2009年1月11日星期日

kenal diri dan kenal Allah

Pernah tak kita tanya pada diri kita ,siapa aku sebenarnya?Manusia dijadikan Allah didunia ini dalam pelbagai warna,pelbagai keturunan,pelbagai etnik,pelbagai kepercayaan dan tak sama rupa wajahnya.Akan tetapi satu tujuan yang bersama ialah percaya pada TUHAN.



Hidup didunia ini hanyalah sementara,yang kekal adalah di dunia akhirat.Yang kembali kepada Allah adalah aku yang beramal,aku yang berhati mulia ,aku yang soleh dan aku yang sentiasa bersedekah.Tapi, bukan semua orang faham siapa aku sebenarnya.



Sebelum ini,diriku juga begitu,aku tercari-cari siapa aku sebenarnya,diluar dan didalam.Diriku diluar ini adalah seorang perempuan yang biasa,sama seperti perempuan-perempuan yang lain.Tapi,aku sentiasa percaya diriku didalam ini mempunyai kekuatan dan potensi yang besar untuk pergi lebih jauh lagi .Dan aku akan memperhebatkan pemberian itu.Aku sedar diriku didalam ini suatu hari nanti akan kembali kepada Allah dan apa yang akan aku bawa bersama untuk berjumpa denganNya bukanlah kehebatan duniawi.Tetapi,ia adalah sesuatu yang perlu aku lakukan dan memperbanyakkan ialah ibadat dan amalan aku ,ilmu dalam Islam ,jaga tuturkata dan aurat aku, dan ketaatan aku kepada suami .




Sebagaimana firman Allah "Aku menjadikan tiap-tiap sesuatu supaya mengenal Aku yang ada pada tiap-tiap suatu."(Hadis Qudsi)
Tuhan yang berkuasa diatas muka bumi ini,maka Dia yang akan tentukan segala-galanya,kata Dia "kun faya kun" maka kataku jadi jadilah.Bagiku ini adalah suatu yang senang difaham dan diterima dan ia telah menunjukkan betapa hebatnya Allah atas semua makhluk yang diciptanya.





Kita perlu kenal diri kita ,Allah berikan 6 deria untuk kita rasa, untuk kita lihat,untuk kita dengar,untuk kita bau dan berikan akal fikiran untuk kita berfikir dan berikan roh untuk kita hidup dengan Dia.Kita perlu gunakan pemberian itu dengan baik.Sebenarnya Allah telah berikan segala-galanya untuk kita,cuma kita sebagai menusia ,kadang-kala lalai dan tidak menggunakan ia dengan jalan yang elok dan ada segolongan pula merosakkannya.





Manusia yang masih ada hati dengan Allah,aku ingin melahirkan sedikit nasihat,kembalilah engkau ke jalan Allah pohonlah keampunan dan lahirkanlah keinsafan diri kepada Allah .Hanya Allah sahaja yang akan membimbing kita menuju kebaikan didunia dan diakhirat! Amin.

没有评论:

发表评论