2009年8月30日星期日

satu anugerah

Tuhan mencipta sekalian manusia di muka bumi ini,masing-masing telah diberikan satu atau lebih anugerah yang istimewa .Aku sentiasa percaya yang diriku juga begitu.Manusia adalah mahluk yang paling mulia disisi Allah,mahluk yang dibuat dari tanah,ditiupkan pula roh dan diberi akal pemikiran.





Aku,seorang manusia biasa telah dipilih mengikuti agama Allah.Dari kecil,aku memang seorang budak yang cerdik, aku pandai menyanyi ,ayah sayang sangat pada aku,setiap kali balik dari tempat kerja,ia mesti dukung aku dan bersembang dengan aku.Masih ku ingat lagi,masa aku berumur 4 tahun,ayah dukung aku dan sayang pada pipiku,aku langut ke langit dan tanya pada ayah ,apakah bendanya gumpalan putih yang boleh bergerak itu,aku suruh ayah ambil turun untuk main,ayah cakap,itu adalah awan,dan ia sangat tinggi.Aku suruh ayah sambung galah dan mesti boleh ambil turun.Ayah gelak sambil gelengkan kepalanya.





Masa aku masuk darjah 3, ada seorang guru lelaki baru jadi guru darjah aku.Semua murid seorang demi seorang bangun memperkenalkan diri masing-masing kepada cikgu itu.Selepas selesai sesi suai kenal,guru itu perhatikan aku dan dia terbuka mulutnya lalu bercakap, "saya nampak kamu ini seorang budak yang cerdik."Aku tersegap lalu senyum.Selepas dari peristiwa itu, keputusan perperiksaan aku maju mendadak,aku mendapat no.satu dalam kelas dan ia berterusan sehingga ke darjah 6.Aku bukan saja cemerlang dalam peperiksaan,tapi juga aspek ko-kurikulm,pertandingan melukis,menulis tulisan cina,menulis karangan dan berpidato.Masih aku ingat lagi semasa aku dalam darjah 4, aku dilatih oleh cikgu darjah untuk berpidato dan aku juga dipilih bagi mewakili sekolah kami untuk pertandingan pidato peringkat daerah.Aku menang dalam pidato tersebut dan mendapat naib johan untuk keseluruhan pertandingan itu.Cikgu sekolah bangga dengan bakat aku.





Masuk darjah 6,seorang lagi guru cina memuji aku kerana subjek yang dia ajar itu ,akulah seorang-orangnya murid mendapat markah yang paling tinggi.Dia selalu beri galakan kepada aku untuk mendapat 100 markah dalam semua subjek.

Selepas naik ke sekolah menengah,aku masih kekalkan pencapaian aku .Dalam tingkatan satu,aku menang dalam pertandingan story telling peringkat sekolah.Tingkatan 3 pula aku menang pertandingan menulis cerpen dalam bahasa cina peringkat sekolah.





Aku mulakan alam pekerjaan pada umur 25,masih aku ingat lagi aku menang dalam pertandingan mencipta slogan hospital masa aku mula bekerja di hospital Pulau Pinang.Amat terharu sekali apabila slogan yang aku cipta itu akan digunakan oleh hospital untuk jangka masa yang agak lama.Selepas 5 tahun bertugas dihospital itu,aku dianugerahkan sebagai salah seorang kakitangan yang cemerlang dalam skim SSB,aku mendapat pergerakan gaji melintang.Pada masa yang sama,aku juga dipilih oleh seorang pakar kardiotoraksik sebagai salah seorang kakitangan cemerlang yang bertugas di wadnya.Bagi aku ,itu adalah rezeki dari Allah.





Dan kini,usia aku semakin meningkat,pemikiran dan juga pengalaman hidupku juga berubah,aku sudah banyak mencapai kejayaan dan jaga kekecewaan dalam hidup.Tapi,yang paling aku bangga sekarang ialah aku rasa diriku lebih dekat dengan Allah.Allah telah bagi aku tenggok dengan mata sendiri huruf "Allah " yang terbentuk dengan awan atas langit baru-baru ini!Aku begitu terharu lalu menangis sambil mengucap alhamdullilah.Kini aku begitu yakin bahawa Allah sentiasa berada disisiku dan melihat aku.Aku telah mendapat hikmah dan syufaat dariNya.Itu adalah satu anugerah yang paling berharga buat diriku,dan aku akan sentiasa mengingatiNya.

没有评论:

发表评论