2009年1月3日星期六

isteri untuk suamiku

suatu petang yang agak tenang aku terbuka siaran di TV3, dan pada masa itu drama dari Indonesia sedang disiakan ,lalu aku duduk dan menontonnya.Gambar itu amat menarik perhatianku,"isteri untuk suamiku" hah,tajuknya pun pelik juga.
Kini dah banyak siri telah disiarkan,aku begitu tersentuh dengan jalan ceritanya.seorang perempuan yang begitu istimewa sanggup cari seorang isteri muda untuk suaminya berkahwin sebab terdapat masalah melahirkan anak pada dirinya .


Aku begitu terharu dan tersentuh kerana nasibku seakan-akan sama dengan perempuan itu.Suamiku juga pernah menonton drama tersebut,dan dia pernah tanya pada diri aku kalau suatu hari, Tuhan telah temukan dia dengan seorang perempuan yang sanggup berbuat begitu,adakah aku dapat menerimanya.Aku tak dapat menjawab soalan itu,aku hanya diam tanpa suara.Aku hanya seorang wanita biasa,hati naluriku juga sama dengan wanita-wanita lain.

Aku berkahwin dengan suamiku dah 16 tahun,kami tidak dikurniakan anak .Setiap kali aku memandang dalam mata hati suamiku ,aku dapat merasakan sesuatu kekurangan dalam jiwanya. Dalam lubuk hatiku sentiasa berharap,alangkah seronoknya kalau aku dapat melahirkan zuriat untuk suamiku,tapi,itu semua telah ditakdirkan .Aku tak dapat mengubahanya.Aku hanya boleh melinangkan airmata,aku hanya boleh menadah tangan berdoa pada Tuhan.Tapi ,dalam hati kecilku masih terdapat sesuatu perasaan yang kurang menyenangkan.Seorang isteri bila tidak dapat melahirkan anak untuk suaminya,dia akan rasakan dirinya begitu tak berharga,begitu kerdil dan begitu keciwa.Hah,aku tahu memang ramai lagi wanita diluar sana yang senasib dengan aku,namun........................................apakan daya.

Anak ,itu adalah suatu anugerah

Anak, itu adalah suatu amanah

Anak,itu adalah suatu pernantian

Anak,itu adalah suatu keajaiban

Anak, itu adalah suatu harapan

Anak,itu adalah suatu kebahagiaan.

没有评论:

发表评论