2008年12月27日星期六

Musibah vs kifarah







Tahun 2008 telah sampai ke penghujungnya.Apabila aku imbas kembali peristiwa telah berlaku pada diriku,ia bagaikan suatu mimpi yang yang sedih.Terlalu banyak perkara yang berlaku pada tahun ini,bagiku yang baik dan yang buruk semuanya dari Allah .

Semua orang selalu berkata,setiap yang berlaku ada sebabnya.Sebenarnya bagiku,umpamaan itu,membuatkan aku terlalu curiga.Aku tidak begitu setuju sebab sesuatu berlaku kadang -kala tidak dapat dicari jawapannya dengan akal fikiran yang logik.Tapi,kini aku telah dapat jawapannya.

Angka 40,telah membawaku kealam baru.Dan 40 juga telah membuka mindaku bahawa setiap musibah yang menimba insan di muka bumi ini sebenarnya boleh ditukar kepada kifarah.Itu adalah sesuatu kata-katu mutiara dari seorang ustaz yang aku jumpa.Itu adalah hikmah sebenar disebalik setiap musibah .

Allah jadikan manusia dibumi ini untuk beribadat , beramal dan mengenal apa itu kehidupan supaya apabila kembali kepadaNya,kita adalah makluk yang paling mulia dimana kita sentiasa percaya Dia lah pencipta bumi dan langit.Dialah yang maha Esa.
Aku seorang insan biasa yang dilahirkan di keluarga Cina.Aku kenal dengan Tuhan 16 tahun yang lalu tetapi aku tidak menggunakan peluang ini sebaik-baiknya.Sepanjang 16 tahun ini,aku hampir mensia-siakan kehidupanku sebagai seorang muslim.Sehinggalah pada awal tahun ini ,aku jatuh sakit dan terpaksa lantar dalam hospital sebanyak seminggu.Tapi ,Tuhan masih sayang pada diriku dan kini aku telah ditunjukkan jalan yang benar,jalan menuju ke Allah.

Aku sakit dan sakit itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata.Sakitnya rasa didalam,menyucuk-nyucuk,memulas-mulas,lesu ,berat ,tidak bermaya,sedih dan macam-macam lagi.Doktor yang merawat aku telah menjalankan berbagai-bagai ujian untuk memastikan punca penyakitku yang sebenarnya,namun keputusan hasil daripada setiap ujian adalah negatif.Tidak terdapat sesuatu penyakit yang serious berlaku pada diriku.

Aku agak pasrah,pasrah dengan apa yang berlaku....................................Sebenarnya aku telah pernah jatuh sakit setelah berkahwin dengan suamiku 16 tahun yang lalu.Sakit yang lebih kurang sama dengan apa yang aku alami sekarang.Terlalu banyak tempat kami berubat dan terlalu banyak air mata yang aku tangisi..................................................Kami juga tidak dikurniakan zuriat atas perkahwinan ini........Terlalu banyak rintangan yang kami lalui,terlalu berat dan terlalu perit......................Namun apa yang aku mampu lakukan hanya berserah kepada Allah.Allah yang mengetahui segala-galanya.Dan kini sekali lagi aku ditimpa musibah,merata tempat aku dibawa oleh suamiku untuk berubat ,penyakitku tidak juga sembuh-sembuh.Sehinggalah suatu hari ,kami ditemukan dengan dua orang ustaz.Mereka telah membimbing aku dan juga suamiku , mereka nasihatkan kami dan amanahkan kami membuat amalan -amalan yang mereka amalkan dan banyakkan zikir ,sentiasa memohon kepada Allah.Salah seorang ustaz pernah berkata sebegini kepada aku,setiap yang berlaku ada hikmahnya setiap musibah yang menimpa kita,perlulah kita berusaha menukarnya kepada kifarah.Kata-kata itu agak mendalam bagiku ,aku berusaha memahaminya dan kini aku sudah dapat jawapannya.

Aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada ustaz itu.Lagi seorang ustaz telah membawa aku menuju ke jalan ILMU ISLAM.Banyak ilmu mengenai Islam yang masih aku tidak tahu,aku sebenarnya terlalu kedil dalam hal ini,mungkin masih belum terlambat bagiku mulakan membaca buku-buku agama dan mendapat tunjuk ajar dari ustaz yang mengubatiku ini.
Aku semakin pulih sekarang dan aku berjanji pada diriku, aku akan membuat yang terbaik ,aku akan menjadi seorang muslim yang sempurna.Insya Allah.

1 条评论:

  1. 嘩,勵害哦寫馬來部落:P

    下次寫英文喔!

    但我還是喜歡看華文的:P

    回复删除