan oleh kaum adam .Apa yang telah terjadi pada kaum adam hari ini?Bukankah mereka telah di amanahkan oleh yang Maha Berkuasa untuk melindungi kaum hawa yang lemah semasa terciptanya manusia....

Amanah Allah terhadap kaum adam,jagalah dan lindungilah  mereka yang lemah(kaum hawa),kerana mereka adalah sebahagian darimu.tetapi,dunia hari ini sudah berubah,dunia hari ini semakin menindas dan mengancam kaum hawa.baik yang tua atau pun dewasa,bahkan yang kanak-kanak juga menjadi bahan buruan mereka.....masyaAllah.

Tanggungjawab seorang lelaki bermulanya didalam rumah.dari zaman kanak-kanak lagi,seorang anak lelaki bertanggungjawab menyayangi ibu bapa,menjaga kebajikan adik-adik perempuan,menjadi waris utama kepada keluarga ibu tunggal.
Apabila anak lelaki itu sudah meningkat dewasa,
tanggungjawabnya juga turut berubah,dia perlu menjaga keselamatan keluarga,perlu membantu mancari nafkah untuk memperbaiki kesejahteraan keluarga,perlu menjadi idola kepada adik-adik yang lain.selepas lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga,dan menjadi seorang suami dan ayah,tanggungjawabnya semakin berat dan besar,dia perlu melindungi keluarganya dari semua segi,dia bukan saje perlu membekalkan ilmu dari segi rohani dan jasmani kepada  anak dan isteri,malahan,dia juga perlu memastikan kebajikan semua ahli keluarganya terjaga.makan minum,pakaian,duit belanja,pelajaran dan pencapaian anak-anak,pergaulan ,solat serta banyak lagi.Sebagai seorang lelaki ,semua ini perlu dipandang serius dan dipikul dengan rasa tanggungjawab dan dedikasi tapi,malangnya ramai lelaki zaman sekarang terlepas pandang dengan perkara-perkara yang tersebut diatas. Rasa amanah dan tanggujawab itu semakin pupus di sanubari mereka.Lelaki masa kini perasan yang mereka boleh buat sesuka hati tanpa rasa segan silu, tambahan pula bangga dengan setiap tingkah laku yang dilakukan oleh mereka.

Berita yang boleh di baca di dada akhbar setiap hari amat menyayat hati,
abang kandung merogol adik-adik kandungnya sendiri,budak lelaki di tadika mencabul budak perempuan 6 tahun,bapa  merogol anak angkat 14 tahun sehingga mengandung 6 bulan.tunang perempuan ditikam mati akibat cemburu,bapa  merogol anak kandungnya sendiri selepas bercerai,teman lelaki ibu tunggal mendera anak tiri sehingga mati.sedih,amat menyedihkan bila berita sebegini terpampang di akhbar dan di media sosial.Memang tidak dapat dinafikan kesahihannya dan ia memang berlaku di sekeliling kita ,di negara kita yang pesat membangun..............  tetapi masih terdapat ramai manusia yang berperangai seperti syaitan dan nafsu bagaikan binatang.

Kaum hawa yang  sentiasa mengharapkan perlindungan dan kasih sayang dari seorang lelaki telah disalah tafsirkan oleh lelaki masa kini.Rasa kemanusiaan dalam diri lelaki semakin menipis,ramai yang menyalahkan pihak media sosial,ramai yang cuba berselindung dibalik wajah manusia yang bernalurikan binatang.
Insaflah wahai kaum adam,bahawa sahnya tanggungjawab kamu terhadap kaum hawa adalah terlalu berat di dunia dan di akhirat,hina besi kerana karat,hina kayu kerana reput,hina manusia kerana jahil.renung renungkan lah.

