2009年1月4日星期日

Azam tahun 2009

2009 dah berlalu selama 4 hari,namun aku masih tercari-cari apa yang akan ku capai untuk tahun baru ini.Sebenarnya ,aku sudah ada rancangan untuk tahun ini dalam pemikiranku ,cuma ia belum lagi diatur dan disusun dengan teliti.Apa yang aku tahu ,aku perlu tinggalkan segala kenangan yang pahit tahun lalu .Aku perlu pandang ke hadapan dan teruskan langkah kananku menuju ke jalan Allah.





Orang yang sentiasa berazam dan berusaha melaksanakan azamnya akan diberkati Allah.Aku masih ingat lagi kata-kata yang di lafaskan oleh Dr.Fazilah Kamsah pada MHI di TV3 hari itu.Usia ku semakin meningkat ,semangat "berjuang" agak perlahan berbanding tahun-tahun lepas.Aku rasakan diriku kini begitu "tua" dan "lemah".Kemana sudah pergi semangat ku yang dulu ? mengapa aku berasa begini?Aku terpegun.............................................adakah semua ini tanda-tanda aku .....................................Tapi aku amat pasti ia adalah suatu petanda yang positif!





Hidup didunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran.Dalam keasyikan mengharungi hidup ,kita akan menjadi semakin kebal,kita akan menjadi semakin kental,kita akan menjadi semakin matang.Itu adalah kenyataan!Aku juga tidak terasing dari kenyataan ini.Kematangan dan pengalaman lampau telah mengajarku perlahankan alunan perjalanan hidup ini.Aku perlu lebih berwaspada dalam mengambil keputusan dalam membuat perubahan ,aku perlu lebih teliti dalam mengorek langkah.Aku tidak mahu kesilapan masa lepas berulang lagi.Aku akan bangkit dan memastikan perubahan berlaku pada diriku.





-Aku akan menyusun semula cara hidupku,aku perlu berubah dari segi pakaian ,makanan dan pergaulan.



-Aku akan menjaga amalanku,aku akan menjaga solatku dan aku juga akan menjaga maruah rumahtanggaku.



-Aku akan banyakkan sedekah dan amalan kebajikan untuk golongan yang memerlukan.



-Aku juga akan lebihkan perhatian pada orang yang ku sayangi,iaitu suamiku dan anak ku.



-Aku akan sentiasa pastikan kesihatanku terjaga dan aku akan hidup dengan udara yang 'Segar' dan 'Bertenaga'.



-Aku akan hidupkan "jiwa"ku yang dulu,aktif,bersemangat dan berfikiran positif!



Itulah NUR LIYANA yang sebenarnya, yang bermaksud,cahaya kehalusan atau kelembutan.

没有评论:

发表评论