2009年1月31日星期六

mencari ilmu

ilmu itu penting untuk semua orang,ilmu itu boleh membawa manusia ke puncak kejayaan. lebih-lebih lagi ilmu tentang agama iaitu, ilmu untuk mengenal Allah dan diri kita.Semua manusia yang hidup dibumi ini sentiasa berlumba-lumba dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu .Dari yang kecil hinggalah ke warga emas.Anak kecil yang sudah pandai bercakap akan dihantar oleh mak bapa untuk mengaji bagi mengenal huruf ,dengan harapan besar nanti akan pandai membaca Quran.Orang tua yang sudah pencen sentiasa menziarahi masjid dan melibatkan diri dalam aktiviti masjid,dari sembahyang lima waktu hinggalah ke ceramah agama.Bagi diriku keadaan sebegini adalah sesuatu yang amat bagus dan amat menggalakkan dalam perkembangan agama.


Pernah aku mendengar,ada segolongan manusia mencari ilmu sampailah ke puncak bukit atau gunung,dan ada juga yang masuk ke dalam gua yang tidak dihuni manusia.Bagi diriku yang kerdil ini ,tak pasti apa yang mereka itu cari,tapi apa yang aku sangat yakin ialah mereka masih tidak jelas dan tidak yakin dengan apa yang telah tertulis dalam Al-quran mukarim.Aku orang baru dalam agama,tapi aku hanya tahu Quran adalah kunci kepada segala rahsia agama Islam.Segala-galanya ada dalam Quran,itulah utusan dari Allah.Perlukah lagi manusia pergi keatas bukit/gunung untuk bertapa bagi mendapat ilmu yang lebih dasyat ,yang lebih hebat dari ilmu yang telah tertulis dalam Quran?


Manusia hari ini mahu cari jalan yang mudah,jalan yang "segera" untuk mendapat ilmu .Tak kira ilmu duniawi atau limu untuk dibawa ke akhirat.Kalau boleh ,semuanya mahu disegerakan,semuanya mahu dicampurkan bagi menjadi seperti kopi 3-dalam satu.Sebenarnya,untuk menimpa ilmu tidaklah semudah yang disangkakan oleh semua orang.Hendak masuk ke peringkat universiti pun kita kena belajar 6 tahun sekolah rendah dan 5 tahun sekolah menengah serta 2 tahun tingkatan 6.Hendak menjadi seorang doktor pakar pula kita kena belajar lebih kurang 10 tahun dalam bidang perubatan.Macam mana pula manusia hendak mencari ilmu agama dan ilmu akhirat dan ilmu ketuhanan?Adakah hanya dengan setakat membaca buku agama,setakat menhijrah dari satu masjid ke satu masjid ,menghadirkan diri di kuliah agama ,bertapa dipuncak bukit dan didalam gua itu sudah mencukupi? Pernah Nabi kita mendapat wahyu dari Tuhan dalam gua .Sebab dia adalah seorang Nabi,dia adalah orang yang terpilih oleh Allah kerana keperibadiannya yang mulia,amalannya,kepercayaannya . Pernahkah manusia bertanya pada dirinya sendiri,sudah berapa banyak amalan masing-masing telah laksanakan,sudahkah mencukupikah mereka menunaikan amanah dari Allah .Masih bolehkah membaca surah-surah yang tertulis dalam Al-Quran.Aku dapati ramai dikalangan kita ,kecil-kecil sudah katam Quran tapi setelah meningkat dewasa,yang boleh baca,yang boleh ingat hanya surah-surah yang selalu dibaca oleh Tok Imam dimasjid .
Aku sendiri yang pernah mengalami nya,aku selalu bertanya pada saudara Islam kita apabila berhadapan dengan masalah bacaan atau maksud surah-surah tertentu,tapi kebanyakan yang aku jumpa semuanya "tak tau".Tren "tak tau" ini agak serius sekarang.Mak bapa hantar anak-anak dari kecil untuk membaca jawi dan mengaji Quran dan berasa sangat bangga apabila mereka sudah boleh katam Quran .Kenduri satu kampung hendak bagi tahu semua orang anak mereka sudah boleh baca Quran ,tapi malangnya tabiat membaca dan memahami maksud Quran ini tidak diteruskan sehingga ke dewasa.setelah berrumahtangga,menjadi mak dan bapa orang nak ajar anak dah tak boleh.perkara adalah ini amat menyedihkan.


Bagi diri aku, mencari ilmu itu tiada jalan singkat dan tiada jalan yang mudah.kita kena "step by step",dari yang asas perlahan-lahan ke peringkat yang lebih tinggi.Ilmu yang ada itu janganlah dibiarkan sampai berkarat di dalam hati,asah lah selalu,insya-allah ia akan menjadi tajam satu hari nanti dan ia dapat diturun-temurunkan.Mencari ilmu ini,yang penting ialah kita kena ikhlas,kita kena serahkan diri pada Allah,dan sentiasa berdoa agar kita dilindungi serta dibimbing olehNya pada jalan yang lurus,jalan yang direhdai.Amin.

没有评论:

发表评论