2009年8月22日星期六

aku dan bulan puasa

Bulan puasa Al-Mubarak menjelang lagi, hatiku begitu seronok menanti ketibaannya.Tapi,aku jatuh sakit sebelum puasa,diriku agak sedih dan risau kerana takut aku tak dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik dan sempurna, Allah maha kaya,Allah maha mengetahui .Aku sembuh sebelum puasa tiba,walaupun badanku agak lemah dan lesu,aku mampu berpuasa juga.Hari ini adalah hari pertama puasa bermula dan aku dapat menjalankan ibadah ini,alhamdullilah.Agak sedih ialah aku tak dapat berjemaah dalam sembahyang sunat Terawih,anakku belajar berpuasa dan ia terlalu letih dan tidur awal.





Sudah banyak tahun aku tinggalkan sembahyang terawih,tahun ini aku agak sihat sikit dan ralat tapi,anakku pula tak dapat pergi ke masjid kerana tidur awal.Aku cuba sembahyang di rumah.Aku tahu Allah mengetahui apa yang aku hadapi. Tahun-tahun yang lepas, aku sakit,aku terlalu lemah untuk ke masjid,bila aku mengenangkan apa yang berlaku pada diriku aku sedih,aku susah hati,aku dah banyak tinggalkan ibadah Allah.Ya ,Allah ampunkanlah dosa aku ini.Berilah aku perluang untuk menjalankan ibadah wajib dan sunat di bulan yang mulia ini dengan penuh berkat dan dengan penuh keredaan Mu.Ya Allah,bersihkan jiwaku ,semoga aku dapat keredaan dan keampunan dariMu sepanjang bulan Ramadan.





Masih aku ingat lagi,kali pertama aku sembahyang terawih di masjid,aku menangis dalam sembahyang,hatiku begitu terharu bila dengar orang masjid baca doa memuji kebesaran Allah. Sebenarnya seluruh umat Islam didunia mendirikan sembahyang sunat terawih dalam bulan puasa ini.Seluruh umat Islam sedang memuji kebesaran Allah .Ia adalah amat mengkagumkan.





Bagiku ,Islam adalah agama yang pratikal dan agama yang sebenar-benarnya.Ia merangkumi semua aspek,dari segi jasmani dan rohani,dan dari pratikal seharian sehinggalah ke aspek ketuhanan.Allah,maha agung lagi maha pemurah.Cuma,manusia hari ini terlalu ego dan lalai dan menolak segala apa yang Allah suruh,bagi sesetengah golongan mereka tidak nampak semuanya ini adalah dari Allah ,hati mereka "buta" dan apa yang mereka lihat hanyalah diri mereka semata-mata.

没有评论:

发表评论