2009年1月24日星期六

Hikmah disebalik Takdir

Takdir telah ketemukan aku dengan dia.Takdir telah membawa kami ke jingjang pelamin.Takdir telah menentukan aku jatuh sakit selepas kami berkahwin. Takdir juga telah menentukan kami tidak dikurniakan zuriat.Takdir juga menemukan kami dengan anak lelaki kami tujuh tahun yang lalu. Takdir akhirnya juga yang membawa aku ke jalan Allah.Itu semua telah ditakdirkan.Kita manusia hanya mampu merancang ,tapi Allah juga yang akan menentukan segalanya.

Selepas kita melalui pelbagai dugaan dan halangan,selepas semua yang pahit kita tempuhi ,selepas kita telah bergelumang dengan pelbagai dosa,akhirnya Allah juga telah membawa kami balik semula ke jalan yang benar,jalan yang Dia redhai.Itulah HikmahNya,Hikmah Allah yang maha berkuasa ,yang maha mengetahui,yang maha penyayang ,yang maha pengasih dan yang maha pengampun.


Hidup aku selama enambelas tahun selepas berkahwin penuh dengan cabaran dan dugaan.Banyak peristiwa sedih dari yang manis,banyak air mata dari gelak tawa,banyak risau dari tenang,banyak diam dari memberontak ,banyak gaduh dari sayang,dan banyak..........lagi yang tak dapat diukirkan,tapi hanya kesabaran saja yang mengekalkan perkahwinan kita sampai ke hari ini.Bukan mudah untuk dua insan yang berasal dari latarbelakang dan budaya yang berlainan hidup bersama ,tambah-tambah lagi tidak mempunyai anak.Tapi Tuhan maha mengetahui semuanya,ada hikmah disebalik apa yang berlaku,cuma selama ini kami tidak nampak,kami angkuh dengan ego masing-masing,kami lalai ,dan kami tidak bersyukur dengan apa yang diberi.


Sebenarnya manusia sentiasa hidup dalam kerugian,masa tidak akan patah balik sekiranya kita telah tinggalkan apa yang Tuhan berikan kepada kita atas kelalaian sendiri.Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa kepadaNya.Yang pergi tetap akan pergi ,tapi yang didepan itu hendaklah kita pegang dengan sepenuh hati,jangan lagi lalai walau sesaat pun,buatlah yang terbaik,apa yang kita lakukan bukanlah untuk siapa ,itu adalah 'bekalan' yang semua orang akan bawa untuk berjumpa dengan Tuhan selepas roh meninggalkan jasad nanti.

没有评论:

发表评论