2009年5月30日星期六

siapa diriku?

Pernahkah kita tanya pada diri sendiri,"siapakah aku yang sebenarnya?" Ha,dari mana aku ini datang?Dari keturunan mana aku berasal? Rasanya tak ada seorang pun pernah berbuat demikian.
Sebelum ini ,aku tak pernah mencurigai asal usul diriku.Aku tahu yang aku ini adalah anak cina,yang dilahirkan oleh ibu dan bapa juga keturunan cina.Tapi......setelah hari itu,ustaz yang merawat diriku berbuka mulut ,lalu bertanya pada diriku, aku tersentak seketika............mengikut apa yang dia dapat lihat pada diriku ,besar kemungkinan,aku ini mempunyai keturunan orang Melayu Siam.Hah! apakah itu benar ?



Sebelum ini aku pernah mendengar dari pakcik yang ada talian persaudaraan dengan arwah ayahku yang nenek nya adalah Melayu Islam,tapi orang dulu bila kahwin bangsa asing,soal agama tidak dititik beratkan.Tapi,emak tak pernah beritahu aku yang arwah ayahku mempunyai keturunan Siam.Sehinggalah pada suatu malam,setelah pertanyaan dari ustaz ,aku bermimpi.Dalam mimpi itu,aku berjumpa dengan satu gambar lama yang mempunyai gambar orang-orang perempuan dulu yang bersanggul besar disebuah rumah yang agak usang.Antara gambar-gambar itu,bila pandangan aku terlintas pada salah satu gambar perempuan yang cantik itu ,naluriku tiba-tiba berkata,aku " kenal"dia,pada masa yang sama,aku baca namanya yang tertulis dibawah gambar,siri serodja.Pelik namanya,setelah terjaga dari mimpi itu,aku masih tersebut-sebut lagi namanya.
Aku pergi ke rumah ustaz dan beitahu dia akan hal ini,dia tidak ambil serius tentang mimpi yang aku sampaikan padanya ketika itu.Selepas beberapa hari,semasa ustaz sedang mengajar aku,dia nanpak sesuatu pada diriku.Aku beritahu dia sekali lagi mengenai mimpi yang lepas,dan dia baru sedar dan pasti bahawa aku memang mempunyai keturunan Siam,nampaknya bukan Siam yang biasa tetapi keturunan Diraja Siam .Ha ha ha,aku tersenyum simpul,anih,terlalu anih untuk aku terimanya.



Aku balik ke rumah mak dan mendapatkan kepastian tentang asal usul keluarga aku selepas hal itu berlaku.Memang benar,apa yang mak beritahu pada diriku,keluarga nenek sebelah bapaku adalah keturunan Siam,mereka adalah orang Siam yang tulen yang berkahwin dengan orang Cina disini,kemudian menetap dan beranak pinak disini.
Apa yang dapat ku lakarkan dari keturunan nenek moyang ku ,bahawa sahnya mereka bukanlah orang Cina yang tulen.Interesting kan,kini tiba generasi aku pula yang bakal menyambung kembali darah Melayu, Siam dan Cina dan menghidupkan agama Islam yang sejati.


Setelah mengetahui hal sebenarnya tentang keturunan aku,hatiku lega dan amat berbangga ,Dan kini aku sedar bahawa keturunan seorang mencerminkan sesuatu yang berharga;itulah yang disebutkan harga diri dan maruah diri.



Walau apa sekalipun darah yang mengalir dalam tubuhku,yang pasti ia adalah darah seorang Muslim yang bakal menegakkan Islam di masa hadapan.

1 条评论:

  1. sekiranya dah siap gabungkan semua ahli keluarga sila pamerkan ya! camnilah:
    debtdash.myheritage.com

    回复删除