2017年7月5日星期三

Bad doctor

To become a doctor means you have been choosen by The Mighty.Everybody not born to be a doctor but only someone are special....
Someone with the good heart,someone with care,someone with love,someone with good hands,someone with good brain,someone with good health........are entittle for this profession.infact,i personally very respect a person who are a doctor,for me they are someone send by God to help the sick,to cure the illness,to comfort the pain,to take away the deseases.But,when a doctor not able to perform the above tasks,it means he is helpless....
In this world for sure,no one wants to felt sick,as a normal human being,everybody looking for a healthy body and mind .
So,when a person felt sick,the 1st person they looking for is a doctor.if the doctor cant treat the illness that the patient is suffering from,at lease try to ease the pain or the worried feeling that patient is having at the moment.
I had an bad experience to see a bad doctor yesterday,me myself also an aliedhealth profesional, but when i m not feeling well i still need to see or consult a doctor.The doctor i met yesterday not  even look through my medical history and my sickness ,quickly jump in his so call "profesional opinion" which is i am not sick and  label me that i am having "anxiety ".Hahaha,now a day the cardiologist also can become a psychiatrist,so simple they can diagnose a patient not even ask the patient .
For me,as a patient i feel bad not because i am not getting a treatment from him but i am pity him how a cardiologist spoiled his own repution by doing this?is this because i am a hospital staff or i am not his regular patient or......
Anyhow,his action tells me that he is not a good doctor,but i dont understand how can he still practice......No matter how the patient is,as a doctor,if you are a  "good doctor" please sooth the patient feeling if you really can not or dont have any ideal of treating them ,by doing this , will ease away half of their sickness snd pain.

For all the doctors out there,please remember that,the different between a doctor and a patient is only one thing "caring heart" which is given by The Mighty to you when you were born,so if one day you feel that this caring heart has gone away in you.please dont practice your profession as a doctor any more.because this will spoil your profession and bring bad impression in patient.

2017年6月1日星期四

住院的那些日子

这次的发烧和全身关节痛真的是把我给弄疯了,被逼一大早叫老公把我带去医院做检查。医生看完后就要我住院了。我没气力的就范他的指示,当时的我就只想躺下,不想做什么了。那个痛真的是难以行形容。被推进病房后,护士给我吊点滴 ,还给了我止痛药,我睡着了。过后,医生来了 。问了一些东西,说验血的报告不是黑斑蚊症 很可能是viral infection,明天再做一次这验血。

睡在病床上的我,很快的就想起了妈妈,很想哭,每次在我生病的时候,我最需要的人不是亲爱的老公而是我妈妈。如果妈妈在我最需要的时候出现 ,至少 也会减轻了我现在的痛,我的病一定会很快的好起来。
当止痛药效率低下的时后,我的身体好像有千多只的虫子在刺探,哇,痛得死去活来。我只有再吞两科止痛药。我一连几天吃了很多很多的止痛药,我的胃都快要受不了。老天爷真的是不放过我了,偏偏就是要我在这个时候生病的 ,我没办法不放弃我的斋戒。
接下来的日子很难过,我只有躺在床上睡觉,上厕所,吃饭,吃药,抽血,这样一连几天有如活在地狱里。我的血小板一时有下将的倾向,心也很烦 ,不知道自己得了什么病,开始胡思乱想了。我身体的酸疼 和发烧 一直好了又来,来了又好。。。简直是要我的命。

很多朋友知道我住院,就在我的fb给我写了一些打气的话 ,希望我快快好起来。还有我长生学的好师兄师姐都来病房给我做长生学。
终于挨过了三天四夜,我的验血报告有些进展了,医生说我是在康复的路程,一句很有鼓励性的对话。其实 很多时候  ,医生的对话,对病人的病情有很大的影响  ,正面的对话和内心深处的关心  往往会给病人带来无线的惊喜。那就要看那个医生的医德有多高了。
人 ,生老病死,谁都逃不掉。我们时时刻刻都在这个过程中。面对现实  ,病了就要救医,医生不是上帝 ,但是他会为你解除痛苦,他会为你带来了一些希望。。。。