2008年12月31日星期三

Aku dan Dia

Aku dan Dia

Jodoh telah menemukan aku dengan Allah melalui perjumpaan aku dengan seorang jejaka 16 tahun yang lalu.Aku berjumpa dengan suamiku dan dia telah membawa aku mendekatiNya.Aku seorang insan yang bertuah,seorang insan yang terpilih dan aku juga telah dibukakan pintu hati untuk menerima ISLAM.

Aku telah menjadi seorang muslim selama 16 tahun,tapi tak banyak yang aku kenal dengan Allah.Itu adalah kenyataan.Aku dibimbing oleh suami yang berasal dari keluarga Melayu.Tapi ,malangnya keluarga suamiku agak berat untuk menerima kehadiran aku .Bertambah susah lagi untuk terima aku sebagai sebahagian dari ahli keluarga mereka,sebab aku ini Cina.

Semenjak dari perkahwinan aku dengan suamiku,aku berusaha mengikuti kelas agama,aku belajar mengaji Quran.Tapi,tiada seorang pun yang aku jumpa betul-betul boleh membawa aku ke jalan menuju ke Allah.Banyak rintangan dan halangan aku hadapi.Aku terpaksa melalui jalan yang agak payah dan berliku.Sehinggalah diriku terluka zahir dan batin.Aku mengharunginya juga,bagiku ,inilah jalan yang Allah berikan kepadaku.aku reda dan aku akan buktikankan bahawa aku boleh dan mampu mengatasinya.Sikap aku yang agak keras dan degil in i telah mendorong aku meneruskan perjuangan hidup.Kadang-kadang aku terpaksa luahkan isi hatiku kepada kawan-kawan.Apa yang mereka mampu katakan padaku ialah "bersabarlah,sabar itu adalah separuh daripada Iman"Aku terima nasihat itu dengan senyuman.Tapi,dalam hati kecilku sentiasa bertanya,"sampai bila,sampai bila perlu aku bersabar?"Aku tahu,pertanyaan ini memang tiada jawapannya,aku manusia biasa,itu adalah lumrah hidup.Apa lagi yang aku mampu lakukan.

Aku banyak mengeluh,banyak menyalahkan pihak lain,banyak melakukan kesilapan.Terlalu banyak kesalahan yang telahku himpun dan aku masih tak jumpa jalan untuk mengeluarkan diriku dari kesesatan ini.Aku telah melalui terlalu banyak masalah,yang nampak dengan mata kasar sehinggalah yang ghaib Aku terima dengan semampunya dan seadanya.Perit...sakit....dan siksa...Mungkin,itulah ujian Allah terhadapku.Setiap ujian itu ada sebabnya,tapi aku tak nampak,aku terlalu kerdil untuk melihat Allah dengan mata kasarku.Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan.Aku hanya mampu memohon kemaafan dariNya.

Dan ,kini Allah telah tunjukkan jalan yang benar,jalan yang sebenar-benarnya untuk mendekatkan diriku denganNya. Kesemua ini berlaku dalam suasana yang tenang dan begitu teratur.Aku telah diatur olehNya berjumpa dengan beberapa orang ustaz yang boleh mengubati penyakitku dan membimbingku.Semua ini telah ditakdirkan.Aku telah diberi cahaya,cahaya yang mampu menerangi hidupku yang malap selama ini.Aku sentiasa memohon kepadaNya.Aku dirikan sembahyang Tahajud dan hajat setiap malam.Aku minta disembuhkan dan minta diberikan petunjuk.Kini,Allah telah beri peluang sekali lagi kepadaku untuk kembali kejalan yang Dia redai.Aku bersyukur,terlalu bersyukur dan terima kasih kepadaNya.

Ya Allah, jadikanlah diriku ini seorang Muslim yang sempurna,berkatilah segala amalanku dan lindungilah aku daripada segala kesusahan dan kejahatan didunia dan di akhirat.Amin.

没有评论:

发表评论